Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 28 Jun 2013

Anak-anak

Satu yang bagus dengan Nabil walaupun dia banyak cakap, dia akan tulis apa yang dia nak buat. Kalau dia nak beli apa-apa pun dia akan tulis pastu bagi kat aku secara rahsia, katanya ini sms...Kalau dia main dengan adik atau abang dia pun dia suka lukis dan tulis.

Yang kat bawah ni nak bagitau apa yang perlu disediakan untuk persekolahan keesokan hari.



Mula-mula tu terfikir jugak, apa dia yang ditulis, potong, setep, gam dan gunting. Gam dan gunting tu memang dah faham, tapi apa dia potong dan setep tu?...

Rupa-rupanya fotostat/photostate..!

Nabil, Nabil......

Jumaat, 14 Jun 2013

Salam Hari Jumaat..

Semalam masa balik kerja memang awan mendung dan angin bertiup kencang. Lepas tu hujan dan ribut melanda. Malam lepas mandi sembahyang dan makan, member opis aku telefon memberitahu yang antena di atas menara umno ( dekat dengan ofis aku ) runtuh. Tak berapa lama kemudian member ofis yang lain pulak telefon, nak cek aku hidup lagi ke tak, sebab aku kalau balik memang lalu depan bangunan Umno tu dan kadang-kadang singgah sembahyang asar kat masjid Pakistan ( berdepan bangunan umno ).

Alhamdulillah, aku masih bernafas lagi. Aku balik awal berbanding biasa semalam, mungkin awal 15 atau 20 minit sebelum antena tu jatuh menyembah bumi pada pukul 6.55petang...

Hari ni aku pergi opis, dah nampak jalan semua ditutup dan bekalan air kat opis tak ada. Sebab katanya konkrit yang jatuh tu telah menyebabkan jalan berlubang dan kena paip air...Hari ni kena lepas kat masjid la...hehehe...

Berikut gambar yang diambil semasa aku pergi ke tempat kejadian ( tak dibenarkan masuk, jadi dari jauh je la )


Konkrit yang memegang antena kena sikit pagar masjid pakistan..

Antena yang jatuh..




Aku rasa konkrit tu 4 kaki x 4 kaki, tu yang jalan pun dah berlubang dan terangkat...

Aku memang selalu balik gunakan jalan selepas masjid Pakistan ni...

Bangunan Umno..

 Cladding dia pun terkoyak...

***Takziah pada keluarga Allahyarham Jahir Husaain Sulaiman yang mati terkena serpihan runtuhan dan pada semua yang tercedera...

***Kredit pada member opis, Yong yang bagi gambar clear ( sebab handphone aku tak clear )

Selasa, 11 Jun 2013

Tahniah Bro..!

Dalam FB memang semua kawan-kawan dah pun mengucapkan tahniah kat kawan satu sekolah aku sorang ni Zainuddin Bin Lot ( Deeno Zoff )yang dah berjaya mengharumkan nama negara. Dia telah berjaya menawan puncak Everest bersama-sama team FELDA.

Aku baru berkesempatan, sebab terlampau sibuk sangat sekarang ni. Pasal dia ni aku dah pernah tulis dah pada tahun 2011, klik link. Masa tu aku dah dapat rasa yang mamat ni InsyaAllah akan sampai puncak Everest sebab dia dah banyak menawan gunung-gunung seantero dunia sebelum tu.

Apapun Tahniah la aku ucapkan kat ko, Budin...All the best..!

Gambar dia aku cilok dari dia punya FB...
]

***Tak lama lagi dapat gelaran Datuk....hehehhe

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails