Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 25 Ogos 2011

Berbuka Puasa 2011

Sebelum ni ada di tunjukkan macamana kami membuat persiapan untuk berbuka puasa. Jadi hari ni nak tunjuk pulak acara makan-makan setelah berpenat lelah membuat persiapan.

Diantara juadah yang dimasak ialah, Metarang masak sambal telur, ayam hutan masak kicap, ayam daging masak merah, udang sambal tumis petai, ikan keli bakar dan air asam serta steamboat. Kuih pula pisang dan cempedak goreng beserta kuih muih yang dibeli oleh menantu-menantu yang pergi ke pasar ramadan. Manakala Daud ditugaskan untuk membuat air Ribena dan teh. Tak lupa juga mi kari yang lazat untuk moreh di masjid.



Safwan yang tengah makan..



Abg Ngah dan Abg Yus...



Abg Lang (membelakangkan kamera ), abah dan Adik..



Makan sambil bergurau SENDI...hehehe





Safwan yang masih terus menjamah makanan dan Angah yang dah surrender..





Ni pulak gambar semasa nak hantar mi kari ke masjid untuk jamuan moreh...






*** Gambar ternyata kurang oleh kerana lebih tertumpu kepada makanan....

15 ulasan:

JunAina berkata...

wahhh...meriahnya kat meja tu...macam2 ada. tp bila berkumpul ramai2 pasti apa yang di masak akan licin...

Ct Aja berkata...

ramainye, bestnye...tak sabar nak balik kg..

syasya berkata...

sedapnye juadah...=)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

family besar kata kn.. meriahnye time berbuka kn.. macam2 juadah ade :)

Hasrina.As berkata...

wahh meriahnya. miss my 'old' family now. sob3

Daddy Ziyyad berkata...

Bro, gua nampak ada sebiji tripod besar dalam rumah tu? ada kaki photography ke? ekekeke

ummiarissa berkata...

seronokkan berbuka ramai2 cam ni...saya baru nak berpeluang berbuka bersama adik beradik lain hari sabtu ni...sabtu ni baru balik umah mak kat KL....
p/s:anak saya tanya burung ke tu umi...(ayam kampung yang awak buat lauk tu lah)kat entry sebelum ni...
saya jawablah ayam lah tu!

Nazz@Purple berkata...

pernah mkn mentarang mase gi kuala selangor aritu..sedapkan..

missSenget berkata...

teringin nak makan mentarang..

tak pernah rasa...

Prince Halilintar berkata...

alhamdulillah, dpt beri makan kat or masjid kan..mesti sedap makanan tu kan..

Chik Att berkata...

bestnya .... (dah tak leh komen... terbayang ... ayam hutan )

Run Away♥ berkata...

wah...byk nyer makanan...;d

bunga berkata...

wahh..meriah makan..

fazlinda berkata...

Mana gambar org yg bertungkus lumps kt dapur ni.... X aci betul la, 1 keping x de.....

Cikli berkata...

hj amir nampak happy bangat bila anak-anak semua bermuafakat

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails