Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label malam bertuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malam bertuah. Papar semua catatan

Selasa, 15 Februari 2011

Malam Bertuah..!!

Malam, selepas balik dari sembahyang Isyak, walaupun masih ada kambing yang belum siap dibakar. Lagi satu lupa nak bagitahu pada entry yang lepas yang Kak Linda ada beli jagung untuk dibakar. Jagung baru mula dibakar pada masa ni. Jam menunjukkan pukul 9.50 malam, Kak Lili mengarahkan untuk aku memulakan majlis, walaupun masih ada lagi yang belum siap dipanggang. Ini adalah kerana takut bebudak letih menunggu ( Nabil dah pun tertidur )

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Abang Lang. Selepas itu apalagi, semua pun mula menjamah segala macam ayam, kambing, udang dan jagung yang telah dibakar. Diikuti dengan pemberian Door Give kepada bebudak. Disamping itu, kami ada cabutan bertuah dan acara rahsia, kerusi bertuah...

Hanya ada dua gambar semasa tengah makan...hehehe
Imah, macam dah lama tak makan sesangat, Kak Ros berdiri tak nampak kepala, sedang bertanya kepada semua bebudak tentang aktiviti meneka coklat dalam balang..


Tu ha hamper yang menjadi pertaruhan untuk dimenangi pada malam tu...Bukan TV tu, hamper sebelah kanan TV tu...( kelihatan anak cucu anak haji amir menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah )
Gambar dekat, hamper...err..tapi bukan old news paper kat bawah tu...

Pengagihan door give untuk bebudak di buat oleh Adik....Pija yang menerima door give...
Naufal, sungguh gembira menerima door give... atau dalam bahasa melayunye BERI PINTU..
Along dan safwan...menerima door give...

Semasa tengah makan, aku membuat pengumuman, yang semua sila duduk d iatas kerusi atau sofa yang ada kat situ....bila semua dah duduk, aku suruh semua periksa dibawah kerusi masing-masing...apalagi berebut la semua, ada yang teragak-agak nak periksa......( ni semua tak tau acara ni kecuali yg menghadiri meeting kat Penang dulu )

Akhirnya, pencarian berakhir...kerusi yang bertuah pada malam tu, ialah kerusi Kak Ros.....
Tahniah..tahniah...Kak Ros tersenyum malu-malu sebagai penerima hadiah yang pertama malam ni...
Untuk acara kemuncak..cabutan bertuah. Nama pertama yang dicabut oleh Haji Amir, ialah......Emran....
Tahniah buat Emran.....!!!
Untuk acara selingan, nama pemenang untuk acara bebudak, Teka coklat dalam balang, dimenangi oleh Aina, yang mana dia meneka dengan tepat jumlah coklat, 38..... Aina yang sedang membuka hadiah..Tahniah..!!!

Acara cabutan bertuah diteruskan....Nama Kak Ros lagi sekali naik sebagai pemenang..!!!....Tapi setelah bantahan dibuat oleh semua ahli keluarga ( sabab hamper terhad untuk acara yang pertama kali dibuat ...hehehe ). Jadi haji Amir membuat cabutan yang kedua, dan pemenang yang bertuah ialah ANAK BAPAK.....hehehe..Uqaiel Nabhan Bin Mohd Fadzli...!!!!
Tahniah..!!Uqaiel diiringi naufal yang terover untuk menerima hadiah...
Cabutan yang seterusnya giliran nama Imah pulak yang naik...apalagi tersengeh la Imah....Tahniah..!!!
Akhir acara, semua pemenang yang bertuah telah bergambar beramai-ramai...
Sebagai acara penutup, diorang nak bergambar beramai-ramai di tengah ruang...sambil aku diminta menangkap gambar diorang...

Tetiba...GELAP...letrik tak ada...Bebudak ada yang dah menangis... .Cis....dan cis lagi...menyumpah aku dalam hati, tak guna punya TNB...orang tengah nak bergambar, letrik tak ada pulak...Tengah aku kelam kabut, PAP...letrik ada balik diikuti dengan Cik Wife dan Daud bawak kek sambil semua menyanyi lagu Selamat Hari Jadi..!!! Ahhhhh...akhirnya aku terkono...( macamana aku tak sedar diorang nak plan nak buat surprise-patut la Daud pergi Manjung lagi petang tadi sedangkan semua barang dah ada )
Espresso Cheese Cake dari Secret Recipe...rasa nak menangis terharu pun ada...gembira pun ada
Terima kasih bebanyak kat semua yang bersusah payah sediakan kek untuk aku ni......Sedap..
Acara malam tu diakhiri dengan acara makan kek...Apapun terima kasih buat semua yang bertungkus lumus menjayakan acara malam ni...dari persiapan mencari bahan-bahan, sembeleh ayam, membakar, masak dan segalanya....

Akhir kata, aku rasa betul-betul BERTUAH berada dalam keluarga ni...!!!! ya kami semua bertuah..!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails