Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 2 Mac 2011

Pusar...( atau pusaq )!!!!

28 februari, pagi masa tengah siap-siap Naufal dan Nabil, diorang cakap dengan Ummi, yang hari ni kena pakai baju melayu, sebab ada majlis Maulidur Rasul di sekolah. Oleh kerana dah lambat, tak sempat la nak siap-siap dan iron baju melayu. Jadi diorang pun pakai la baju biasa ke sekolah. Naufal macam biasa, nak menangis, sebab tak pakai baju melayu, Nabil pulak biasa je.

Baru aku teringat, hari jumaat lepas, bila ambil diorang dari rumah pengasuh, dioarang ada bagi tau. Tapi diorang kata esok (hari sabtu) yang kena pakai baju melayu tu. aku buat dono je sebab hari sabtu mana sekolah, tak terfikir pulak yang diorang maksudkan hari isnin!...

Untuk menebus kesalahan, tengahari aku balik ambil diorang untuk dihantar ke rumah pengasuh. Sebelum tu bawak diorang pergi kedai mamak, Pajerol ( tak tau nama betul mamat ni ). Lepas beli aiskrim dan toy sikit, terus balik rumah nak makan aiskrim dulu. Masa naik lift, jumpak satu makcik , mungkin bawak cucu dia kot balik dari sekolah ( sama sekolah dengan Naufal dan Nabil.)

Makcik tu tanya, " Anak berapa.? "

Aku jawab, " Tiga"

Dia tanya lagi, " laki, pompuan..?"

Aku kata, " Tiga-tiga lelaki.."

Dia membalas " Lelaki, buas laaa..." sambil memandang cucu dia...

Pastu aku nampak dia menjengah-jengah ( memanjangkan leher dia ) tengok atas kepala Naufal dan Nabil. Entah apa yang dia tengok.

Bila dia sampai, dia bagitau, " Makcik tengok pusaq ( pusar ) atas kepala depa, ada satu ja..." ( mungkin dia nak kata cucu dia ada pusar lebih kot, tu yang buas...)

Betul ke ada lebih pusar, jadi buas....???

*** Untuk Ijal /Faizal Amir( kalau dia baca blog ni la )..dia ada tiga pusar kalau tak silap...hehehhe

9 ulasan:

niesz berkata...

ha a..ramai yg ckp mcm tu..pelik gak...betul ker..

Mrs. Nisa DK berkata...

orang tua2 mmg suka cakap mcm tu, tengok pusaq atas kepala, kalo tengah2 degil, kalo pusaq lebih buas..ha macam tu la..hehehe

Fadzli Amir berkata...

niesz & NISA KHAIRI - Tu la, tak tau kebenarannya, tapi memang ada adik yang pusaq dia 3, memang buas tu...tapi masa kecik2 la...la ni dah kawen ok dah...hehehhe

Hafiza Hafinas berkata...

eh? nenek jah kata kalau ada 2 pusaq tu, pandai meniaga kambing.. kenapa kambing? tu jah tak tau...

NARDtheNERD berkata...

betul la kot ckp makcik tu..
hehe
:)

Fadzli Amir berkata...

TheChekJah - LAgi la pelik...siap mention buleh bela kambing lagi..kalu 3,4....leh bela apa la pulak..kutu...hehhee

Fadzli Amir berkata...

NARDtheNERD - bukan pe...takde kajian saintifik, mana leh caye je...hehehe

Amir faiez berkata...

ya ka???klu 2 cna????bsok try la tnya mkcik tu lg...huhu..

Fadzli Amir berkata...

Amir faiez- adik, kalu dua macam kata Cek Jah,pandai meniaga kambing...hehehhee

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails