Member Kamcing Anak Haji Amir

Sabtu, 27 Ogos 2011

Entry Terakhir Sebelum Raya-Gaya Rambut Hari Raya

Raya ni tak tahu nak gayakan rambut macamana. Sebenarnya aku dapat idea untuk buat entry ni daripada Bro Gedek, setelah aku tengok gambar-gambar dia...hehehehe...

Mungkinkah gaya ini..??

Mungkin tidak dengan gaya ini..

Nerd, belah tengah ?.....hmhmhmmm

Serabut, menutup mata..??

Atau serabut, tegak ke atas..

Atau bersongkok..???

Teringat rambut anak saudara aku, si Furqan dan Ayman...hehehhe....dan rambut adik, Faiez.....

***Gaya rambut ni takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati....

Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432


Tak terlalu awal kiranya aku mengucapkan Selamat Hari Raya, buat semua kaum keluarga, sahabat handai dan member-member blogger di mana juga berada. Yang sudi singgah di blog Anak Haji Amir, dan terkadang tersinggung dengan apa yang dipaparkan di sini. Aku mohon ampun dan maaf dari segala kesilapan dan keterlanjuran yang aku tak disenagaja atau pun sengaja. Aku juga manusia biasa yang mempunyai sifat marah, sedih, suka, duka, dendam. Oleh itu lagi sekali aku memohon kemaafan...

Buat yang belum melangsaikan zakat fitrah, cepat-cepat lah tunaikan kewajiban kita. Yang mana nak pulang ke kampung tu berhati-hati memandu dan rancang perjalanan.
Buat Ayahanda dan kaum keluaraga, aku kan pulang pada hari raya yang kedua, InsyaAllah. Buat keluarga mertua, aku akan balik beraya bersama diorang pada hari ahad, InsyaAllah..

Terasa nak pantun sikit, bukan selalu setahun sekali je....







" Kayu gaharu dipatah-patah


Daun keduduk dipetik lalu diperap


Batang cengal didirikan wakaf


Memang sudah menjadi lumrah


Saya memang banyak salah dan silap


Harap sudi beri ampun dan maaf "








" Pipit dan enggang terbang bersama


Singgah sebentar di pohon lada


Melepaskan lelah dan juga dahaga


Walau di mana jua anda berada


Semoga berbahgia di hari raya


Namun jangan dilupa insan yang tiada "


Selamat Hari Raya..!!!

***Aku akan bercuti dari berblogging mungkin selama seminggu..MUNGKIN...terpulang kepada tahap kesibukan dan tahap signal broadband aku semasa di kampung atau tempat aku beraya...hehehe

Khamis, 25 Ogos 2011

Ada benda tak settle..




Awal pagi tadi memang nak keluar, tapi masalahnya masih belum siap sepenuhnya.








Sekarang, lunch hour aku nak keluar, kat luar hujan lebat sangat.








Aku sebenarnya nak pergi ke pejabat pos, masih ada benda yang perlu diselesaikan.








Sebab kalu hari ni tak settle, macamana nak dapat esok...








Hujan semakin lebat mencurah-curah..








Membasahi bumi tuhan, menandakan semua makhluknya mendapat rahmat dan rezeki...








Walau macamana sekalipun, aku tetap kena keluar ke pejabat pos.








...Tapi tunggu dulu sepuluh ke dua puluh minit.....



***UPDATED - Walaupun dalam hujan lebat, akhirnya aku berjaya jugak....

Berbuka Puasa 2011

Sebelum ni ada di tunjukkan macamana kami membuat persiapan untuk berbuka puasa. Jadi hari ni nak tunjuk pulak acara makan-makan setelah berpenat lelah membuat persiapan.

Diantara juadah yang dimasak ialah, Metarang masak sambal telur, ayam hutan masak kicap, ayam daging masak merah, udang sambal tumis petai, ikan keli bakar dan air asam serta steamboat. Kuih pula pisang dan cempedak goreng beserta kuih muih yang dibeli oleh menantu-menantu yang pergi ke pasar ramadan. Manakala Daud ditugaskan untuk membuat air Ribena dan teh. Tak lupa juga mi kari yang lazat untuk moreh di masjid.



Safwan yang tengah makan..



Abg Ngah dan Abg Yus...



Abg Lang (membelakangkan kamera ), abah dan Adik..



Makan sambil bergurau SENDI...hehehe





Safwan yang masih terus menjamah makanan dan Angah yang dah surrender..





Ni pulak gambar semasa nak hantar mi kari ke masjid untuk jamuan moreh...






*** Gambar ternyata kurang oleh kerana lebih tertumpu kepada makanan....

Rabu, 24 Ogos 2011

Kad Raya Blogger

Aku dapat kad raya pertama tahun ni, daripada member blogger, Anies. Hehehe...akhirnya dapat jugak kad raya...


Ramai betoi orang dalam kad raya atau poster raya sebenarnya...


Lagi besaq dari screen computer 17" aku...



***Terima kasih aku ucapkan...kad raya aku dah habis la, tu la pasal....takpa tahun depan aku balas....hehehe

Selasa, 23 Ogos 2011

Persiapan Berbuka

Pada 6 dan 7 hb yang lalu, keluarga Haji Amir berkumpul di Kampung Padang Serai. Kami berkumpul untuk sama-sama berbuka puasa bersama Ayahanda tercinta. Di samping membuat persiapan untuk moreh keluarga Haji Amir pada malam tersebut.

Setelah semua berkumpul, aktiviti pun dimulakan.


Imah yang ditugaskan untuk memblend bawang..


Ni siapa berjersi no 12 ni..??

ooo...Faeiz seperti biasa, mesin kelapa....
Kombinasi dua kerja yang menghasilkan makanan yang lazattt...



Di luar,Angah, Daud dan Ijal, bersiang ayam hutan dan ikan keli...

Angah pun tolong jugak..


Ayam hutan yang Daud tangkap..tak besar sangat..




Ikan keli...yang akan dibakar..

Ni pulak kat dapur..

Kak Lili..diantara chef...



Bila dah siap bersiang, api mula dinyalakan...


Iman...Seriusnya muka...



Haji Amir, menyalakan api..


Keli yang bakal dipanggang..


Upacara memanggang..

Ehsan dan Imah, baru keluar dari rumah...
Aina dan Basyirah..
Tu dai..Irfan dah mai...
Ni macam kumpulan Rock je...


***Gambar Kak Ros dan Kak Linda tiada dalam simpanan, mungkin terlepas pandang sebab sibuk menyiapkan Mee Kari untuk moreh...Apa pun nampaknya tahun depan pulak kita berjumpa lagi sekali untuk berbuka, berterawih dan bersahur bersama-sama di Kampung Padang Serai..!!!

Isnin, 22 Ogos 2011

Berbasikal Di Kampung Padang Serai

Kalau berjumpa ramai-ramai di kampung, ada saja idea untuk melakukan sesuatu oleh anak-anak Haji Amir. Kali ni entah macamana diorang boleh meminjam basikal Pak Lah ( Tok Siak masjid Kampung PAdang Serai ) untuk sesi pengambaran. Jom tengok aksi-aksi diorang...




Ijal menunggang basikal, betul-betul di depan rumah...
Abang Yus pun tak mahu melepaskan peluang menunggang basikal..

Sampai ke dalam kawasan masjid la..

Bersama tuan empunya basikal, Pak Lah, Basyirah dan Aina..
Angah pun nak menerai jugak..

*** Pak Lah ni bapa kepada blogger Azwaliza .
( satu kampung )

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails