Masa tu di kampung masih belum ada bekalan elektrik, jadi kebanyakan rumah menggunakan pelita minyak tanah. Namun begitu kami kadang-kadang menggunakan lampu gasolin atau pelita karbait disamping lampu kalimantang menggunakan bateri kereta. Bateri ni juga digunakan untuk menonton Televisyen ( TV ).
Dalam lebih kurang satu bulan, bateri ni kena pergi 'cas' kat satu rumah India kat Matang Acheh. Selalunya memang abah yang akan bawak bateri tu untuk di 'cas'. Macamana satu hari tu kami bergaduh dengan abah yang menyebabkan dia tak mau pergi 'cas' bateri tu sedangkan hari sabtu dah nak sampai.( hari sabtu masa tu paling best la sebab malam ada rancangan Hiburan minggu Ini HMI dan ada Movie, sementelah pula tak sekolah, jadi memang enjoy la waktu tu-masa tu mana ada I-tab segala bagai, hanya TV dan radio lah sumber hiburan ) Jadi aku dan Kak Linda beriya-iya nak bawak bateri tu untuk di 'cas'. Sedangkan bateri tu dah le berat dan nak kena bawak basikal tua abah sejauh lebih kurang 5 km ( kalau tak silap ), memang menyeksakan..!! Tapi sebab nak tengok TV punya pasal, sanggup tu...
Bila dah hantar, kena tinggal satu malam untuk di 'cas'. Keesokan harinya kami berdua ( rasanya Ijal -5 tahun pun pergi sama )pun pergi la ambil balik bateri yang telah di 'cas'. Bateri ni selepas cas menjadi lebih berat. Ada lagi satu masalah, kat tempat tu dia ada bela anjing dan angsa. Anjing tu memang dia kurung la, tapi angsa memang dia lepas. Tu yang menjadi masalah..!..Masa aku nak mula kayuh basikal tua abah, angsa-angsa tu pun datang menyudu.! Punya la takut masa tu, sampai terangkat la basikal ( sebab bateri berat )..
Walaubagaimanapun, selamat sampai di rumah dan boleh tengok TV..!
*** Memori terindah...budak-budak sekarang mana pernah lalui...

