Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 18 Februari 2011

Pertandingan Memancing

Lepas balik dari sembahyang subuh, baring-baring jap. Tapi orang perempuan dah mula buat kerja kat dapur rasanya. Bila abah balik baru kelam kabut, siap-siap pergi beli nasik kat Pengkalan Baru. Adik ditugaskan ambil kuih kat rumah Mak Lang. Berdasarkan tajuk kat atas, tau kan ke mana dan apakah aktiviti keluarga kami kali ni. Teruskan membaca..!!!

Bila balik dari beli nasik, terus siap-siap barang masukkan dalam kereta. Rasanya dalam 8.30 pagi baru kami gerak.

Adik, buat aksi akrobatik...bila saja sampai di lombong di Batu 24..Sempat lagi bergambar semasa menurunkan barang.. Tikar dibentang untuk acara makan pagi atau dalam bahasa inggerisnya 'Breakfast'...
Selepas meletakkan segala alatan memancing di tepi lombong, kami semua bergegas naik ke atas balik untuk breakfast..
Hanya Abah je yang terus memulakan pancingan..exited sungguh dia sampai tak breakfast la...( tak aci la, dia dah start dulu )..
Cepat-cepat bergegas naik atas dulu pergi makan...hehehe

Entah apa yang dingomelkan oleh Kak Lili sambil mendukung Ihsan...
Abah masih terus memancing...

Kami pula semua pulun makan, menunya ialah nasik goreng( dibeli di Pengkalan Baru ), Kuih-muih diorder dari Mak Lang...Sedappp..
Gambar ni best, tengok bebudak duduk bersusun je rapat-rapat...

Bila dah siap makan, semua bersiap sedia dengan senjata masing-masing.....

Abang Lang yang katanya, first time memancing sambil dimonitor oleh penganjur...
Diorang pun turut bergembira...
Abang Yus pun first time jugak...
Semua mencuba nasib untuk mendapat ikan yang banyak..

Orang perempuan baru nak turun....Kak Lili dan Ihsan..
Imah dan Pija...
Kak Linda melangkah dengan penuh keyakinan.... ewahh...macam red carpet la pulak..
Oii..tunggu aku woii..ni tak abis makan lagi ni...Kak Ros...
Diantara aksi orang yang mendapat tangkapan...Imah..
Kak Lili...tak terkecuali...sambil tersengeh bangga...
Daud ( encik kameraman ) dan Emran...
Abang Yus, dengan bangganya bersama ikan dan Emran...
Abah memberikan pose istimewa sambil tersengeh berlatar belakangkan panorama yang indah...
Kak Lili dapat lagi..kali ni kecik sikit...
Tu dia otai, dapat besar jugak la...Imah interframe kat belakang...
Uqaiel pun tak lepaskan peluang...digigit nyamuk....berbintat-bintat...
Gambar para peserta beraksi... Naufal..
Aina dan Basyirah... Acik... Imah...
Kak Linda dan Imran..
Abang Lang dan Angah ambil tempat paling jauh...mana tahu boleh dapat ikan besar...
Anak Abah, Naufal...dapat gak ikan.... Ikan yang mendominasi tangkapan....talapia...
Imah dapat lagi...
Wan Malinee yang tak turun menjadi penunggu makanan...Sambil memberi sokongan moral dari atas...
Orang sibuk-sibuk memancing, Kak Ros boleh pulak jahit manik.....
Abah beralih tempat...
Abang Lang, sambil mendengar lagu...
Irfan yang hanya bermain air...seronok nampak..
Sabar menanti.....Macam tak puas hati je tengok orang lain dapat ikan...
Aina dan Basyirah..
Acik tengah meletakkan umpan...
Angah, tersengeh kebanggaan bila dapat ikan...
Dapat gak...walaupun kecik...jadik la, buat makan malam ni..hehehe
Angah...haa..tengah buat apa tu...Diorang ni didapati letak batu dalam bekas ikan..untuk memberatkan timbangan....heiii
Pija pun tak ketinggalan dapat ikan..
Kak Linda dapat lagi, besar-besar pulak...
Safwan...macam frust je...
Tapi dapat jugak...
Aik Abang Lang..guna penyauk pulak..dapat ke...hehehhe...
Masih menunggu...
Abang Lang macam tengah explain je kat Kak Ros, kenapa dia masih tak dapat ikan lagi...
Kak Ros akhirnya mengundurkan diri, naik atas....Dah siap kot manik dia..
Imah dan Pija..
Naufal dan Nabil, memula je bersemangat nak pancing, tapi lama-lama, main air...
Kak Linda sekeluarga, mendominasi acara...

Bahan bukti gambar ni, Angah dilihat memasukkan batu dalam bekas ikan..dia juga telah mengutip ikan kecik-kecik yang dilepaskan semula oleh Abah ( Haji Amir ) untuk memberatkan timbangan...hehehe..Acik,Acik...

Adik, dah malas nak pancing...bersama Emran...

Kak Ros dan Aina....Orange..!!

Akhirnya pada pukul 12 lebih, kami menghentikan pertandingan. Semua bersiap-siap berkemas barang. Ni masa tengah Timbang semua ikan untuk mengetahui pemenang..Kelihatan Abah yang belum bersarapan pagi, tengah makan...Ni plastik berbelang ni kepunyaan Abah, yang mana sepatutnya yang dapat mengumpulkan ikan terberat.
Tapi Abah tak mau hadiah tu, jadi pemenang jatuh kepada keluarga Kak Linda..!
Selaku tangkapan ikan terberat/terbanyak..!! Kak Linda dan keluarga menerima hadiah dari abah..
Bersama ikan yang dipancing
Ni pulak acara akhir, meneka jumlah keseluruhan berat ikan yang ditangkap....

Dimenangi oleh keluarga aku la, bila Wan Malinee telah meneka dengan begitu hampir sekali....
Kak Ros dan Abang Lang...pasrah dengan ketentuan...yang mereka tak menang...
Begitu juga acik yang kelihatan agak sedih, kerana segala penat lelahnya...Berbeza pullak dengan Along ni.....seronok bagai, sampai terlompat-lompat...
Angah pun sama...
Huh...bila masuk Pak Su diorang lagi la....shuffle lagi...
Abang Lang dan Kak Ros, berkata dalam hati..." apa kena la anak aku ni, tersampuk hantu ikan talapia ke hantu kak limah..."

Sebelum balik, bergambar beramai-ramai ( gambar ni Daud tak ada-sebagai kameraman )
Gambar ni pulak Adik mengambil tugas Daud...
Lompatan terakhir sebelum balik...siap Abang Lang sekali join...

Terus bertolak balik dengan hati yang riang dan gembira..!!!!
***Pada petangnya Abang Yus telah mensponsor pertandingan Timbang Bola, dan Along( Lokman ) telah berjaya mendapat tempat pertama, Safwan tempat kedua dan Angah tempat ketiga. Hadiah berupa wang tunai...- gambar tiada..

18 ulasan:

♥ manje ♥ berkata...

assalamualaikum

tengok gambar2 g memancing ni pon dah rasa aura seronoknya... =)

Fadzli Amir berkata...

♥ manje ♥- Alaikum salam ...memang best pun..hehehe

My Life My World berkata...

Best la family korang. Ni Annual Event ker. Semua sekali minat memancing. Giler Best ... semua sekepala.

Fadzli Amir berkata...

My Life My World- Ni bukan annual event...event ni kami buat kalau berkumpul je, tak kira bila...yg minat mancen hanya yg anak dan cucu lelaki je...yg lain saje join...tapi dah menjangkit kat satu menantu hahahha...abg yus...

Dr. Rodzila Rodi berkata...

FA: perghhh superbbbb!!!
tahniah..pergh..terharu n sebak bila tengok gambar..
bukan apa..tak semua org sepakat nak bersatu dlm family..
dan ini adalah kenangan yang terindah..tumpang gembira..
eh..mana kuih mak lang tu?
ala..kan ada kuih (tak ingat nama kuih tu) yang nak diorder tu..apa ek?

NISA KHAIRI berkata...

o mak aiii...ramainya p mancing..sume ada bakat lak tu...bestnya..nisa last mancing masa ponteng p tuisyen, ikut kawan2 p mancing tepi sungai belakang taman, dpt la ikan haruan(ye ker?) , tp bagi kt kawan je..sbb kang bawak balik kantoi lak tak p tusyen..hihihi

Hanis Azla berkata...

seronoknya.. tak pernah pergi memancing macam ni.. jd tak tahu feelnya mcm mana.. kena cuba juga ni..

Amir faiez berkata...

gram btol tgk ikan tu..blng jauh xdpat plak..tp yg dkat ikan besaq2 plak...udah rzki kan abg lee kan..huh..

Arizakiah berkata...

Semua minat memancing? susah nak cari tuh....

fazlinda berkata...

It was a wonderful day. A day which was full of fun, joy and happiness. Anak Haji Amir Fun Filled Day. I shall say, this is a great achievement for Anak Haji Amir. Looking forward for more events and activities.

NuSaNa NoSa 91 berkata...

wahhhhhh~ dah lama keen xgi memancing.. rindunya~~ ^_^

Szafwan berkata...

pling best.....aktiviti yng mncabar.mmg best sngatlah...

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uihhhhhh seronok plakkkk satu batelion gi memancing ni..... wooooo nampak mmg hapening lahhhh....

yang menang tahniah yang kalahhhhh cuba lagi tahun hadapan.....

aku lama tak gi memancing ni rasa gian plak tengok.....

p.i.n.n.y berkata...

harap2 ada lagi pertandingan memancing nnt..x sabar nak tunjuk skill ni..heheh

niesz berkata...

best nye..masing2 ade hobi yg sama.. :)

MAPPIAU berkata...

wahhh meriah sungguh keluarge nih tauuu sokaaa tengok hehehe

MOH KEMBARA berkata...

Salam fazli, a family that plays together stays together!

azmnor berkata...

Salam Fadzli......
Memang happenning............
caya lah.... abg kena buat satu macam tu juga...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails