Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 10 Ogos 2011

Hangin Satu Badan

Semalam aku dan wife ambil cuti untuk mendaftar Naufal masuk sekolah. Dua minggu lepas kami terima surat dari Jabatan Pelajaran yang memberitahu tempoh masa sebulan untuk kami mendaftarkan Naufal.



Selepas hantar Uqaiel ke rumah pengasuh, kami bertolak ke sekolah. Selepas selesai urusan pendaftaran Naufal ( yang tak sampai lima minit ), kami bertanyakan tentang kemasukan ke Pra Sekolah, untuk Nabil. Kami diarahkan untuk ke kelas pra yang terletak di tingkat bawah untuk mengambil borang. Selepas mendapatkan borang, kami ingat nak terus isi dan hantar, rupa-rupanya kena ada cop dan tandatangan majikan pulak dah. Yang paling teruk sekali nak masuk pra sekolah pun kena dapatkan cop dan tandatangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri/ adun/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Jaksa Pendamai atau Pegawai Kerajaan Kelas A.


Ok la, tak mau cakap banyak sebab kami ambil cuti untuk settlekan apa yang patut. Terus google cari kat mana Pejabat Adun yang terdekat ( bukan apa kalau kat kampung tu memang tahu kat mana pejabat penghulu, kat mana rumah ketua kampung, tapi ni kat Pulau Pinag )..


Bila dah dapat, terus telefon nombor yang diberikan. Menurut pembantu ADUN tersebut, YB keluar sebab ada kematian dan kalau nak jumpa jugak datang esok, sedangkan waktu tu baru pukul sepuluh lebih je. ( amboi, perihatinnya YB tu, sehari suntuk duduk kat rumah orang meninggal sampai tak masuk office ). Kalu nak pergi pejabat ADUN pakatan memang banyak, tapi nanti pihak sekolah tolak pulak permohonan kami.


Nak ambil tandatangan bos cik wife, dia pulak ke KL bermesyuarat. Nampaknya kena ambil cuti lagi la untuk selesaikan pendaftaran Nabil ni. Bukan kami tak mintak awal-awal borang ni, masa nak mula register Naufal ( bulan MAC ) lagi dah mintak, tapi pihak sekolah kata tunggu bulan lapan, diorang bagitahu.


Yang paling di musykilkan sekali, apa rasionalnya nak masuk pra-sekolah pun nak kena tandatangan dan cop ADUN/Penghulu semua tu. Lain la kalau nak masuk universiti ka, kolej ka. TAk masuk akal betul.!..Ni la yang dikatakan birokrasi yang memang menyusahkan rakyat. Siapa tak tau jadi menteri pelajaran ni....





***Memang hangin satu badan..!!!

10 ulasan:

dear anies berkata...

kalu sy bkn hangin 1 bdn..mau tsunami 1 bdn!

nisa berkata...

betul2..sangat setuju, banyak benda yang bila isi form gov ni banyak yg mintak bukan2..kadang2 xlogik di akal...menyusahkan jer...hurrr

nisa berkata...

betul2..sangat setuju, banyak benda yang bila isi form gov ni banyak yg mintak bukan2..kadang2 xlogik di akal...menyusahkan jer...hurrr

fazlinda berkata...

Karenah birokrasi camni yg boleh mendatangkn marah dan membuatkan kita malas nk berurusan ngan depa.....

Fazleyatul Aini berkata...

wah mengalahkan nak masuk u plak siap kene cop adun. pelik2 btol la dorg ni

Cikli berkata...

sabar bro, demi anak-anak

kak long berkata...

Dik, bukan ADUN aje yang boleh sign borang tu. Pegawai kerajaan kelas A pun boleh sign, macam DO ke, cikgu ke, atau sapa2 yang sewaktu dengannya. Bak mai sini nak sain....

Che Mid berkata...

Tu anak keciiiiik lai!! Besar sikit esok nak mintak loan la, ptptn la bla bla bla.. kena simpan cuti lebih sikit nampaknya ya

Ct Aja berkata...

loh pra pun kena wat cmtu jugak ke... lecehnya kan...

faizal berkata...

alamak abg li, mmg prosedur kementrian pendidikan begitu. untuk pengesahan. n kementerian pendidikan le yg paling byk prosuder yg melambatkan...huhuuh

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails