Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 1 April 2011

Kelebihan Hari Jumaat...



Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat. "Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah." Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".


Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.


Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.


Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.


Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".


Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat. Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.


Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.


Mandi dan Pakaian

Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.


Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.

Sumber; SINI



*** Mungkin bagi kita hanyalah keseronokan hari terakhir kerja, sebab esok cutiii...!!!!...

10 ulasan:

toyolkiut berkata...

bnyak fadilatnya..
tp ramai yg abaikannya, terutamanya solat jumaat tu.. wajib dterapkan dr usia kecil bg anak2 lelaki..

Mie berkata...

Banyak kelebihan hari Jumaat ni, cuma ramai yang tak ambil kesah. By the way, saya pernah ke Mesjid terapung Tanjung Bungah tu beberapa tahun yg lalu. Masa tu menginap di Sri Sayang Apartmrnt kat Batu Feringghi.

Aleen Aiden berkata...

banyaknye kebaikan hari jumaat kan.

Dr K berkata...

ya, terlalu banyak manfaat nya..

sama samalah kita ingat mengingati

imah berkata...

tengs 4 d info..ade yg imah dh taw, ade yg bru imah taw..
so sama2lh kta menghargai n menggunakn hari jumaat sebaek mgkin..

Prince Halilintar berkata...

betul tu,jgn lepaskan peluang utk mendapatkannya =)

azmnor berkata...

Salam Fadzli..

Peluang dan bonus yg jgn telupa nak kaut keuntungannya...

Insyaallah semuga kitasemua dpt melaksanakannya...aaminnnn..

niesz berkata...

bnyk kelebihan hari jummat ni kan, hari yg penuh rhmat n keberkatan :)

fazlinda berkata...

jumaat ~ penghulu segala hari.

Amir faiez berkata...

cume kte je slalu xendah..kan slalu abah ckap pg awai2..."jgn imam da naik mimbar bru nk pg...masa tu malaikat da tutup bku...rumah dpan idung pon lmbat.."..terngiang2 je suara abah..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails