Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 13 Ogos 2009

Lagik Gamdar



Atas permintaan Pinny, Daud & Imah, satu lagi post yang ada gambar diorang. Mintak mahap bebanyak kepada Imah dan Adik Faiez, sebab masa gambar ni diambil, dia pulak yang belum lahir ke dunia yang fana ini. Harap semua anak-anak Haji Amir terhibur dan terubat kerinduan terutamanya kepada Ibunda yang tercinta, Allahyarhamah Hatijah ariffin ( atau Teh Hatijah ).

Kalau tak silap gambar ni diambil pada tahun 1986( thanks K.Lili), masa tu K.Long baru balik dari America ( bercuti ). Sebab Aku pakai baju yang K.Long Bagi, baju Marquette University. Tak dapat dipastikan pulak gambar ni diambil pada hari raya atau tidak( tolong bagi komen ).

Yang paling kecik sekali masa ni ialah Daud dan yang paling gemuk sekali adalah aku...he..he..he.. Layanlah kembali kenangan sewaktu dahulu.......


K. Lili dan K. Ros berposing dengan radio yang K.Long baru bawak balik. Gaya K.Ros boleh dikatakan ok la, tapi gaya K. Lili macam over sikit. Sebab mata dia tengok ke lain ( macam gaya kontrol ), siap tangan mengampu pipi ( macam tak natural )..Jangan marah ha K.Lili....He...He...He...Kat belakang tu tuala gambar burung Pheonix, kalau nak tau dipegang oleh aku dan K. Linda ( kalau tak silap )kat hujung-hujung bucu, sebagai backdrop le konon-kononnya.....


Gambar yang diambil di ruang tamu. Jelas kelihatan gambar kaabah kat belakang( dulu ada dua -satu merah & satu biru ) Tak banyak yang boleh komen gambar ni kecuali Daud yang menangis tak mau tangkap gambar. Kelihatan juga langsir pintu berwarna hijau muda di pintu bilik.


Gambar ni yang paling Best sekali sebab boleh dikatakan semua orang tersenyum termasuk mak sekali ( jarang nak tengok gambar mak senyum ). Pinny boleh dikatakan comel jugak la ( memang adik-beradik kita kecik-kecik comel ) Tengok tangan baju K.Lili, singkat sebab nampak tangan dia lebih...( K.Lili lagik )

Gambar untuk post ni akan di update dari masa ke semasa.....


7 ulasan:

fmacheda41 berkata...

haiii..rase malu nak tengok muka sendiri,yang lain pun sebam je...sebab dulu x dak krim whitening....oii Li jgn dok hena aaaaa....zmn tu mcm trend la tudung hitam dgn jubah.Tgn jubah mmg mcm tu bkn pendek.
Pembetulan bkn thn 96 tp 86.
Ingat lg mase tu semua siap cntk2 sbb nk tangkap gambar, gmbr abh tak de sbb abah x suke tngkp gambar.
Mak mmg sporting bab tngkp gambar.
Satu lagi rasenye klu posing2 kontrol macho ni adik beradik kita ada sorang tapi sape ya?
Perasan tak muka mak yg senyum tu mcm muka akak masa dukung daud....

fmacheda41 berkata...

pak njang,do you realize that my mothers face is now change.Dari segi kecantikan,umi sekarang dah tembam.dulu ummi sama mcm mak lang tetapi dah berubah.I want to tell you once more.lastime on bujang,mak ndak punye muka pling lawak skali.sebab dulu mak ndak`s face is oval shape but now the shape turns to bulat.hehehehe.....jgn marah...pak njang, tuk dulu prnah x buat lepat labu,goreng pisang,ayam goreng,nasi lemak,bubur kacang,nasi ayam,kek,thosai,pulut udang dll.

p.i.n.n.y berkata...

sapwan....
dari segi kecantikan skrg ni ummi lg cntik ke x??amboi2..pandai btoi dia komen...
masa ni mak muda lg..nmpk cm sebaya je dgn k long,k lili ngan k ros..

faizah berkata...

kak long musykil jugak, sapa yang snap gambo kita sume tu, ye? entah-entah 'wa da te shap' yang snap kot? kah..kah..sayang sekali abah tak masuk dalam gambo ni. memang betoi cakap li, abah memang tak suka ambik gambo masa muda2 dulu : "buang masya..."
time tu kalu kami pusing2 kampung berempat beranak (mak, k.long, k.lili, k.ros) orang kampung kata kami macam adik beradik, pasai mak nampak muda.
muka ijal masa tu ada sikit2 macam muka izzat, kan?
to sapwan, if u want to know, mak ndak was the most selebet le masa tu. but now, as the time passed by she became the most glamor auntie, betoi dak?

imah berkata...

bestnye..tp xdak ke gmbr imah...imah pun nk gak...hehehe..mka abg li kecik2 cm mka sapuan tp putek skit la..hehehe...pas2 semua muka(kak lili,kak ros ngn klong)sepesen ja..cm mka daud pn ada gak..tp versi pompuan la..muka klinda yg pakai tudung oren 2 cm muka pija skit2..

tuk abg li:kl ada gmbr imah ngn mak post la..imah teringin nk tgk...

fazlinda berkata...

amboi....amboi pakat mengata aku nmpak....
mane le tak selebet & legam, akakle tukang kayuh basikal ari sabtu & ahad g bt hampaq beli ikan & groceries kat kedai gemuk & kedai ah ngau.... ingat lagi tak saudara2 ku?

to safwan.... how dare u said me like that. no duit raya 4 u this year......okay....

pija kate li tu mak uda.kalu tgk gmbr ni mmg la conf zaman dulu tak de whitening cream. kelakar tgk gmbr kak lili & kak ros kt radio tu. sapa la director depa ni, posing camtu.
seronok tgk gmbr mak, tersenyum ceria. perasan tak gmbr yg last sekali, mak & anak2 dara dia (masa tu la, skrg suma dh mak dara) senyum sepesen je.... suka tul tgk gmbr ni sbb suma trsenyum........

faizal berkata...

tgk gambar ni tringat masa mak slalu ajar ngaji kt pintu ni la. daud tersasul wa datih shap pn kt pintu ni. byk btul knangan kt pntu ni. abah cari kertas nk tngkap cicak yg dia lastik pn kt tepi pntu nih. ms tu kak lili, kak ros ngn kak linda la jd mangsa abah. slalu menjerit bila abah acah2 nk baling cicak kat depa.

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails