Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 28 April 2011

Wahai telur, kau palsu ke ori..??

Pagi ni pergi beli makan kat satu gerai kat Transfer Road. Aku beli dua nasi lemak bungkus ( makan kat office ). Macamana rasa teringin nak makan dengan telur rebus, aku ambil sebijik. Dah bayar semua, terus pergi office.

Mestila baca bismillah dan doa, aku pun makan la nasik lemak tu. Aku kopek la telur rebus yang aku beli tadi. Bila dah bukak, konon-konon nak cek la samada telur tu telur palsu. Belek kiri, kanan, atas bawah telur tu takde lekuk ( untuk udara ). Terus la bukak telur putih tu, sebab diorang kata ( diorang kata la, bukan aku kata ), kalau telur palsu ada selaput hitam kat telur kuning tu...
Memang ada!!!...aku dah kena dah la...Terbeli telur palsu. Terus buang la jawabnya..Memang Penang yang dapat trace dulu tentang telur palsu ni, negeri lain aku tak tau la ada ke takdak. Pasal ciri-ciri telur palsu ni pun aku baca kat blog member, Cik Att. Tapi tak sangka pulak aku buleh dapat. Aku rasa memang gerai yang jual nasik lemak tu tak tau, diorang main beli je, apatah lagi kalau dapat murah. Nanti aku slow talk ngan broder gerai tu, ada gak aku jumpa dia kat mesjid sembahyang zohor...


Aku belek, kiri-kanan takdak pun lekuk udara...


Kat dalam pulak, selaput hitam di luar telur kuning..

( meyakinkan lagi, ini adalah telur palsu )


*** Tengok la nanti macamana aku nak report ke tak ke persatuan pengguna....

17 ulasan:

Unknown berkata...

report jgn tak report..bahaya ni....
Jom Baca KFC Chicken Chop

Encik MamaT berkata...

try la report tgk.. btol ke cerita tu... sebab aritu kata kajian takde telur palsu.. yang CAP kata palsu tu sebenarnya telur ori.. pelik la jugak...

Chik Att berkata...

cepat cepat ... report ... bleh glamer ni ......

adat dah .... gomen mesti bagi alasan tak dak teloq palsu .....

khaifaiz berkata...

dah tak mkn telur ayam.. sekarang lebih tertumpu mkn telur lembu.. heheheh...

Unknown berkata...

bahaya ni.... report je..
semalam mak Yana beli 30 biji teros.. sekarang tak berani nak main pecah je kat dlm kuali.. mesti kene msuk mangkuk dulu..

~one~malinee~ berkata...

gerai mana nie, mamak ker mami ker, melayu ker... ish ish, xperihatin nak meniaga, kena komplen saja laaaa

Prince Halilintar berkata...

try siasat dulu la..tanye kpd yg lbh arif..samaada itu telur ori or palsu..pastu wat report la klu palsu..

Amir faiez berkata...

cer tnye cik usop dlu mcamane....hehe..

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
prosedur bawa masuk kenderaan luar

diy bumper pecah bumper calar

uihhh rasanya tu bukan telur palsu pasal kedudukan kuning telur berada di tengah-tengah... mmg ada telur kuning dia colour cam tu...

Dr K berkata...

Confirm ke ni????

Hari tu ya ya gomen kata TIADA telur palsu?

KakD berkata...

hadoiiila ade jugak eh kat malaysia, issshhh dah la awok ni penggemar telur. Mule la pas ni ragu2 dah nak makan telur :(

nabilah_2908 berkata...

haih...hari tu kata... Malaysia bebas dari telur palsu...yg ni ada la pulak..

kena pergi report...bahaya....

jom ke APA KATA HATI pulak ;
NASI GORENG AYAM GIANT

Unknown berkata...

macam2 skerang....sikit lagi daging ayam n lembu pun boleh jadi ada yg palsu

Cikgu Nurin berkata...

sekarang beras palsu pulak,buat drpada plastik...

imah berkata...

wat ape nk tnye si usop 2..kang die kate "kite bako..kite bako.."hehehe..

ishh..mcm2 la skg ni..telur pun jd mangsa..report je,at least kta taw kebenarannya..

fazlinda berkata...

eh eh ada ke telur tiruan sbb aritu depa kata x dak telur tiruan kt m'sia. depa kata la.......

fazlinda berkata...

eh eh ada ke telur tiruan sbb aritu depa kata x dak telur tiruan kt m'sia. depa kata la.......

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails