Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 10 Mei 2011

Kesan Kenaikan Harga Gula diHari Pertama

Baru tadi aku lunch dengan Cik Wife setelah pergi Bank untuk menguruskan sesuatu. Apa yang aku nak tunjuk kat sini ialah kesan pengumuman kerajaan tentang kenaikan harga gula semalam. Seperti yang selalu Pak Menteri yang berkenaan, akan mengatakan yang kenaikan harga takkan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan harga di Malaysia masih murah berbanding jiran-jiran seAsean. Disamping pihak kementerian akan memantau kedai yang menaikkan harga makanan sesuka hati. Begitulah kata Pak Menteri...

Memang betul kata Pak Menteri, tadi masa lunch aku order teh ais dan harganya masih tetap sama, tak naik walau sedikit pun...Syabas Pak Menteri dan juga kedai nasik kandar Hameediah kerana tak menaikkan harga minuman walaupun harga gula naik...

Tapi walaupun harga air tak naik, aku rasa pelik, baru 3-4 kali sedut air dah habis..!!! Rupa-rupa memang harga tak naik. Tapi gelas air bertukar menjadi kontot..!!!...Hampeh betol...!!




Selalunya gelas air tingginya setengah penyedut minuman, tapi kini setelah harga gula naik, gelasnya menjadi pendek sikit....


***Baguih sungguh...!!!Kalau macam tu memang la harga makanan tak naik tapi maunya aku order 2-3 gelas....sebab satu gelas tak cukup...

20 ulasan:

Hanis Azla berkata...

sgt bagus untuk perniagaan mereka.. harga maintain jumlah berkurang.. ingatkan airnya jd kurang manis..

Unknown berkata...

perniaga yg bijak...hahaa...

khaifaiz berkata...

naik 20 sen ja.. takkan sekilo nak letak dalam satu gelas.. betul2 ambik kesempatan... nasib baik aku jarang minum air manis..

Mie berkata...

Berapa harganya Fadzli, kat tempat saya teh O ais gelas besar masih sehinggit...

CikAizA berkata...

hahahah... adess lah... kalau aiza confirm kena order 2 gelas ni... hehehe

azmnor berkata...

Salam Fadzli...,

memang kenaikan harga barang menjadikan gelas tu semakin kecil bagi menampung kos...

apa pun pengguna tetap menjadi mangsa...

Shila berkata...

diorang ni macam guna sekilo gula je dalam secawan.. isk...

Prince Halilintar berkata...

adeh..bijak betul startegi org berniaga ni..so..kite pun mesti jadi pengguna yg bijak..jadi minum je la dirumah..haha

Cikli berkata...

selipar jepun yang tak ada rasa manis tu pon akan naik harga

imah berkata...

mak ai!!!...keciknya gelas..bwk botol dr umah la jwbnya...tp mkn kt kdai...hehehe

Fadzli Amir berkata...

Hanis Azla - tapi rasanya teh ais tak letak gula kan, dia letak susu pekat manis...musykil

Fadzli Amir berkata...

saya YANA-memang bijak...bijak memeras...hehehhe

Fadzli Amir berkata...

khaifaiz- macam tu la kalu meniaga semata2 nak untung..

Fadzli Amir berkata...

Mie-Kat penang ni kedai mamak, teh O ais, 1.30...tapi ni harga masa gula belum naik la...

Fadzli Amir berkata...

AizA- Tu la...kata harga tak naik...

Fadzli Amir berkata...

azmnor-sempat lagi diorang beli gelas kontot tu ye...baru umum semalam...pengguna yang terpaksa menanggung..Pak menteri apa tau,,???

Fadzli Amir berkata...

missSenget- semua otak pembelit....nak buat macamana

Fadzli Amir berkata...

Prince Halilintar- Tu la ..tapi kalu bawak air tak boleh pulak...

Fadzli Amir berkata...

Cikli-hahaha...aku sokong...

Fadzli Amir berkata...

imah-diorang memang pandai, dah tulis awai2 yg makanan/minuman luar tak dibenarkan...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails