Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 6 Ogos 2009

Bergambar Di sekitar Rumah ( Kg. Padang Serai )

Jom le kita melayan perasaan, merenung kembali saat-saat indah, menerobos ruang masa untuk kembali ke zaman dahulu. Meneliti setiap gerak-geri, senyum tawa, riak wajah dan persekitaran rumah kita yang dah banyak berbeza sekarang.

Apabila merenung gambar-gambar diwaktu dulu, terkenang kembali saat zaman kanak-kanak. Terasakan bagai baru semalam bergambar bersama keluarga. Tak terasa sudah 24 tahun waktu berlalu. Jelas terbayang kegembiraan di mata setiap ahli keluarga, walaupun aku tahu waktu itu kami sekeluarga dalam kekurangan.

Gambar ni diambil pada tahun 1985, waktu tu aku dalam darjah tiga. Kalau tak silap K.Long masa ni nak bersiap-siap untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika. Daud, Imah & Adik belum lahir ke dunia yang fana ini lagi. Ijal baru berusia empat tahun dan Pinny yang kecik sekali baru berusia dua tahun.

Alangkah indahnya kalu dikenangkan kembali....!!!!!!


K.Linda sentiasa tersenyum. Di sini dulu mak ada tanam pokok bunga melor. Berlatar-belakangkan pokok durian dan pokok rambutan tua yang besar dan rendang.

Ijal dan Pinny bermain pasir di belakang rumah, yang mana di tanam dengan pokok ubi kayu. Dulu keliling rumah dipenuhi dengan pokok ubi kayu. Di bahagian belakang pula terlihat pagar yang diperbuat daripada buluh, untuk mengelakkan Babi daripada merosakkan tanaman ubi kayu. Dulu sebelum tanah opah diteroka kat belakang tanah wakaf, kawasan rumah kita memang terdapat berbagai-bagai haiwan liar.....macam zoo pulak.

Aku dan Ijal duduk di atas batang pokok kelapa yang ditebang, kalau tak silap pokok tua ( di tebang oleh Pak Chan )Dulu aku ngan Ijal buleh dikatakan rapat jugak ( masa dia kecik la ). Dia la teman sepermainan.


Nun jauh di belakang sana kelihatan ampaian baju dan rumah kita. Maknanya gambar ni diambil sekitar bekas kandang angsa( sekarang)



K.Linda mendukung adik yang paling kecil sekali waktu tu, Pinny berlatar belakangkan pokok ubi kayu dan tanak perkuburan kat belakang rumah yang mana masih mempunyai pokok-pokok besar di kawasan kubur.


Bergambar di tepi reban ayam yang dibina oleh Pak Chan. Ijal memakai topi USM( kalau tak silap kak long yang punya )

Ijal menyanyi di atas pokok ubi gajah di tepi rumah. Pokok ni besar sampai boleh buat buai la.Berlatar belakangkan jalan raya dan rumah opah. Dulu mak tanam pokok ni rasanya untuk bagi teduh sikit sebab rumah kat tengah padang.

Lagi satu pokok ubi gajah tapi kat belakang rumah ( tempat air longkang ). Pokok ubi gajah ni pun besar jugak sampai ada satu masa tu aku buat rumah atas pokok tu, tak tau Ijal buleh ingat lagi ke tak.

Adiosss....

17 ulasan:

imah berkata...

ya allah..knp imah x penah tengok pun gmbr2 ni..dah 22 thn idup,ade sesetengah gmbr imah x penah tengok pn...musykil tol..yang x tahan 2,muka klnda kecik2 cm muka kpini,muka kpini lak cm muka adk...kekadg cm muka imran..hahaha..bergaya gak hmpa ni suma kecik2 nooo..abg li,bla nak ltk gmbr imah plak???

p.i.n.n.y berkata...

abeli, suka la tgk gmbr2 ni..pini mmg x igt apa2 pn sbb kck lg..tp ble tgk mcm indah je masa tu...smua tersenyum hepi je...meriah btol tgk kwsn rmh kite dulu..
imah, x sgka kpni comel jgk kck2 dulu.kuang kuang kuang...

Fadzli Amir berkata...

Ada Imah, tunggu la banyak lagi gambar yang perlu di cuci. a.Li ada banyak negatif yang lama-lama. Tunggu gaji bulan depan baru cuci lagi gambar tu.

Fadzli Amir berkata...

Ha..Ha.... Comel...comel.....har..har..har...

p.i.n.n.y berkata...

abeli,pini blh support kalau nk cuci lg..x sbr dh nk tgk..

Fadzli Amir berkata...

Takpe la..pelan-pelan pun sampai destinasi gak...

imah berkata...

comel2..smpai bersinaq-sinaq mata..hahaha

fazlinda berkata...

mmg best tul tgk gmbr ni. pokok ubi gajah tu mmg besar. satu kat dpn pintu dpn lg satu kat tp bilik dpn. akak ingat lagi dolu2 byk ulat bulu kt pokok tu. dolu2 duduk dlm hutan pun hati riang x de masalah. skrg ni teknologi dh canggih tp hati x senang. sapa2 boleh bagitau sapa yg jd kameraman & kamera sapa?

fazlinda berkata...

yela.... muka pinny masa kecik2 cam muka imran...... baru perasan.

p.i.n.n.y berkata...

ni nk tya ni..sapa yg pakai bj merah skali dgn gmbr k long tu?nk kata k lili atau k ros cm lain je..tp muka cm muka k long..ada sapa2 blh bgtau??

kiranya comel la pini masa kecik2 dulu kalau cm muka imran.(sekali lagi)..kuikuikui

kyuNYMsukida berkata...

seeing all these picx 4 da 1st time lorh..
agak menarik..
post bnyk2 agy yep!
=]

faizah berkata...

to linda : kamerawoman tu kak long, except yang ada gambo kak long tu camerawoman dia si lili. Kamera tu kak long beli sebab nak bawak pi US.

to pinny : yang pakai baju merah tu kak ros. hangpa tak perasan ke kak long pakai kain dalam je masa posing tu...kalu tak perasan, pendek umur he..he..he..

Pokok ubi tempat ijal posing tu sebenarnya tempat kak long melayan perasaan bila ada masaalah dengan bekas pak we, siap baca surat cinta berbau bedak lagi kat atas pokok ubi tu...jangan bagitau abang long aaa....

faizah berkata...

Ni nak tambah sikit nostalgia dulu...masa tu ijal ngan pinny merupakan buah hati kak long, maklumlah masa tu depa yang paling kecik. Masa kaklong memula masuk asrama kat taiping tahun 1982 pinny baru pandai merangkak. Emak, abah & family semua pi hantar kat asrama, naik keta paksu ambia. Emak letak pinny main2 atas katil kak long kat asrama tu, pastu bila semua dah balik malam tu kak long nangis sepuas2 hati sebab rasa rindu, maklumlah tak pernah berpisah ngan family. Spot yang tempat pinny main2 atas katil tu kak long dok cium2 sebab rindu kat adik tersayang...Ijal pulak selalu kak long dukung keliling rumah, walaupun dah besar masih nak dukung...Memang sakit jugak masa mula2 dok asrama dulu.

Fadzli Amir berkata...

Aah, kamera tu k.long punye, jenama minolta.
Li tak ingat langsung pasal hantar K.long kat asrama tu....

Fadzli Amir berkata...

K.Long tulis -Pokok ubi tempat ijal posing tu sebenarnya tempat kak long melayan perasaan bila ada masaalah dengan bekas pak we, siap baca surat cinta berbau bedak lagi kat atas pokok ubi tu...jangan bagitau abang long aaa....
Aji ker K.Long....hehehehehe

Amir daud berkata...

walaupun daud xdak zman ni..tp yg daud igt,pokok ubi gajah yg ijal pnjat tuh,tpi umah,smpai daud lhir,pkok tu ada lg..kt pokok tu la daud knal BURUNG PERENCAK..xsilap..abah la bgthu nma brung tuh brung prencak..abahkn dlu slalu pg gam burung...pkai getah tikus..huhuhuhu

faizal berkata...

time nih ijal ngn abg li slalu g lepak ngn abg halim kt kdai pak lang din. ade je 20 sen g kdai pak lang din beli chewing gum bentuk rokok. mn g gmbr tu yek. bj ngn topi ttp sma mcm gmbr kt atas tuh. burung perenjak kat pokok ubi dpan rumah la daud. pokok ni kt blakang rumah.

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails