Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 23 Februari 2011

MARI MEMBACA..!!!

Memang teringin sangat nak masuk contest Dr.Zila ni...Bukan kerana nak hadiah, tapi sebab nak menyemarakkan lagi semangat membaca yang semakin pudar sekarang ni ( aku la ) dan nak support kawan-kawan blogger. Tapi oleh kerana kesibukan yang agak melampau, membuatkan aku tak dapat nak join awal-awal..

Aku ada berlambak-lambak buku yang memang beli dari dulu dan ada yang orang bagi. Dekat kampung, dekat orang yang pinjam tak pulangkan, dekat dalam kotak, dekat dalam plastik yang masih belum dibaca, dekat rak buku yang dah penuh. Tu belum lagi segala jenis majalah yang aku kumpul, Sirip, Pancing, Kembara Kail, Perajurit, Tempur, Laman Impian, Komik, G3, Ujang dan macam-macam lah...Jadi kesimpulannya susah untuk aku nak ceritakan disini mana yang best...

Setelah berfikir panjang, aku ambil keputusan tuk mengulas novel tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Yang bestnya cerita ni dikaitkan dengan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang mana ketika itu sedang menggali parit untuk perang Khandaq, pabila Nabi s.a.w. mengetuk satu batu yang besar sambil beliau bersabda, " Constantinople ( Istanbul ) akan jatuh ketangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." ( Hadis riwayat Imam Ahmad )

Sejak dari itu, berlumba-lumbalah para-para sahabat untuk merialisasikan hadis nabi s.a.w. tersebut. Namun ianya hanya dapat dilaksanakan pada 800 tahun kemudiannya setelah banyak percubaan oleh pemerintah-pemerintah Islam selepas kewafatan Nabis.a.w. Sebaik-baik Raja yang dimaksudkan ialah Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau seorang Raja yang mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai tujuh bahasa ( Turki, Greek, Serbia, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin ) disamping seorang yang warak, tawadduk dan merendah diri. Ini dapat dibuktikan semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menterinya terpaksa ikut sama bekerja.

Selama 2 tahun Baginda mengkaji Kota Constantinople yang mempunyai tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki, setiap malam untuk mengetahui kelemahannya. Baginda juga mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu. Baginda juga mencipta menara bergerak yang lebih tinggi dari ndari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera, tapi tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Yang paling best sekali ialah, macamana Baginda dan tentera memindahkan 72 buah kapal perang yang besar-besar melalui bukit dan gunung setelah tentera Byzantine merentangkan rantai besi yang besar merentasi teluk Golden Horn ( yang membuatkan tentera Uthmaniah tidak dapat menyerang melalui laut )

Setelah 53 hari mengepung Kota Byzantine, akhirnya mereka berjaya menawan kota tersebut. Semasa kali pertama bersembahyang Jumaat di dalam kota, timbul pertanyaan siapa yang sepatutnya menjadi imam?..( bukan macam kita mesti ketua nak jadi imam )..Lantas baginda memerintahkan kesemua tentera termasuk dirinya berdiri, lalu bertanya..." siapa diantara kita, sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali..Sila duduk."Tak seorang pun yang duduk kerana diorang semua tak pernah tinggalkan solat fardhu ( memang best betol )

Baginda bertanya lagi " Siapa dikalangan kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat sunat rawatib ( solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu ), sila duduk."Sebahagian tenteranya duduk..

Baginda bertanya lagi " Siapa daripada kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat sunat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk"..Kali ni semua tenteranya duduk, kecuali Baginda ...Ya, Sultan Muhammad Al Fateh tak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajjud sejak dari akil baligh..!!!MasyaAllah....tu lah yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. , sebaik-baik raja..!!


**** Buku yang aku minat tapi belum ada tu banyak...bukan apa dah order dari Popular dan MPH, diorang tak call balik pun....Pikir punya pikir...hehehehe...buku Rejimen askar Melayu Diraja 1933-1968, ditulis oleh Lt. Kol. Dr. Syed Othman Syed Omar ( susah nak carik buku ni..hehhee )

15 ulasan:

Gimi berkata...

Tak pernah habis baca buku camni..

Dr. Rodzila Rodi berkata...

terima kasih sebab menyertai pertandingan yang tak seberapa ni..
kita lihat..siapa yang kena...!!!!

KakD berkata...

wah minat membaca rupenyer, saye dulu sebelum kawen memang minat jugak membace, memang boleh leka la.

tapi skang ni hehehe malas sudah ehehe

owh minat yeh bace citer pasal askar? hehe

Unknown berkata...

akak pun tersenarai dalam orang2 yang duduk tu..
hehhe

Mrs. Nisa DK berkata...

dulu masa sebelum kawen suka membaca, tp bnyak buku medical, sbb dulu stduy course tu, tp sejak dh kawen, keje lain bidang, ..just baca tafsir al-quran and buku2 motivasi je..

Azian Elias berkata...

Akak Laskar Pelangi (Indonesian version) almost a year masih tak abis bac u.. teruk betul.

Amir faiez berkata...

bab tang org pnjam bku tu cam trasa la...hehe..xbeh lg bca bku salahudin tu..tp da lbeh sparuh..skng tggal nk msuk kota jurusalem...nt la smbg..bnyak keje...

Fadzli Amir berkata...

Gimi- tak abis takpe la..janji ada baca gak..hehhe

Fadzli Amir berkata...

Dr. Rodzila Rodi- Akhirnya berjaya gak siapkan text tu..hehehhe

Fadzli Amir berkata...

MAPPIAU-Apa saja pasal askar, jet, tank, baju, kasut..semuanya..hehehhe

Fadzli Amir berkata...

diana- sama la kita...hehhe

Fadzli Amir berkata...

NISA KHAIRI- Uihh..medical tu...ni Doktor tak jadi le ni..hehehe

Fadzli Amir berkata...

Yan- ayat2 cinta, pun indonesian version....2 hari je...hehhehe

Fadzli Amir berkata...

Adik- apasal nak terasa lak...memang betol pe ada kat org...hehehe

toyolkiut berkata...

kenapa ye, Tk pun dh jarang baca buku skrg ni..
suratkhabar pun x khatam habis..
bagus jg ada pertandingan camni kan..
bergerak sikit saraf2 otak tu..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails