Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 18 Ogos 2009

Lagi Gambar 3

Di atas permintaan yang tak beredan-redan ( harap di fahami perkataan yang tiada dalam kamus dewan ini ) daripada Pinny dan Imah, maka gambar-gambar ini pun di uploadkan untuk tatapan semua.....
Lagi gambar masa hari raya, tak pasti pada tahun berapa mungkin tahun 1992.Walaupun ada diantara ahli keluarga yang tak ada dalam gambar-gambar di bawah( tidak dapat dipastikan kenapa) K.Long mungkin jadi jurugambar, K.Lili pulak tak tau pergi ke mana, mungkin potong kek kot....( tolong perjelaskan ) K.Long dah pun kahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata yang comel( dulu la masa kecik ) dan menetap di Kelantan.

Layannn......
Gambar ni mungkin abah baru balik dari sembahyang raya, manakala mak pulak baru bagi makan ayam( lebihan makanan semalam yang di letakkan dalam periuk )Tapi dapat dilihat muka abah yang masam, tak tau kenapa...
Gambar ni walaupun agak best tapi tak cukup ahli keluarga, seperti yang dikatakan di atas tolong bagi penjelasan. muka Pinny agak pelik seperti orang sedang makan benda masam sambil menahan kemasaman yang amat sangat. Imah pun kecik jer dengan memakai cekak. Ijal standard cuba menjengkekkan kaki untuk nampak lebih tinggi. Daud tersenyum comel menampakkan gigi hitam. Adik duduk di ribaan mak. Kelihatan jugak dua orang cucu Haji Amir yang julung-julung kalinyer( cucu kesayangan ler masa ni- comel tul )

Kedua-dua gambar ni di ambil kat tempat makan sekarang ni. Pinny setelah menahan kemasaman terus ketawa berdekah-dekah. Sepatutnya kedua-dua gambar ni semua diminta menunjukkan keceriaan ( ketawa )- Kalu tak silap masa ni abah marah.....Tolong perbetulkan..


Ni pulak Hari Raya kedua ni. Adik berdiri sambil bergaya memakai baju dan kasut raya berdekatan ADAN kayu bersama anak saudara, Furqan yang telah kehilangan baju raya ( macam muka Nabil tak??? )

GAmbar ni Ijal, Pinny, Daud, Imah dan Adik bersama 2 anak saudara kesayangan Ayman dan Furqan...Pinny seperti biasa menahan kemasaman yang amat terlampau...

Pinny, Daud, Adik bersaman Ayman...Pinny...maleh teman nak komen....Heyy....


Ni gambar tahun 1986 bersama Ijal dan Hamid Tuah di hadapan rumah berlatar belakangkan pokok bunga orkid mak....





10 ulasan:

imah berkata...

bestnyee gmbr ni sbb ada gmbr imah...hehehe...kurusnya abah dlm gmbr2 ni..wlaupun boleh dikatakn berumur tp still lg handsome 2...cayalah abah...imah rsa kpini bleh jd model iklan sbb x segan menunjukkn espresi muka yg terlampau best(terlebih menghayati suasana...terlebeh sudaaaa)..hahaha..(td bru ckp ngn kpini dlm phone,dia ckp cm nk delete je gmbr2 ni)..muka pukan kecik2 sejibik cm mka nabil..potostat..mka abg li kt ats ni plak sejibik cm safwan..potostat lagi..mka adk plak ada skit2 cm mka efan..we're the amirien..

fmacheda41 berkata...

seronoknye tengok gamba2 ni...yang seronok sekali baju raya yg hampa suma pakai tu akak yg jahitkan...akak pun heran mcmna gamba akak tak dak padahal kak ros ada...ni yg jeles ni...
Cekak yg pini dgn imah pakai tu kak ros yg buat sendiri...rasanye pinny tu disebabkan cekak tu ketat sgt, nak kontrol ayu terus layu...he he he....
Ijal muka dia dah menunjkkan yg mase kecik memang ganas gila.
Daud pulak manis sekali...mcm kanak2 ribena.
Muka adik mcm muka ehsan.

p.i.n.n.y berkata...

tensen pini tgk gmbr pini..pini pn x phm apesal la pini nk bt muka cm2..kiranya muka ank2 sedare kite skang ni kira cm fotostat muka kite dulu2 la...

Fadzli Amir berkata...

Amboi-amboi, nak padam pulak. Ari tu kata nak tengok sesangat gambar lama. Orang dah bersusah-payah upload nak padam plak...Ok la tu muka cam tu, ada la variasi sikit dan buleh jadik bahan ketawa masa dah tua-tua ni kan.....har..har..har....haron salim bachik...

faizal berkata...

pini tuh die tgah ngejek mak chan yg br smpai dpan pntu rmah hntr halua maskat.pandai dia nooo. ijal ada gmbr mak ngn abah br brtunang. blik kmpg nnti i kasi kat tukang bt blog nih

faizah berkata...

banyak gambar2 tu memang takde dalam koleksi kak long, walaupun ada gambo ayman ngan furqan masa kecik. best gak tengok gambo depa masa kecik2. nampak sebaya aje anak sedara ngan pak & mak sedara. la ni semua dah jadi anak teruna & anak dara, yang dah tua ni rasa bertambah tua...

faizah berkata...

who know what happen to hamid tuah now, ah?

Fadzli Amir berkata...

Ijal- Buleh, buleh amat-amatlah digalakkan. Buleh share sesame. Apa kata email jer kat A.Li( cepat sikit )....A.li pon banyak lagi negatif nak cuci ni, tunggu masa jer.
K.Long- Hamid Tuah still in Padang Serai, but not sure what he's doin now...

fazlinda berkata...

betul kate pini, bila tgk2 blk muka anak2 sedara mcm muka mak2 sedara ngan pak2 sedara depa. muka bsyrh cam muka imah, muka imran cam muka adik faiez. pinni mmg suka buat mata camtu sbb bersinar2 mata dia.......
mana li dpt gmbr2 ni sbb ada yg x pernah tgk pun

Fadzli Amir berkata...

Tu la..Li ada banyak negatif yang lama-lama.. Tapi sikit-sikit la post....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails