Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 25 Ogos 2009

Bersahur Dan Berteraweh di Kampung Padang Serai

Suasana berpuasa di Kampung dan di bandar memang banyak perbezaannya. Apatah lagi berbuka dan bersahur hanya berdua sahaja. Tapi lebih baik dari yang berbuka dan bersahur sesorang diri. Namun kemeriahan di kampung masih menjadi idaman setiap ahli keluarga, walaupun serba kekurangan....

Pelbagai kenangan manis dan pahit yang sekarang bertukar manis bila dikenang kembali. Namun semuanya berlalu ditelan masa.

Untuk mengenang kembali saat-saat manis bersahur dan berteraweh di kampung K.Linda dengan inisiatifnya sendiri telah balik ke kampung dan merakamkan beberapa gambar untuk dikongsi bersama tentang betapa happeningnya bersahur di kampung. Masa ni diorang bersahur makan nasik dengan Ikan kembung sambal dan bayam masak lemak.

GAMBAR SEMASA BERSAHUR
Dapat dilihat Haji amir dan cucu-cucunya sedang berbaring menonton perlawanan bola selepas bersahur
" Semua makan cepat-cepat, dah nak masuk Imsak dah". kata Haji amir, sedangkan masa masih panjang lagik, baru pukul 5.00 pagi.

Abah makan sambil bercerita sesuatu kepada anak, cucunya.


Imran pun turut sama bersahur bersama ahli keluarga.( first time bersahur )

Kelihatan Basyirah yang tak lalu untuk menghabiskan makanan, manakal Fildza dengan bersemangat menambah nasik dan lauk.


Imran dengan tekun mendengar Tok Wannya bercerita sambil menggaul nasik.


Gambar di atas 'blur' disebabkan tukang ambik gambar ( K. Linda ) yang mengambil gambar sambil mengunyah nasik ( tu sebab bergegar ), setelah dimarahi abah, " Hang ni asyik ambik gambar saja, makan nasik cepat dah nak masuk imsak dah....".

Fildza meminta lauk tambah sambil memuncungkan mulutnya yang penuh nasik.
GAMBAR SEMASA SEMBAHYANG TERAWEH DI MASJID
K.linda yang telah bersiap-sedia untuk ke Masjid, semasa menunggu masuk waktu Isyak di atas kerusi abah ( macam mak aji pulak aihh )


Yang ni pulak kat dalam Masjid Padang Serai, selepas sembahyang Isyak. Imran pun ikut sekali. ( tapi awat tak pi duduk kat tempat lelaki )

Tengah tuggu masa untuk sembahyang teraweh.

Fildza & Basyirah yang sedang bersembahyang teraweh. Kelihatan kepala Basyirah yang senget kerana dia tengok orang lain.

Lagi gambar Fildza dan Basyirah semasa sedang bersembahyang teraweh


Imran berlatarbelakangkan orang perempuan yang sedang bersembahyang teraweh.
Dan satu lagi nak bagi tau yang malam ni moreh Mee Bandung tajaan Ali Klinik.
Terima kasih di ucapkan kepada K.Linda yang bersusah payah mengambil gambar dan mengMMSkan gambar-gambar tersebut. Di harap dengan gambar ini dapatlah mengubat kerinduan untuk bersama berbuka, bersahur dan bertaraweh di kampung...( yang peliknya K.Linda ni pegi teraweh ker pegi sessi bergambar..??)
****Untuk pengetahuan semua, Moreh "Haji Amir Dan Menantu" ( menantu-menantu saja, anak-anak tak payah-sepertimana yang tertulis di masjid Padang Serai ) ialah pada 2hb September. Kepada menantu-menantu Haji Amir pakat-pakat la HULUR-HULUR....he..he..he....
Adioss...

14 ulasan:

fazlinda berkata...

sori la yek.... sindri mintak post sindri bagi komen. bukan ape nk kongsi keseronokan & keceriaan bersahur & berteraweh di kg bersama2 ngan abah. lupa pulak nk tangkp gmbr masa berbuka (sbb masing2 dh lapar). nnti bila hangpa balik ramai2 jgn lupa update kt blog ni, blh kongsi sama2. sedih jugak sbb x dpt join hangpa hujung mggu dpn. oleh itu dgn adenye blog ni dptla kita merapatkn silaturrahim sesama kita.

4 lee,

tima ksh la sbb tlg postkan gmbr2 ni (tak la asyik2 pini ngan imah je yg x beredan2 suruh updt gambaq depa, he...he...he).
imran terpaksa duduk tmpt pompuan sbb nnti x de siapa jg dia kt tmpt lelaki (sat ni tokwan kata cucu sapa la yg buat bising ni). akak bergilir2 smbhyg teraweh ngan pija & basyirah. tu pun masa smbhyg isyak dia dh terjerit2 mintak dukung. tu yg blh tgkp gmbr tu.....

faizah berkata...

bestnya dapat bersahur, berbuka & berteraweh kat kg, esp kg padang serai. nampaknya tahun ni for the first time ever k.long tak dapat buat semua tu kat kg. balik raya esok dah malam raya, tak sempat bersahur & berteraweh. berbuka mungkin dan sekali. nak buat camno, tuntutan kerja yang tak dapat dielak...anyway, thanx to linda & family sebab share saat2 best yang tak dapat k.long rasa tahun ni.

to li & yang nak balik kg hujung minggu ni, kirim salam kat abah, ye. memang rindu dengar abah cakap "bangkit! bangkit! hoiii...." masa sahur.

faizah berkata...

betul ke abah buat moreh ngan menantu2 aje? abah nak buat moreh apa? don wori, menantu2 memang sokmo hulur pun...

Fadzli Amir berkata...

K.Long- Ari tu li call abah, abah bagitau tentang moreh abah tu, so dia cakap diorang( org yang mengelola moreh) tulis kat masjid, 2-9-09-Moreh Haji amir dan menantu.Jadi li kata la kat abah, menantu saja jadi anak-anak tak yah la involve.....hehehehehe

imah berkata...

wah2...best 2..dh rse x sabar nk blk kg mgu ni..dlm gmbr2 ni rumah kte nmpk ok je..xde la teruk sgt..hehehe..msa mula2 tgk gmbr ni,rse musykil gak..klinda p semayang tp yg amek gmbrnye pun klinda..tp setelah membace penerangan diats brulah imah paham...hehehe...yg best 2,imran pun sahur gak..

imah berkata...

wow...tahniah2...congrate!!!...dh berwajah baru blog ni..cntik2...gambatte kudasai!!!!...

Fadzli Amir berkata...

Imah...K.Linda kata, nanti balik kampung tunjuk blog ni kat abah, tapi tak tau la bileh bukak ker tak kat kampung, takut lambat jer...

fazlinda berkata...

ye la imah, nnti kalo blk kg tunjuk blog ni kt abah. mesti dia bangga dpt anak2 cam kita. x le dia compare ngan anak ali kelenek lagi. bukak la awai2 nanti lps teraweh tunjuk kt dia.

fmacheda41 berkata...

we take photograph ramai-ramai.berbuka bersama dan bersahur sekeluarga......

faizah berkata...

to linda : apa kelas nak compare kita ngan anak ali kelenek......

Fadzli Amir berkata...

K.Linda- Apa yang abah nak compare ngan anak ali kelenek tu...apa yang hebat sangat anak dia tu, story sikit.....Nak tau gak

fazlinda berkata...

tak de la, kdg2 abah selalu ckp anak2 ali kelenek tu pandai2 pegi o/seas. x mcm anak2 dia, nganga je.....

p.i.n.n.y berkata...

tetiba je ali kelenek enterprem dlm blog nih..
abg li..
cantik dh blog ni..ceria skt..nnt raya pstikan kita dpt ambk gmbr satu famili..dpt msk dlm blog ni

p.i.n.n.y berkata...

imah,kalau sempat nnt blk blh le kita pg semayg terawih kt msjd..dpt jpa mak tam,mak chan,tok kiah,tok nab,cik saba...dan lain lain lagi..hehe

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails