Ni gambar kami kat rumah Kakak Abg Yus, Kak Ayu di Tamn Saujana Utama, Sungai Buloh....Acara makan-makan yang telah disponsor oleh Abg Yus( menantu Haji Amir, suami kepada Fazlinda Amir ) tapi buat kat rumah kakak dia sebab keluasan rumah yang lebih besar.
Adik- beradik kami yang datang berjemaah menghabiskan makanan ialah, Ijal ( Faizal Amir ) dan family temasuk adik ipar dan sepupu dia,Adik ( Faiez Amir ), Ayman( anak saudara ) Imah ( Fatimah Amir ). Daud ( Firdaus Amir ) pun nak datang tapi sampai lambat, jadi dia terus ke rumah Kak Linda.
Lauk-lauk yang disediakan ialah satay,mee & kuetiaw goreng, sambal pedas, masak lemak ikan kering, rendang daging, ayam masak kicap, sambal tumis udang, lontong, pulut & ikan keli bakar..Nyum..nyummm!!!
Acara bermula selepas maghrib tapi kami sampai dalam pukul 9.30 ( memang sesuai untuk menjamu selera )..Selepas berhempas pulas menghabiskan makanan, dalam pukul 11.30..malam, kami pun bertolak balik, dengan keadaan kekenyangan.....
Di antara juadah yang dihidangkan...
Semuanya lazat-lazat belaka.......
Ni nampak tekun ni, menyediakan juadah ke, menghabiskan juadah...hehehehe
Fildza dan Ummi dia, Kak Linda....
Tak padan ngan kecik, Basyirah menambah nampak....sambil dilayan oleh Kak Linda...
Tu dia, bebudak yang memeriahkan suasana...Basyirah dan sepupu-sepupu dia...
Fildza....mmmmm..sedapp.....Yang tepi kanan berbaju Oren bertudung hitam tu la Tuan Rumah, Kak Ayu....
Kak Ju (kaka Abang Yus ) tersengeh, sambil diperhatikan husben dia kat belakang ( berbaju pagoda putih, berseluar yengki...hehehehe...jangan marah Bro...
10 ulasan:
kalau makan lidah tak boleh tipu...
teringat satay aritu...
kira - kira makan tak hengat lah ye..
Fadzli Amir tak makan ke?
byknya makanan..sape xlapar...hehe..best klu dpt kumpul ramai2 ni..
makanan2 suma best2 especially sambal goreng ngan lontong and lodeh. thanks to kak ju yg masak suma juadah tu. kami bwk perut je. he he he
Salam Yob Fadzli, tulah aktiviti kegemaran rakyat Malaysia...MAKAN!
wah..
bnyk sngguh pilihan..
sdap2 sumenya, feberet TK tu..
terliur.. terliur..
mmg lazat..mkn mlm ni mmg xcontrol dh..hentam saja..terima kasih to klinda & famili kerana mnjemput kami mkn...
kalau makan reramai cenggini mmg lapo majang jerk
sodapnya....
Catat Ulasan