Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 26 Ogos 2009

Alahai Polis...

Semalam, tanggal 25 Ogos 2009, lebih kurang pukul 10.30pagi pasukan polis telah membuat sekatan jalanraya bersebelahan dengan opis aku. Maka banyaklah motosikal dan kereta yang di tahan. Aku sebenarnya tak ambik port, tapi bila rakan-rakan opis aku yang lain( berbangsa cina ) memberitahu yang ada polis cuba meminta duit kopi daripada pemandu yang membuat kesalahan lalulintas, maka aku pun cuba merakam perbuatan polis tersebut....

Aku terasa malu dengan kawan-kawan opis aku yang berbangsa cina dan sudah semestinya bukan beragama Islam, dengan anggota polis yang aku rasa beragama ISLAM....

Tengok sajalah klip ni dan fikir-fikirlah sendiri....

video

Walaupun dalam bulan Ramadhan yang mulia, anggota polis yang beragama Islam ( aku agak) tetap membuat sesuatu yang di larang Allah. Mungkin dia tak buat apa-apa. Tapi kalu diperhatikan betul-betul polis tu tengok kiri, tengok kanan, mengetuk-ngetuk i/c pemandu dan lantas memasukkan buku report kedalam kereta, yang pastinya bukan untuk meminta pemandu tersebut menandatangani report, sebab kalau nak ditandatangani dia cuma hulur dengan satu tangan iaitu tangan kanan bukan dengan dua-dua tangan......

Apa-apa pun kita tak tau apa yang ada( diberi di bawah buku repot ) kepada anggota polis tersebut. Ingatlah wahai Polis, yang kalau aku tak tengok dan tak rakam video ni, Allah tetap melihat dan tahu apa yang sebenarnya terjadi. Aku bukan benci Polis, tapi sikap segelintir anggota polis yang merosakkan integriti seluruh badan berunifom itu, bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dan sepertimana kata K.Long, kalau takda yang memberi manakan ada yang menerima, bak kata pepatah ( banyak bak kata pepatah kali ni ) kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi...

Adioosss...

10 ulasan:

imah berkata...

hampeh tul polis ni..dun wory..police is not in my list...tp kl dh jodoh nk wat cmne???hehehe...

kyuNYMsukida berkata...

kuang asam pnye polis..
ish!

kyuNYMsukida berkata...

btw,nice layout
=]

fazlinda berkata...

sib baik aku kawen ngan org kwsp......patutla byk jenayah, depa pun korup jugak.

to lee,

baru la cantik blog ni ngan layout baru tapi pasai ape gmbr km sekeluarga x da? nnti kalo ada tukar la ye....

Fadzli Amir berkata...

K.Linda- Ni jer gambar yang paling cantik Li ada. Bukan K.Linda je yang tak de, K.Lili & family pun tadak. Nanti raya make sure dapat tangkap semua ahli keluarga beserta menantu & cucu2 Haji Amir

faizah berkata...

very nice layout lah...u punya blog. abang long kata tak sume polis tu yang cam tu, ada gak yang beriman. tapi kalu orang ramai tak hulur, tak kan jadi rasuah tu. salah orang ramai gak.

Fadzli Amir berkata...

Betul la kata A.Long tu. Masa tulis tu perasaan tengah marah( ikut nafsu) Astaghfirullah... Li akan delete sesetengah ayat yang boleh menyinggung perasaan......

h0neY.h0neY.h0neY berkata...

waaaa...
nice layout ma!!
hehe..
tpi,mak njang x pndg kamera lak time tuh.. =P


-ayu/dalilah-

Fadzli Amir berkata...

Cayalah AYUUUUUUUUUUUUUUUUU.......Duaposen...( macam cerita Bujang lapok ).....Ingatkan sapa hOney tadi rupanya Dalilah....Puasa tak ari ni??

h0neY.h0neY.h0neY berkata...

of course ler pose..
ne ley ponteng..
kang kena 'PELEPEK' kpale ngn abah..
=P

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails