Apa pun, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa selaras al-Quran dan sunnah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai pesta dan adat tahunan.
Antara ciri tingkah laku perlu dijauhi dan dihindarkan kerana ia menjatuhkan martabat puasa dan kemuliaan Ramadan ialah:
+ Menyempitkan skop puasa hanya menahan makan dan minum pada siang hari sedangkan mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa.
Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Barang siapa tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya," (Riwayat Al-Bukhari).
+ Berpuasa pada siang hari saja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.
+ Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa hingga melakukan pembaziran. Allah berfirman: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara kepada syaitan," (al-Isra':27)
+ Berlebih makan ketika berbuka hingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadat pada malamnya.
Sikap bersederhana Rasulullah SAW ketika berbuka perlu dicontohi seperti maksud hadis: "Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, Baginda meminum beberapa teguk air," (Riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)
+ Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadat sunat seperti melakukan solat Tarawih dan solat malam.
+ Terdorong bersolat Tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat Tarawih pada setiap malam. Pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis ini daripada berleluasa seperti tahun terdahulu.
+ Mengabaikan ibadat malam bermula dengan solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan lain.
+ Malas bekerja dan tidak produktif ketika berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana Nabi SAW dan sahabat ketika perang Badar dengan nisbah 300 melawan 1000.
+ Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaan pada surah Yasin saja. Baginda SAW sentiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali pada Ramadan dengan Jibril as.
+ Malas berdoa sedangkan doa orang berpuasa akan dimakbul Allah berdasarkan sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbuka, adalah waktu doa yang tidak ditolak," (Riwayat Ibn Majah).
+ Mengabai serta meninggalkan peluang beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.
+ Tidak bersedih dengan berakhirnya Ramadan, malah tidak bimbang jika tidak dapat bertemu Ramadan akan datang.
+ Memiliki kepercayaan karut mengenai kepulangan roh orang yang mati pada Ramadan, sedangkan kepercayaan itu bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mu'minun:99-100)
+ Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam tujuh likur. Akibat kepercayaan ini, Islam terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada malaikat yang turun membawa berkat.
+ Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan. Sabda Nabi SAW, bermaksud: "Beza di antara seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat (Hadis riwayat Muslim). Mengikut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima Allah.
+ Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya keterlaluan hingga melakukan maksiat.
Ini adalah antara beberapa kesalahan atau keterlanjuran yang biasa dilakukan umat Islam ketika menjalani ibadat puasa yang boleh merendahkan martabat Ramadan.
Oleh itu, kita perlu menghindarkannya demi menjamin pahala berganda pada bulan ini berdasarkan sabda Rasulullah, bermaksud: "Barang siapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosa lalu," (Riwayat al-Bukhari)
Dipetik dari artikel dari,
ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ
Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
11 ulasan:
terima kaseh Fadzli
Satu catatatn yg patut dijadikan panduan...
nice info... jadikan bulan puasa ni kewajipan dalam isla... bukannye adat turun temurun...
bulan puasa ... tingkatkan amalan diri ...
bagus sangat info ni. thanx share =)
semoga puasa kita semua diterimaNya dan kita berada di landasan yang betul. Amin!
semoga puasa kita semua diterima Allah dan semoga kita dapat menepis segala godaan..:)
ingat-mengingati sesama kita sgtlah baik..sama-sama kita meningkatkan amalam agar lepas berakhir bulan ramadhan nnt kita menjadi hambaNya yg lebih baik..
t kasih atas perkongsian ilmu yang cukup baik.. moga ramadhan kali ini adalah yg terbaik berbanding tahun2 yg lalu..
t kasih atas komen yg cukup menarik dalam n3 saya.. berkongsi pengalaman mmg sentiasa menarik hati hati..
terima kasih kerana ingat mengingati sesama kite..moga2 kite tingkatkan ibadah kite dlm bulan puasa dan bulan2 seterusnya..insyaallah
mekasih en fadzli, suka sgt info ni..
Catat Ulasan