Assalamualaikum semua. Mintak maaf kepada semua atas keterlambatan ( ada ke perkataan ni???) mengupdate blog ni tentang suasana raya yang lepas. Balik dari bercuti terus kerja menimbun. Walaupun dah masuk pertengahan bulan Zulkaedah, rasanya tak salah kalau aku nak share apa yang selalu kitaorang buat pada pagi raya kat kampung.
Macam biasa, selepas sembahyang sunat AidilFitri, kami akan menziarahi pusara orang yang kami sayang...
Pagi tu hujan renyai-renyai..
Walaupun hujan, semua hadir...
Kelihatan, Abah sedang bersembang dengan Opah..
Doa dipanjatkan pada yang telah tiada...
Ijal, di pusara Bonda..
Abah, di pusara Tok dan TokWan..
Abah menerangkan sesuatu pada anak cucu dan menantu.....
Akhirnya semua berangkat pulang.....
Tapi ada gak yang tertinggal...Faiez...
***Akan cuba untuk lebih aktif selepas ini...InsyaAllah....
23 ulasan:
welcome back...pg raya tu ujan ke? mendung semacam je
masih di mood raya??
raya haji dah tak lama... :)
kat mana kg ye? ~
KhaiRin-TQ..a'ah...ujan renyai2...
Adylia Qarissa- tu la pasal....ada lagi org buat rumah terbuka ni...hehehe
♥ manje ♥- Kg Padang Serai, Batu Hampar Beruas Perak...hehehe
Tenang nye nampak kawasan ni, pasir pun putih jerk.........bersih..
cantiknya kawasan kubur ni
kenapa nak ziarah kubur masa Raya?
Ct Aja & Lya Colours - memang best, bersih, tenang....menginsafkan...
Dr. Ben- Memang hari raya kita sepatutnya bergembira bukan bersedih, tapi masa raya ni la semua anak-beranak, cucu- cicit balik kampung dan rasanya sesuai utk aktiviti ni...
Bukannya hanya hari raya, aku hari lain pun kalau balik kg, tak lepas aku ziarah arwah mak aku tu....hehehe
dah lama tak ziarah kubur tok dan wan..kuburnya di bagan serai..sy di alor setar dah lama tak balik raya bagan serai sebb dah takde sape kat sana..hnya doa yg mampu di panjatkan..
terasa suasana hiba bila melawat pusara..al fatihah pada yang sudah tiada.moga roh dicucuri rahmat Allah..
Salam Fadzil,
Kubur rata, takde binaan atau kalang...takut terpijak pulak.
selamat hari raya..hehe
doa buat yang telah pergi .....
al-fatihah buat yang dah pergi...
1st time singgah sini sambil follow ^^,
selamat kembali bro..jgn marah aku tolong kemaskan rumah bro hehe
al Fatihah buat mak tercHenta....
klau mmg pandai amik pic..kat kubo pon cantik hasil gmbr..
bersihnya kubur di sini. semoga penghuninya aman-aman saja
lama nya tak jumpa..apa habaq..
kubur nya berpasir ye..rata je..nampak cantik..
AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْمنِ الرَّØِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْØَÙ…ْدُ للّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّØْمـنِ الرَّØِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ وإِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِÙ†َــــا الصِّرَاطَ المُستَÙ‚ِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َنعَمتَ عَÙ„َيهِÙ…ْ غَيرِ المَغضُوبِ عَÙ„َيهِÙ…ْ Ùˆَلاَ الضَّالِّينَ
Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.
Jom Terjah entry terbaru ??
tip cara mudah bersihkan seat kereta
Catat Ulasan