Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 21 Ogos 2009

Marhaban Ya Ramadhan.....

Sampai lah sudah bulan yang ditunggu-tunggu. Bulan penuh keberkatan, bulan penuh kemuliaan. Bulan yang mana amalan sunat digandakan menyamai amalan fardhu, manakala amalan fardhu digandakan sehingga tujuh puluh kali ganda. Bulan yang mana tersimpan rahsia Lailatulqadar yang mana sekiranya menghidupkan malam tersebut seperti beribadat selama seribu bulan...Kurniaan Tuhan pada umat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

InsyaAllah malam ni akan bermula sembahyang terawih ( sekiranya esok puasa )dan permulaan bersahur.

Teringat masa di kampung bila nak puasa begitu meriah, dengan persiapan nak bersahurnya, dengan keriuhan selawat dan permainan gendang di masjid.... Rindu sungguh suasana tu.
Kalauhari pertama berpuasa tu biasanya special sikit biasanya abah akan sembeleh ayam. Tak pun abah beli daging untuk berbuka, maknanya lain sikit pada hari biasa.

Masa bersahur pulak masa dulu arwah mak bangun awal untuk menyediakan makanan, dibantu oleh kakak-kakak. Ada ketika terlambat bangun sahur dan orang yang paling kalut sekali adalah abah, yang mana abah akan memberitahu sekarang pukul berapa dan yang membuatkan kelam kabut tu kerana abah akan menambah atau memberitahu masa yang lebih dari sepatutnya. Contohnya macam sekarang pukul 5 pagi dan dia bagitau 5.30 pagi.

Suasana berbuka puasa, sekiranya semua ahli keluarga balik kampung sehinggakan tak cukup tempat untuk makan ( terpaksa makan kat tempat lain )tapi tetap meriah...
Persiapan untuk berbuka puasa kan di buat oleh setiap ahli keluarga termasuk menantu dan cucu Haji Amir.




Tapi yang kesiannya, apabila sekarang ni semua orang dah keluar( maksudnya berumahtangga, kerja dan belajar ), tinggallah abah seorang.
Kian jauh tirai Syaaban,
Kian dekat lambaian Ramadhan,
Luhur iman ikhlas amalan,
Luhur ibadat diberkati Tuhan
( cilok dari sms Daud )
( gambar sebenarnya persiapan tuk hari raya )




7 ulasan:

imah berkata...

imah mengucapkn selamat berpuasa kpd semua...nti kita bertemu dihari raya..

pesanan kpd semua:kl terbangun lambt time sahur,jgn mkn tepi tong sampah..kl dh terlambt 2 terlmbt la jugak..mkn tepi tong sampah tidak mungundurkn jam @ melambtkn masa..cool je k..

faizah berkata...

zaman dulu2 bulan puasa, mak yang paling sibuk memasak. rasanya jarang abah pi beli koi siap. sebut aje apa jenis kuih nak makan, sume mak buat: seri muka, bengkang, pulut udang, pau, karipap, koi koci, lepat pisang, lepat tuli, lepat labu etc...etc...kami sekuarge memang miss sangat...

p.i.n.n.y berkata...

mcm terngiang2 je kt telinga mlm bulan posa kt kg..bunyi org main mercun..suara org semayang terawih..pas2 ade lak yg ketuk gendang..rindunya nk balik kg...

fazlinda berkata...

ingatkan tadi tersilap gmbr sbb gmbr tu preparation untk hari raya. mmg la btl2 miss masa bulan puasa kt kg masa arwah ada. btl ckp kak long suma kuih mak akan buat. sebut je kuih apa. la ni kalu nk main kuih main tunjuk2 je. nak buat....mmg hampeh x tahu.

insyaallah, km sekeluarga akan blk kg ari ni. nk berpuasa bersama2 abah.... kesian dia sorang2. mmgu dpn lee, ijal, imah & daud pulak balik. mesti abah gumbira.

fazlinda berkata...

Untuk semua anak2, menantu dan cucu2 hj amir, km sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa. jgn lupa bangun sahur......

Fadzli Amir berkata...

Lepat tuli???? Rasa macam pernah dengar tapi dah lupa...Tolong explain sikit K.long...

faizah berkata...

lepat tuli tu lepat liat le, adik oii..lepat yang dibuat dari tepung pulut, warna coklat2. kalu tak de gigi, jgn berani2 nak makan, takut tertelan ngan gigi-gigi...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails