Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 14 April 2011

Furniture Workshop

Hari ni aku nak tunjuk sikit keadaan kilang perabut yang membuat semua perabut untuk syarikat kami. Sebenarnya ada banyak kilang yang involve, tapi yang dekat Batu Feringghi ni yang agak best la pada aku, sebab diorang ni friendly sikit daripada yang lain. Memang semua tokeh dia cina dan pekerjanya ada cina dan vietnam. Tak pernah lagi aku jumpa sepanjang aku bekerja kat Penang ni, carpenter melayu. Di sini aku nak tunjukkan serba sedikit apa yang diorang buat.
Perabot yang telah siap, dibungkus bagi mengelakkan kerosakan semasa penghantaran...

Yang tukang bungkus ni nama dia...aku pun lupa la...heheh..dia orang vietnam..pandai berbahasa hokkien dan sedikit bahasa melayu... Ni diorang tengah buat kitchen cabinet... Yang ni pulak TV cabinet... Diorang sedang menggosok meja berkayu jati/teak... Macam berterabur sikit la.. Kilang ni sebenarnya dibina di dalam dusun durian, bila musim memang jenuh la aku makan durian free.....hehehhe......Kat belakang kilang, bebudak vietnam ni memang rajin, tanam segala macam sayur tuk kegunaan diorang.... Aku ingat kalau ada tanah berair, mesti diorang tanam padi sendiri...hehehe
Tapi yang tak bestnya, diorang ni semua makan, anjing yang berkeliaran, kucing dan kadangkala monyet pun menjadi hidangat buat diorang.......uwekkkk..!!!


*** Sekarang memang aku tiap dua hari datang sini, monitor diorang buat kerja....

13 ulasan:

http://aniesandyou.blogspot.com berkata...

trima tempahan dr luar?

Yan berkata...

mana ada melayu nak buat nni.. Contractor for my hubby pun rata2 cina. melayu ni bit jahat lah.. kadang2 lambat bayar. bayar ciput. memacam lah..

Izyan Masri berkata...

FUYOHHHH.MACAM NI BOLEHLAH TEMPAH SELORI DUA.GOODJOB XD

Prince Halilintar berkata...

wah..best la dpt mkn durian free..skrg gah musim durian lak tu..untungla..hehe

Daddy Ziyyad berkata...

tu sebab di mana ada org vietnam, kat situ takde anjir liar! ~haha

Mie berkata...

Ntah apa-apa selera diaorang nih.. ngalahkan buaya.. aku tumpang uwekkk..

Ila berkata...

abislah monyet kat situ nanti..kena pantau ni...hehee

azmnor berkata...

Salam Fadzli...

Chewahhh.....
cayalah ada kilang perabut sendiri....eh..eh aku tersilap baca ker..?

Viet ni diaorg memang makan apa saja melainkan besi.batu dan kayu jer... tu pun ubi KAYU habis diaorag sepah....

imah berkata...

imah rsa imah penah dtg cni..byk kali gak la..mula2 imah pk,knp la kdai ni cmni..kt dlm utan..pas 2 ade skali 2 abg li siap amek durian lg..hehehe

Amir faiez berkata...

teringat dulu abg lee wat2 nk bg dwet..tp diorg xnak..hahah..lakonan tu suma..

Cikli berkata...

vietnam ni ada kacau anak dara orang tak? hang kena pantau jugak bab sosial ni ye.

fazlinda berkata...

bestnye smbil keje jaga org blh mkn durian.... yg x bestnye kesian kt anjing2 tu, trgamak depa mkn.....

toyolkiut berkata...

kilang dalam kebun?
uiks.. markas haram ke ni?
hehehe...

biasa la, mereka bukan se agama dngn kita..
smua benda mereka makan..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails