Rasa tak sabar untuk bergotong-royong bersama-sama menyiapkan juadah berbuka, sementelah pula malam esok ( sabtu malam ahad ) adalah 'turn' keluarga Haji Amir buat moreh di masjid, lagi meriah la jawabnya. Kami bercadang untuk masak mi kari pada malam tu.
Keli bakar menu tahun-tahun sudah
Begitu juga dengan ayam panggang
Suasana berbuka keluarga Haji Amir...Meriah...
Ni pulak semasa sembahyang terawih...
Diantara menu berbuka yang telah disepakati bersama ialah,
1) Steamboat
2) Ikan keli bakar
3) Ayam masak merah
Yang tu kira hidangan utama la, yang lain-lain samada nak beli atau buat sendiri terpulang kepada masing-masing.
Kepada seluruh penduduk kampung, jom kita mengimarahkan Masjid Padang Serai berjemaah solat fardhu dan solat terawih. Lepas tu kita makan mi kari....Jom!!
***Semoga Allah merahmati perjalanan setiap ahli keluarga yang nak balik esok dan selamat pulang ke tempat masing-masing hari berikutnya.
10 ulasan:
Insyaalah semua akan selamat sampai ke kg halaman..wah hebat2 menu berbuka...xsabar nk balik kg juga saya nih...hehehe
Insyaalah semua akan selamat sampai ke kg halaman..wah hebat2 menu berbuka...xsabar nk balik kg juga saya nih...hehehe
suka ikan keli jugakkk
tapi if masak lemak cili api lagi meletop ! hehehehe
sedap dan meriah tu Fadzli !
mesti best kan dapat balek kampung.. confirm orang kampung masak besar2an anti :)..... hehehe
meriah tu!
meriah menu - meriah dengan ahli keluarga yg ramai...
moga semuanya berjalan lancar ye...
Balik kg, ho ho ho balik kg, hati girang.... Kg Padang serai, tunggu.....
sedapnya,steamboat
pergh..berbuka ramai2 sesame family yg seronok nih.meriah!
happening sokmo
Catat Ulasan