Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 2 Februari 2011

Ular oh Ular

Suatu hari di Kampung Padang Serai, seekor ular yang tak diketahui spesisnya telah tersangkut di jaring yang memagari reban ayam. Ia berkemungkinan dalam usaha untuk mencuri telur ayam atau anak ayam yang mendiami reban ayam tersebut. Dalam usaha ular tersebut memasuki reban ayam, mengakibatkan ianya tersangkut.

Ewahhh...macam skrip berita pulak dah...hehehe...tu la yang berlaku, masa kami jumpa ular tu, dia dah tersangkut dan semut dah mula menghurunginya tapi masih lagi hidup dan garang...

Ijal yang cuba melepaskan ular tersebut menggunakan parang...

Kepakaran diperlukan supaya ular tak cedera, orang tak kena patuk..

Parang bukan digunakan untuk memotong ular, tapi jaring...disamping mempertahankan diri...

Saat-saat setelah hampir berjaya melepaskan sang ular...


Dah berjaya..akhirnya....melepaskan diri....
Tapi dia masih nak masuk ke dalam reban sambil mengembangkan kepalanya....( tu yang makin lama encik kameraman makin jauh tu..ketakutan...hehehehe)


Demi untuk keselamatan anak cucu haji amir, ular yang boleh dikategorikan sebagai ular yang agak cantik tapi berbisa, telah dibunuh...

Dan dikebumikan....

** kami bukan pakar ular, yang mana kalau jumpa ular, kami buleh tangkap dan simpan lalu diserahkan kepada badan yang berkenaan..kami hanyalah bertindak demi menjaga persekitaran keluarga kami dari diancam bahaya...Sebab kami cuba melepaskannya pada mulanya...


** di beritakan juga bahawa beberapa ekor ayam peliharaan Haji Amir telah hilang dicuri dari dalam reban, dan yang pastinya bukan ular yang mencurinya, tapi ular yang berkepala HITAM... adakah kalau kami dapat menangkap ular berkepala HITAM ( rambut berjambul, berseluar yengkee, berkaki ayam )tersebut, adakah sama nasibnya seperti ular berwarna kuning yang kami bunuh???..tapi yang pasti dianya adalah penduduk kampung kami juga.....Watch Out...man..!!!!





11 ulasan:

DATO MUDA NIZAR berkata...

bole tahan jugak ulaq tu norh,..huhu

CouLeur de Chiqu3 berkata...

klo ada dpn mata ni sah wa glabah gaban

Azian Elias berkata...

Cantiknya color dia. Tp...eee.. takut kalau dia kembang kepala tu..

Mrs. Nisa DK berkata...

ya allah..gelinya..saya memang geli sangat dgn ular, teringat masa tengah pantang, ular tenggek atas perut haiqal masa tengah tidur..fuh, saya memang gelabah habis..nasib baik xjd pape kat haiqal...oh..tidakkkk..geli betulll

Hanis Azla berkata...

aduh, tengok gambar pun dah naik bulu roma..

Chik Att berkata...

yang berkepala itam tu ... kena tahan jaiiiii ... pas tu gantung depan umah .... biaq padan mukaaaa

MOH KEMBARA berkata...

Salam Fazli, err...macam ulor albino jer. Kalau albino, mahal tu kalau jual kat collecter!

NuSaNa NoSa 91 berkata...

ular tu kn.. dh lepaskn dgn slmt, xkenang budi plak.. nk mkn lg ayam2 tu.. isk3~ =.="

imah berkata...

kl nk taw,imah la cameraman pd saat ini..hehehe..walaupun takot tp setelh disuruh oleh abg ijal,tepaksa la amek gak gmbr ular 2..2 yg ada gmbr jauh,sbb takut..

muhammad berkata...

hehe mgikut takwilan sy yg x berapa terer ni,,,tu ular tedung tikus,,xde bisa rasenye tp ada gigi tajam dan sgt agressif

Fadzli Amir berkata...

Thanks encik Muhammad di atas info...dan kerana sudi singgah...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails