Memang la kedai tu best, ikan siakap, kerapu bakar besar-bear belaka, sotong udang bakar. Lauk pauk yang banyak dan beraneka.
Tapi satu je aku tak suka.. Tentang kebersihan. Bukan kedai tu tak bersih, tak... Tapi depan kedai tu ada satu longkang besar ( mungkin dulu ianya anak sungai ) Air sungai tu kotor sangat. Dah la dalam sungai tu banyak ikan yang berenang-renang ( memang ikan berenang bukan berjalan )Salah satu punca sungai tu tercemar ialah kedai makan tu sendiri...
Tempat air basuh tangan..bila kita basuh tangan, air tu terus masuk ke dalam longkang tu...
Yang ni lagi teruk, aku rasa air basuhan pinggan beserta sisa-sisa makanan terus dialirkan ke longkang..walaupun dia tadah dengan bekas, tapi segala minyak, sabun tetap masuk ke longkang..
Segala sampah yang dibuang ke dalam longkang...aku kata sampah tu datang dari kedai tu kerana ada beberapa keping daun pisang yang digunakan tuk membakar ikan dalam longkang..kelihatan banyak ikan dalam tu...
Tertulis di banner iklan tu " Mencari yang halal itu adalah wajib".....tapi Islam tak ajar kita mencemarkan alam sekitar..fikir-fikirkanlah...
Apalah gunanya kalau hanya keuntungan semata-mata yang dicari tapi sumbangan dalam kelasterian alam sekitar diabaikan malah menjadi penyumbang pulak ke arah pencemaran...Rasanya kalau MPSP tahu buat kerja, perkara ni takkan terjadi seteruk macam ni selama entah berapa tahun.
Aku mendedahkan perkara ini bukan kerana cemburu dengan kejayaan diorang, tak sama sekali. Aku bangga ada orang melayu yang berjaya macam tu, malah aku akan terus memberi sokongan dengan terus datang lagi ke sana. Tapi cuma kecewa, hal-hal penjagaan alam sekitar tak langsung diambil peduli...
***Bila la sungai-sungai kita nak jadi bersih dan tak tercemar macam negara yang ditakbir oleh orang kafir seperti Singapura, Jepun dan Australia...Bukankah Islam mengatakan "kebersihan itu separuh daripada iman?"...
UPDATED:
Aku baru menghantar emel kepada YDP dan beberapa pegawai MPSP ( Majlis Perbandaran Seberang Perai )tentang perkara ni. Aku harap mereka dapat membuat sesuatu. Aku tak nak dikatakan hanya npandai menulis di blog, tapi sebagai rakyat Malaysia, aku dah laksanakan tanggungjawab aku..!!
16 ulasan:
aku pernah makan kat kedai nih...memang mantap!! :-)
boleh pitam kalau nampak ikan berjalan.. ahaks
macam manala nak bagi kesedaran pada orang2 camni kan...
betul.. kalau pemilik tuh jaga kebrsihan kawasan premis tuh apa salahnya... ni kalau pas hujan mesti bau KONG punya... =)
anakmemberontak- Bila hang mai, awat tak habaq....hehhee
khaifaiz- mana lak pitamnya...buleh buat duit tu...hehehe
Sham- rasanya bila dah mata nampak RM....tak nampak dah semua yg lain....
Cik Embun- pihak PBT pun tak buat kerja masalahnya
memang ramai ya orang kat restoran tu, tp bila fadzli cakap tang kebersihan tu kureng..terus..alamak!xjadi la p try..
NISA KHAIRI- Restoran tu memang best NK, lauk-pauk dia superb!! aku memang akan rekemen sesiapa saja tuk datang...yg tak puas hati tentang pengurusan sisa buangan ksdai yg mencemarkan alam sekitar..
eeeuuuww!geli nye tgk longkang tu..pencemaran la..teruk btul dorg nie..
mencemarkn alam itu slh satu dosa kecil.. sbb kita xjg hubungan dgn alam sekitar.. xbaik.. hu3~
pergh kedai dah ramai orang pergi tapi nak jaga alam sekitar pon tak tau? hmppph!
dari pengetahuan saya,
kebersihan sungai terus rujuk pada JPS. kerana ada satu jabatan di JPS yang bekalkan satu tong @ bekas untuk isi sisa buangan dari restoran supaya tak dibuang ke sungai.
masa saya buat tugasan di JPS terengganu. mereka kata beri kemudahan itu percuma pada setiap peniaga.
mungkin JPS terlepas pandang.
adukan pada mereka juga. :)
mudahan pihak yang berkenaan sedar akan perkara tersebut.
ye la kan tengah syiok2 makan tetibe tengok keadaan macam tuh alahaiii terus putus selera makan kan hurmmm..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kita masih lagi dengan mentaliti rendah....kena jaga kebersihan....
kerosakan dan bencana di muka bumi ini, baik di darat mahupun di laut, disebabkan oleh tangan manusia itu sendiri. ...
Catat Ulasan