Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru....

Selamat hari guru, buat semua gugu-guru yang sedang menabur bakti atau yang telah menabur bakti kepada anak bangsa. Post kali ni aku nak tujukan kepada salah seorang Cikgu aku masa sekolah rendah, yang mana dia kini masih menjadi guru dan menjadi rakan sosial facebook aku ( cikgu-cikgu yang lain takde facebook kot, tak nampak pun )


Gambar ni di cilok dari facebook Cikgu Zainuddin tanpa kebenaran beliau...hehehehe


Nama beliau ialah Cikgu Zainuddin Bin Abdul Rahim. Dia menjadi guru matematik semasa mengajar aku di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar ( lebih kurang 23 tqhun yang lalu ). Dia seorang yang mengambil berat kepada setiap anak muridnya, walaupun dia bukanlah guru kelas aku. ( Untuk pengetahuan, guru kelas aku berbangsa india yang mana sering kesukaannya menampar pelajar, walaupun kesalahannya hanyalah sedikit, termasuklah aku )

Beliau walaupun nampak macam garang, tapi amat baik hati ( bak kata kumpulan jambu, "Muka legend tapi hati jambu.." ) Aku ingat lagi semasa tu aku kerap diserang sakit mata ( mata bertahi dan susah untuk membuka mata ) Beliau lah yang selalu letakkan ubat mata bila di sekolah. Maklumlah orang kampung yang agak susah masa tu mana mampu pergi ke kelinik, hanyalah menggunakan ubat-ubat tradisional.

Untuk cikgu Zainuddin, moga yang terbaik buat cikgu. InsyaALLAH doa buat cikgu tak lupa aku titipkan. !!

***Adik aku Faizal dan Fazni pun cikgu gak. Kak Long ( Faizah ) yang juga bertitle pendidik ( pensyarah di Politeknik )Begitu jugak dengan ipar aku, Ahmad Badrin ( abang lang ) dan Farha ( isteri faizal )....Kalian pun aku ucapkan Selamat HAri Guru...!!!!

35 ulasan:

adwafarahin berkata...

slmt hr guru :)

Chik Att berkata...

ma kasih .....

dear anies berkata...

adakah anak2 murid skrg takut pd guru sama seperti zaman2 kite dulu?

Aksi-aksi terlarang @ Kuala Lumpur International Book Fair 2011

Mie berkata...

Hari guru ni adalah untuk semua yg pernah mengajar kita.. bukan yang bergaji bulanan sahaja.. hehe

toyolkiut berkata...

wah..
kluarga pndidik la ni ye..
bagus2..

slmt hari guru, cikgu..

emm..
tringat kt seorang ticer tu, garang benar.. slalu cubit perut plajar, kdang2 d pulasnya sampai berdarah..
tensen benar time ia ngajar, takuttt.....

Dr K berkata...

tak de add pun cikgu dalam FB aku..:P

tasneemghaffa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bunga berkata...

selamat hari guru..:)

farah wahedda berkata...

SELAMAT HARI GURU

aNiss :):) berkata...

baik nyer cikgu dia... hehehe =) tp ramainyer family awak jd warga pendidik =)

~one~malinee~ berkata...

BUat Kak Long, Faizal, Farha, Fazni, Abg Lang ~ SELAMAT HARI GURU, semoga kalian menjadi IDOLA@MENTOR pd anak murid smua, dan diBerkati Allah

tasneemghaffa berkata...

eh,bapak saya juga cikgu!
ngee~ hahaha xD

Ct Aja berkata...

ibu ayah pon guru gak, sbb mmendidik anak2..hi3, so selamat hari guru utk kamu...

Cikli berkata...

tabik utk cikgu zainuddin

KakD berkata...

waaa ni kalau cikgu zainuddin ni bace nih musti die terharu ni, hihihi

selamat hari guru jugak :))

imah berkata...

selamat hari guru kpd semua guru2 1 malaysia termasuklah kak long,abg lang,abg ijal,kak farha n kakpini..jasamu dkenang..:)

imh xkenal cekgu zainal ni..myb time imah msuk sek batu hampar cekgu zainal dh pindh..

Azian Elias berkata...

akak bekas guru boleh dapat tak ucapan tu..hee

Fadzli Amir berkata...

adwafarahin-Mekasih, bagi pihak guru2

Fadzli Amir berkata...

Chik Att -Hehehe..sorry lupa cikgu...

Fadzli Amir berkata...

http://aniesandyou.blogspot.com- diorg rasanya kurang perasaan takut tu..hehehe..tak macam dulu

Fadzli Amir berkata...

Mie- memang betul, mak bapak pun guru la...

Fadzli Amir berkata...

toyolkiut-hehehe...memang ramai...mekasih...memang ada cikgu yg macam tu..

Fadzli Amir berkata...

Daddy Ziyyad- Aku pun ada sorang ni je..

Fadzli Amir berkata...

bunga - Mekasih..hehehe

Fadzli Amir berkata...

farah wahedda- Terima kasihh..!!!

Fadzli Amir berkata...

aNiss :):)- Memang baik cikgu ZAinuddin ni...

Fadzli Amir berkata...

~one~malinee~- InsyaAllah....

Fadzli Amir berkata...

SheBetterThanYou- Hehehehe...ye la terlupa pulak...Selamat Hari Guru tuk Abang Long Jugak..!!!!

Fadzli Amir berkata...

Ct Aja- Betul tu..hehehe

Fadzli Amir berkata...

Cikli- Tabik sprinnggg...gitu!!

Fadzli Amir berkata...

MAPPIAU- Dia baca tu...dia silent reader blog ni...

Fadzli Amir berkata...

imah- Imah, cikgu Zainuddin la...mana mai cikgu Zainal pulak ni...!!!

Fadzli Amir berkata...

Yan - Mesti la boleh, BEKAS CIKGU..hehehhee

azmnor berkata...

Salam Fadzli...,

Selamat HAri Guru utk semua guru dan lebih bermakna lagi dengan berita dari TPM tu...ehem-ehem cikgu...

faizal berkata...

terima kasih abang li. ingat lg cikgu zainuddin nih. dia ajar ijal BM. klau salah 1, dia akan cubit satu kt paha. tp cr dia ckp lmbut ja. ptg2 ms ltihan bola ijal ngn kawan2 slalu kira ade brape lebam kt paha sbb kena cubit dgn cikgu zainuddin nih. tp cra dia tu bt kta sntiasa ingat kt dia. treima kasih cikgu..

azmnor : Bukan berita baik pn, smua tu mmg dh ada cuma di war2kn kembali je. Guru Besar dgn Penolong kanan je yg dpt pn tp tgk sekolah kluster je. sedihhh...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails