Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 29 April 2011

Gaya Asuhan Ibu Bapa


























Mari kita memuhasabah kembali diri kita, bagaimanakah cara kita mengasuh anak-anak kita. Secara umumnya kita rasakan tidak melakukan apa-apa kesilapan sesmasa mendidik anak-anak. Bagaimanapun, mari kita semak tip di bawah...gaya asuhan manakah menjadi amalan seharian kita di dalam mendidik anak-anak...



KESAN GAYA ASUHAN POSITIF IBU BAPA TERHADAP SIKAP DAN TINGKAHLAKU ANAK





1) Jika anak sentiasa diberi kasih sayang tanpa syarat ia akan menjadi seorang yang penyayang.



2) Jika anak selalu ditabahi ia akan menjadi seorang yang penyabar.



3) Jika anak selalu diberi galakan ia akan menjadi seorang yang yakin diri.



4) Jika anak selalu diberi pujian ia akan menjadi seorang yang menghargai dirinya.



5) Jika anak dilayan dengan saksama ia akan menjadi seorang yang bersikap adil.



6) Jika anak diberi pengiktirafan ia akan suka dan sayang pada dirinya dan pada orang lain.



7) Jika anak dihormati ia akan menghormati orang lain.



8) Jika anak sentiasa didampingi dan diterima ia akan menjadi seorang yang tahu menjadikan dunia ini tempat yang seronok, selesa dan bahagia.



9) Jika anak sentiasa dihargai ia akan menjadi seorang yang produktif.



10) Jika anak diberi perlindungan ia akan menjadi seorang mempunyai kepercayaan diri.





KESAN GAYA ASUHAN NEGATIF IBU BAPA TERHADAP SIKAP DAN TINGKAHLAKU ANAK





1) Jika anak selalu dikecam ia akan menjadi seorang yang suka mengecam orang lain.



2) Jika anak selalu diseterui atau dimusuhi ia akan menjadi seorang yang suka bergaduh dan berkelahi.



3) Jika anak selalu dihina ia kan menjadi seorang yang pemalu dan kurang yakin diri.



4) Jika anak selalu diberi pujian berlebihan ia akan menjadi seorang yang riak dan sombong.



5) Jika anak selalu dilayan dengan kekerasan dan marah-marah ia akan menjadi seorang yang agrasif dan suka membantah.



6) Jika anak selalu dibeza-bezakan ia akan menjadi seorang yang tidak puashati, irihati dan rasa bersalah.



7) Jika anak dipersalahkan ia akan menjadi seorang pembohong dan pendendam.



8) Jika anak selalu dikritik ia akan menjadi seorang tidak yakin diri.



9) Jika anak selalu dimenangi walaupun bersalah ia akan menjadi seorang yang biadab, suka menyalahkan orang lain dan besar kepala.



10) Jika anak selalu disisir ia akan menjadi seorang merasakan dirinya tiada harga diri.



11) Jika anak selalu dibohongi ia akan menjadi seorang pembohong dan penipu.



18 ulasan:

Encik MamaT berkata...

aku takde anak lagi.. hheehe.. tapi walau mcm mana pun kita kena usaha memberntuk peribadi... ibu dan bapa mmg bagi peranan yang sangat penting... jadi kalau anak tak baik.. jangan salahkan anak.. lihat ibu bapa dulu...

MAPPIAU berkata...

ermmm betul tuh, sebab tu la ade pepatah kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnyer. mudahan kite2 ibu bapa ni dipermudahkan untuk membentuk/mendidik anak2 jadi insan yang bergune kelak :)

Mie berkata...

Ibubapa ni ibarat acuan kepada anak-anaknya...

Cikli berkata...

alhamdulillah bro,
anak hang insyaAllah jd anak soleh hasil dapat didikan terbaik.

hati-hati,
kalau dapat yang negatif, anak hang ni lelaki semua jgn jadi macam trio datuk tu.

nauzubillah.

Ila berkata...

susah sebenarnya nak jadi ibu bapa yang terbaik..tapi kalau beusaha.mungkin boleh
Jom Baca Dua Tempat berbeza

Daddy Ziyyad berkata...

Tips yang baik, berguna..TQ..

Dan saya nampak ada dua org penyokong MU di situ...cayalah!!! :P

aleen aiden berkata...

abg alin klo dgn adek beradik die,sgt klakar orgnye.
tp bile ngn anak2 die,most of d time die sgt strict.hu3

nabilah_2908 berkata...

sy pun masih belum kawin..nk ada adak lagi la jauh..

tp sy cuba kaitkan cara asuhan ayah&ibu sy...hmm...ada betulnya juga... :)

terima kasih sudi berkongsi...boleh dijadikan panduan 1 masa nnti.. :)

Amir faiez berkata...

huhu....kne praktikkan ni...spya jdik ank soleh...

azmnor berkata...

Salam Fadzli..,

satu tips yg berguna sempena Jumaat yg mulia ini....agar kita mendapat inayah dr Allah dlm segala urusan dunia dan akhirat..

P/s: bukan senang mendidik anak-anak zaman ini....

Prince Halilintar berkata...

boley diamalkan bila dah jadi bape ni..ehehe

khaifaiz berkata...

TQ.. akan dicatatkan dalam kamus hidupku kelak

Yan berkata...

Anak ibarat kain putih. kita yg membentuknya. Nak jadikan depa apa? kita sendir yg kena pastikan..

Sham berkata...

tima kasih bro kerana memberi ingatan ini...kadang2 risau membesarkan anak2 ni...silap didikan kita rosak masa depan diorang...

imah berkata...

nasihat yg sangat bgs kpd sesiapa yg blm ada anak cm imah...

fazlinda berkata...

semoga anak2 kita menjadi anak2 yg soleh dn solehah. jgn jd soley soley sudah......

Ct Aja berkata...

selamat bercuti...

Ct Aja berkata...

Selamat menjadi seorang ayah yg berjaya....insyallah...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails