Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 2 Ogos 2011

Tak Terlambat...

Salam semua. Baru berkesempatan menjenguk Blog sendiri. Tak terlambat kiranya untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang Diberkati pada semua rakan-rakan blogger dan semua ahli keluarga.


Ramadhan kali ni kami lalui dengan lebih sederhana rasanya ( setelah sehari berlalu ). Pada malam pertama , kami bersahur hanya ditemani nasi dan sup daging. Dan yang paling mengujakan sekali, Naufal bersahur bersama dan dapat menghabiskan satu hari berpuasa semalam. Sementara Nabil pula, baru pagi ni bangun bersahur dan katanya nak berpuasa jugak hari ni. Kesian tengok diorang bangun awal pagi dan hanya makan nasi berkuahkan kuah gulai lemak ikan kering. Selepas dah bersiap nak ke sekolah, Nabil yang mungkin terasa dahaga telah pun meminum air masak dengan selamba. ( Dia mungkin tak berapa faham lagi )...Tapi setelah diterangkan, dia kata dia dahaga...hehehe...takpalah, "tapi lepas ni dah tak boleh makan dan minum lagi tau"....kata aku.

Naufal dan Nabil....Post tentang hari sukan ni nanti baru buat..
Apapun, walaupun diorang tak lagi diwajibkan berpuasa, tapi latihan tu penting buat diorang.


***Ingat lagi masa aku kecik-kecik, darjah satu dan dua pun tak puasa lagi....hehehehe

18 ulasan:

http://aniesandyou.blogspot.com berkata...

salam ramadan!

Prince Halilintar berkata...

mmg elok didik anak2 puase time kecik2 lagi...

slmt menjalani ibadah puasa juga =)

Yan berkata...

ALHAMDULLILAH.

latihan tu memang penting. My kids pulak since depa umur 5 tahun dah mula puasa. ALHAMDULILAH dapat dilakukan. Tp kena ada hadiah beb.. satu hari 10 hengget..hee.. kopak..

miloais berkata...

yg penting - depa belajar beb...
dapat setengah hari sebagai permulaan dah kira ok lah...
lelama nanti - boleh tu dapat puasa penuh

Daddy Ziyyad berkata...

Selamat Menyambut Ramadhan....:)

Che Mid berkata...

Salam Ramadan, Time ibu dia orang tak puasa nanti, kenalah sorok-sorok makan pulak.. bila anak tanya kenapa ibu tak puasa... satu hal nak menjawabnya..

Cik Ecah berkata...

wahh ok la tuh..
ank buah sy pun semalam sorang dpt pose penuh (darjah 1) sorang lg kol 6ptg dah buka..muncung je muka nak minum air...ahha (6taun)

pg td pun bgn same2 mkn sahur...:)

khairul berkata...

slmt beribadah di bln Ramadhan ini..Alhamdulillah kedua2 anak sy dh boleh posa

seri berkata...

nanti lama-lama, mereka tahulah erti puasa..:)

happy fasting

MAPPIAU berkata...

selamat berpuase juga yea. Mudahan kite semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan.

MOH KEMBARA berkata...

Assalamualaikum Fadzli,
ha ha dia ingat asalkan dahaga boleh minum. Tak makan takpe. Atau dia ingat posa boleh break pastu sambung he he! Selamat berpuasa Yob!

Mie berkata...

Selamat menjalani ibadah puasa buat Fadzli sekeluarga..

Ct Aja berkata...

Selamat berpuasa...

Cikli berkata...

bagus anak-anak mahu berpuasa

khaifaiz berkata...

selamat berpuasa yer

azmnor berkata...

Assalamualaikum Fadzli..,

Salam Ramadhan AlMubarak juga buat Fadzli dan keluarga semuga Ramadhan kali dipenuhi dgn pengisianya yg sebenar..Insyaallah...aaminnn..

Linde berkata...

Selamat Berpuasa.....

Afzainizam berkata...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip periksa kerosakan san servis radiator
Ramadhan tiba...
Ramadhan tiba...
Marhaban ya ramadhan
Marhaban ya ramadhan
Marhaban ya ramadhan
Marhaban ya ramadhan

Ramadhan tiba...
Ramadhan tiba...
Marhaban ya ramadhan
Marhaban ya ramadhan
Marhaban ya ramadhan
Marhaban ya ramadhan

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails