Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 13 April 2011

Pokok Misteri di Kampung Aku

Ni cerita benar tau, tak ada yang tak benar melainkan yang benar-benar belaka. Di dalam kebun abah memang banyak pokok lama yang dah tua tapi tak ditebang. Diantaranya ialah sebatang pokok durian ni. Buah dia memang sedap, isi kuning, bijik kecik, memang perfect la. Tapi jarang sangat nak berbuah. Rasanya semenjak aku dah dewasa ni ( dewasa tu...hehehehe.) tak pernah sekali pun dia berbuah. Mungkin kehabisan baja kot ( nanti balik kampung, nak letak baja..)



Pokok ni tak lah besar sangat macam pokok yang dalam hutan nu...tapi besar la jika dibandingkan dengan pokok-pokok yang lain kat kebun ni...Pokok durian ni ada satu lubang besar di tengah-tengah batang dia. Di kabarkan ada benda-benda asing selalu keluar daripada lubang tu. Oleh yang demikian, pada suatu hari adik-adik aku dan anak-anak sedara semua bercadang membuat penyiasatan terhadap pokok durian tersebut untuk mendapatkan bukti-bukti secara saintifik, kerana bak kata pepatah, " itulah pentingnya english educationnnnn...."


Imah, Along dan Pinny mengendap di tepi pokok durian untuk memulakan penyiasatan...

Tiba-tiba, meluncur keluar satu lembaga berkain pelekat dari pokok tu..!!!! Sungguh mengejutkan..semua orang, termasuk Tok Ketua kampung..!!!!Walaupun berkain pelekat, dia juga memakai topi Michael Jackson..!!!



Muncul lagi satu lembaga yang agak tonggek...

Selepas tu muncul pulak seorang yang agak berisi...boleh dilihat lompatan dia tak berapa tinggi, sebab berat...



Muncul pulak seorang yang boleh melayang, ala-ala mak lampir... kurus melayang...


Ada lagi yang memakai topi Michael Jackson...!!!!

Dan yang ni paling seram sekali...dia keluar macam hantu filem jepun, sambil mengadap kita, tapi masih mengekalkan ciri-ciri budaya melayu, dengan memakai kain pelekat...


Setelah siasatan dibuat ke atas pokok tu, baru le diorang tahu yang ada bebudak takde kerja yang memanjat pokok tu sambil membuat segala macam jenis lompatan.....Jadi kes ditutup.....



Ni lah diantara para pelakon yang menyamar menjadi entiti melompat keluar dari pokok....


Kalu tak jelas jugak, ni ha...


Ni pulak ala-ala tarian berirama atas tanah...Yang kat brelakang tu seorang cikgu, dia seorang yang kelakar yang mana boleh menghilangkan giginya......


Salah seorang mamat ni yang tersedar dia bukan ahli keluarga Haji Amir, melarikan diri dengan melompat pokok bunga....









Sekarang diorang tengah fikir nak siasat misteri apa pulak....

*** Cerita di atas hanyalah tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati....sekian terima kasih..

18 ulasan:

Prince Halilintar berkata...

dah macam kartun lak aku tgk..sorg2 melompat kuar dari pkok..hahaha

saya YANA berkata...

haha.. ceria betul anak Haji Amir ni.. haha..

Yan berkata...

baca satu n3 blogger td ingat dah boleh ganti rashid sibir. yg ni boleh jd producer lah. kalah kan david teo..

♥ manje ♥ berkata...

2 3 hari ini sume buat aksi lompat aje eik? hehe ~

Ila berkata...

bestlah tul dok kat kg ni..leh nyorok belakang pokok

fazlinda berkata...

anak cucu hj amir ni kalo msk sukan olimpik acara lompat tinggi mesti depa menang sbb depa x dak keje lain ~ ase tangkap gambo je melompat, ase lompat je tngkp gambo...... he he he

Tauke Budu berkata...

sporting habis keluarga haji amir nih...cayalah

Tauke Budu berkata...

sporting habis keluarga haji amir nih...cayalah

Izyan Masri berkata...

PELIKNYA POKOK TU.RUPA DIA JE DAH MENAKUTKAN XD

Daddy Ziyyad berkata...

hahaha..yg pasti, byk gambar2 dalam blog ni ada 'aksi melompat' :)

Ct Aja berkata...

keluarga bahagia...he3

Cikli berkata...

aku ingat cerita hantu durian upin & ipin the sequel tadi.
best la kebun tu..

Hantu Kak Limah berkata...

salam...keh..keh...keh...memang seram cite ni...misteri alam hitam ni...ingatkan musang king kuar dr pokok tu,sekali ank hantu durian la...hehehe...

imah berkata...

hahaha..best2 cite ni..bleh jd slot drama lagenda kt tv3..ala cite ala2 seram ptg2 kol 4..pelakon2 die anak2 haji amir & hantu die sumenye melompat..:)

ni lah aktiviti time xde keje..paggil ank2 saudara pas 2 wat mende2 pelik..yg dorg pun ikot je..laayyyaaaannnnn....

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
pilihan motorsikal kupcai terbaik
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

azmnor berkata...

Salam Fadzli....

..segala misteri telah terjawab...
hehehehehe..

Amir faiez berkata...

misteri ni misteri..misteri..misteri...hahah...pelakon misteri..

Szafwan berkata...

best wo0 l0mpt...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails