Bila berjumpa, mesti tak sumyi daripada nak buat aktiviti yang sihat. Kali ni bercadang nak main bowling. Kami sampai di Kelab Golf Monterez, Subang dalam pukul 3petang. Keluarga kak Linda, Adik Faiez, Imah dan Ayman ( anak saudara ) yang telah bersama-sama menjayakan aktiviti membaling bola bowling ini. Daud tidak dapat ikut bersama, sebab dia nak balik rumah dia.
Kami main dua lorong. Lorong pertama, Imran dan Abg Yus satu group, manakala Kak Linda,Pija & Bashirah, lagi satu group.Untuk lorong ni, Abg yus dengan Imran yang menang. Lorong satu lagi pulak, Adik, Imah dan Ayman. Yang mana Ayman menang. ( Oleh kerana terlalu seronok, sampai terlupa untuk mengambil gambar result,( yg ada gmbr klnda n family result).
Selepas berpenat lelah, kami pergi makan di San Francisco Cafe, Bukit Jelutong, Shah Alam..Diantara menu yang kami makan ialah lamb chop, chicken chop, lasagnia, santa barbara(ni macam chicken chop gak tp ada udang kt dlm dia) ,spagetti n pizza.. Lepas dah kekenyangan, kami pun balik la ke rumah Kak Linda.....
Kak Linda membuat balingan...
Pija...hehehhe
Basyirah, sambil diperhatikan oleh coach dia, Abg Yus...
Melepak tunggu giliran....
Jangan mengumpat udah....
Ayman, tunjuk skill...
Sempat lagi main PSP...
Imran dengan gaya ultramannya...
Ni rasanya keputusan keluarga Kak Linda...
Bergambar selepas selesai.....
Ni pulak kat San Francisco Cafe...Makannnn....
Semua macam sedang tekun menelaah buku pelajaran je....( sebenarnya cuba tuk memahami apa yang ditulis )
Akhirnya berjaya melalui part yang paling susah, mengoder makanan...hehehhe
Makannnnn...
***Walaupun letih, tapi memang berbaloi-baloi....( apatah lagi, semua perbelanjaan ditanggung oleh Kak Linda dan Abang Yus...)
Makannnnn...
***Walaupun letih, tapi memang berbaloi-baloi....( apatah lagi, semua perbelanjaan ditanggung oleh Kak Linda dan Abang Yus...)
17 ulasan:
makn free.. memang berbaloi ikut join.. hahaha..
bestnye bkompol..
best ke makan kat situ? akak ni area Bkt Jelutong tu jarang bebeno pegi. Tapi kalau sedap ,ungkin gak nak terjah.. Hubby suka western...
lama dah x main bowling
Dah lama tak main bowling.. dah kaku agaknya tangan aku ni.. adeyyy
thanks to kak linda, abg yus n family kerana telah mnyumbangkn pebelanjaan tuk program kali ni..papepon thanks...
brape kali ek bola msk longkang?
p/s aritu ada wat perubahan kt blog sbb tu ada prob sket. maafin ya mas
latest entry: Hadiah untuk followers! terhad! 5 orang sahaja!
Fadzli punya gathering bila lagi.. takkan nak mancing je..hehe
~Boling Jabatan~
baru tau ada bowling lane dlm kelab golg monterez tu...
dah lama gila tak main boling!
bestnyer main boling pastu orang belanja plak...berbaloi-baloi
prince mmg suke men bowling ni..lagi best klu dpt men ramai2..syok habes..kerusi kat tmpt bwling tu sungguh selesa betul la..
Salam Fadzli...,
wah.....jadi jugak mem bowling...dah tu aduhhhhhhhh sedapnya makan....
congratulation pada yg menang...,cuba lagi lain kali bagi yg kecundang...
layannnnnnnnn...
Wow..best bowling..minat bebenor..tapi asikk ke longkang jer...tangan bengkok kut...
family hang memang ceria. makan sokmo.
mmg best kalu suma dpt berkumpul camni. kami menggelarkan diri kami sebagai 'The Georgeous Padang Serai Bowling Team. he he he..... budak2 tu suma adalah Shalin Zulkifli in the making....
hehehe...mmg best la men bowling & lg best kl lg rmai family kta yg join..nti bleh la kta wat aktiviti ni as family aktiviti..msti kecoh kl anak2 haji amir menggegarkn lane bowling..
bestnye main bowling ramai2 dgn family, sporting..
Hahahaaha kelakar betul muke masing2 kene candid amik gamba mase makan hiks
Catat Ulasan