Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 22 September 2010

Bukak Puasa Dengan abah

4 September 2010 ( 25 Ramadhan ), seminggu selepas acara gotong royong beramai-ramai, aku balik kampung lagi bersama Naufal dan Nabil. Tujuan utama hanyalah untuk membeli cat disamping mengecat rumah abah yang tak tersiap oleh kontraktor kontroversi. Bertolak dalam pukul 7.30 pagi.
Bila sampai je terus ajak abah ke Pantai Remis tuk membeli cat. Abah pulak kata nak beli perabot yang mana Kak Linda ada memberi sedikit sumbangan. Mula-mula pegi kedai perabot dulu ( sepatutnya kedai cat dulu ). Selepas beli set sofa, meja makan dan kerusi malas abah, baru pergi kedai cat. Dukacita sungguh, cat yang nak dibeli pulak tak dak, jadi terpaksa cari kaler yang lain.

Bila dah dapat cat yang dicari, balik rumah dan mula mengecat sambil dibantu oleh abah, naufal dan nabil. Tetapi tak dapat disiapkan kerana masalah sakit pinggang yang datang melanda. ( semua kerja mengecat dihabiskan oleh Ijal, Pinny, Imah dan adik )

Kelihatan separuh rumah papan yang sempat disiapkan...



Pada sebelah petang kami semua pergi ke bazar ramadhan ( Pantai remis ) untuk membeli juadah untuk berbuka. He..he.. Abah kata, "ambik-ambik, hampa nak apa abah belanja ".. Tu yang best tu. apa lagi yang pertama dicari sebelom kehabisanullazi ialah LAKSA MI ( beli 2 bungkus yang berbungkus daun pisang...perghhh sedap giler...dan 4 bungkus yang berbungkus plastik, yang ni bawak balik Penang, tapi tak sempat nak makan dah basi )...Abah beli nasi ayam sama ngan Nabil.. Naufal lak nak nasi lemak..

Berikut adalah juadah yang kami beli untuk berbuka kami anak-beranak...

Laksa mi berbungkus daun pisang, hanya RM 0.70 sen je..tapi lazattt tak terkata


Nasik ayam abah...


Kuih-muih, dari kiri, buah melaka ( nabil dan naufal nak ), kuih aiman, pulut udang ( perghhh lazaattt ) dan cucur kucai/udang



Ni pulak agar-agar yang abah buat ( aku suka ni sebab tak berapa manis )



Ni pulak Naufal dan Nabil yang pergi ke masjid...tak bawak seluar panjang jadi kena pakai kain pelekat...

** Kami bertolak pulang ke Pulau Pinang selepas sembahyang maghrib, meniggalkan abah keseorangan, kerana pada perancangannya nak pegi shopping baju raya bebudak pada hari ahad(esoknya) sebab minggu depan dah raya...

Gotong -Royong di Bulan Puasa

Salam buat semua. Rasanya telah lama tak menjenguk blog Anak Haji Amir ni di atas sebab-sebab kesibukan yang teramat! Sedangkan ada banyak post yang belum sempat ditulis, apatah lagi aktiviti semasa bulan puasa yang baru lepas.

Di sini dan beberapa post yang akan datang akan dipaparkan segala aktiviti yang berlangsung semasa bulan puasa dan juga hari raya aidilfitri yang baru lepas.

28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431 yang lepas, kami sekeluarga balik ke kampung. Setibanya di kampung, Kak Lili, Kak Linda, adik dan Imah ( yang balik sehari lebih awal, kerana cuti Nuzul Quran ) sedang bergotong-royong membersihkan kawasan rumah ( yang mana sisa-sisa tinggalan kontraktor yang tidak dibersihkan-sepatutnya dia la yang kena 'clear' suma tu )



Segala sampah yang dibakar, fuh..! panas tol hari tu...



Kelihatan Kak Lili mengarahkan sesuatu, manakala Adik kelihatan tunduk, insaf...Imah pula cuba melarikan diri dan Safwan menutupkan telinganya...


Abah yang baru balik dari Pantai Remis dengan Abang Ngah, tersenyum je tengok anak cucu gotong-royong..


Kak Linda yang sedang menyapu sampah..( nanti jangan cakap bukti gambar dia menyapu takdak )

Kak Lili pun apa kurangnya..
Naufal pun tolong gak...


Abah yang asyik cakap " Anak cucu tolong bersihkan rumah..."
Irfan pun...
Imah kerana tak larat membilang waktu tuk menunggu waktu berbuka...

Adik yang tak sepat menukar kain pelikat...
Semua bekerja keras..

Tu dia menantu-menantu baru sampai untuk mendirikan /menyiapkan penyidai baju...

Kak Lili keletihan..
Naufal, Nabil dan Tok Wan..
Abah pun bersama-sama men'joint'kan dirinya...


Lagi gambar, Safwan, Imah dan Basyirah
Ni pulak aktiviti di waktu petang, selepas aku, adik dan Abang ngah balik dari Pantai remis membeli lampu untuk rumah baru abah. adik ditugaskan membakar ikan...kesian kat dia....

Abah menyalakan api tuk bakar ikan
Adik memulakan tugas..

Ikan yang menjadi mangsa...

Gambar ni takde kena-mengena dengan juadah berbuka, tapi ayam ni la nanti akan dikorbankan tuk rendang Hari Raya..
Angsa..tak sembelih aihh..

Reban ayam yang baru...** Juadah yang telah disiapkan untuk berbuka tak dapat di abadikan gambarnya, kerana semua orang dah tak larat sangat dan tak sabar-sabar untuk berbuka.....sampai terlupa tuk mengambil gambar..;p

Khamis, 9 September 2010

HARI RAYA..

Hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum cuti hari raya... Rasa teramat malas yang melanda sejak dari hari isnin lepas makin menjadi-jadi. Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat, terlihat di tepi jalan orang sibuk membeli-belah untuk persiapan hari raya. Yang paling ketara sekali ialah gerai menjual daging lembu, yang mana kelihatan orang yang berbaris panjang menunggu giliran membeli daging, amat aneh sekali!..Begitu juga dengan gerai menjual santan yang dikerumuni oleh ramai orang, dah semestinya resepi lontong atau rendang yang menjadi pilihan untuk menjadi hidangan.

Di kampung pun semua orang tengah bersiap-siap untuk menyediakan juadah untuk berbuka dan pagi raya. Menurut Daud yang mengangkat telefon kat rumah abah, empat ekor ayam telah disembelih. Manakala Kak Ros dan Kak Long sedang menyediakan awaih-awaih untuk memasak kari. Mungkin riuh rendah suasana kampung dibuatnya, yalah dengan suara anak cucu, itu belum lagi hiruk pikuk bunyi ayam itik...Alangkah meriahnya..!!!

Aku di sini masih lagi mengadap komputer meneruskan kerja yang belum dan tak pernah selesai...nama pun kerja. Terbayang suasana kampung, meriahnya bila beramai-ramai berkejaran menunjukkan 'skill' menangkap ayam, ada pula yang curi tulang semasa mencabut bulu ayam. Menyanyikan lagu hari raya sambil bekerja..Walaupun letih berpuasa, semuanya bersungguh-sungguh dalam menyiapkan persiapan menyambut hari kemenangan, 1 syawal.

Pada petangnya pula, pergi ke bazar ramadhan Pantai Remis, mencari kuih-muih dan yang penting sekali laksa mi yang tak dapat dijumpai semasa bukan bulan puasa. Tapi Ijal tak menyukainya sebab peristiwa silam yang menghantui benak fikirannya membuatkan dia loya tekak bila disebut laksa mi...

Malam ni InsyaAllah, selepas Isyak,aku akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman. Doakan mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan kami dan selamat sampai ke kampung, tanpa ada meninggalkan apa-apa barang pun seperti kuih raya, baju raya dan sebagainya..Harap-harap dapatlah bertakbir bersama-sama ahli keluarga di masjid malam ni...

Pada semua pengunjung Blog Anak Haji Amir, diucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga dengan kedatangan syawal ini diberkati Allah akan apa jua yang kita lakukan dan Allah menerima semua amal ibadat kita di bulan ramadhan yang lepas...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails