Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 26 Ogos 2009

Alahai Polis...

Semalam, tanggal 25 Ogos 2009, lebih kurang pukul 10.30pagi pasukan polis telah membuat sekatan jalanraya bersebelahan dengan opis aku. Maka banyaklah motosikal dan kereta yang di tahan. Aku sebenarnya tak ambik port, tapi bila rakan-rakan opis aku yang lain( berbangsa cina ) memberitahu yang ada polis cuba meminta duit kopi daripada pemandu yang membuat kesalahan lalulintas, maka aku pun cuba merakam perbuatan polis tersebut....

Aku terasa malu dengan kawan-kawan opis aku yang berbangsa cina dan sudah semestinya bukan beragama Islam, dengan anggota polis yang aku rasa beragama ISLAM....

Tengok sajalah klip ni dan fikir-fikirlah sendiri....

video

Walaupun dalam bulan Ramadhan yang mulia, anggota polis yang beragama Islam ( aku agak) tetap membuat sesuatu yang di larang Allah. Mungkin dia tak buat apa-apa. Tapi kalu diperhatikan betul-betul polis tu tengok kiri, tengok kanan, mengetuk-ngetuk i/c pemandu dan lantas memasukkan buku report kedalam kereta, yang pastinya bukan untuk meminta pemandu tersebut menandatangani report, sebab kalau nak ditandatangani dia cuma hulur dengan satu tangan iaitu tangan kanan bukan dengan dua-dua tangan......

Apa-apa pun kita tak tau apa yang ada( diberi di bawah buku repot ) kepada anggota polis tersebut. Ingatlah wahai Polis, yang kalau aku tak tengok dan tak rakam video ni, Allah tetap melihat dan tahu apa yang sebenarnya terjadi. Aku bukan benci Polis, tapi sikap segelintir anggota polis yang merosakkan integriti seluruh badan berunifom itu, bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dan sepertimana kata K.Long, kalau takda yang memberi manakan ada yang menerima, bak kata pepatah ( banyak bak kata pepatah kali ni ) kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi...

Adioosss...

Selasa, 25 Ogos 2009

Bersahur Dan Berteraweh di Kampung Padang Serai

Suasana berpuasa di Kampung dan di bandar memang banyak perbezaannya. Apatah lagi berbuka dan bersahur hanya berdua sahaja. Tapi lebih baik dari yang berbuka dan bersahur sesorang diri. Namun kemeriahan di kampung masih menjadi idaman setiap ahli keluarga, walaupun serba kekurangan....

Pelbagai kenangan manis dan pahit yang sekarang bertukar manis bila dikenang kembali. Namun semuanya berlalu ditelan masa.

Untuk mengenang kembali saat-saat manis bersahur dan berteraweh di kampung K.Linda dengan inisiatifnya sendiri telah balik ke kampung dan merakamkan beberapa gambar untuk dikongsi bersama tentang betapa happeningnya bersahur di kampung. Masa ni diorang bersahur makan nasik dengan Ikan kembung sambal dan bayam masak lemak.

GAMBAR SEMASA BERSAHUR
Dapat dilihat Haji amir dan cucu-cucunya sedang berbaring menonton perlawanan bola selepas bersahur
" Semua makan cepat-cepat, dah nak masuk Imsak dah". kata Haji amir, sedangkan masa masih panjang lagik, baru pukul 5.00 pagi.

Abah makan sambil bercerita sesuatu kepada anak, cucunya.


Imran pun turut sama bersahur bersama ahli keluarga.( first time bersahur )

Kelihatan Basyirah yang tak lalu untuk menghabiskan makanan, manakal Fildza dengan bersemangat menambah nasik dan lauk.


Imran dengan tekun mendengar Tok Wannya bercerita sambil menggaul nasik.


Gambar di atas 'blur' disebabkan tukang ambik gambar ( K. Linda ) yang mengambil gambar sambil mengunyah nasik ( tu sebab bergegar ), setelah dimarahi abah, " Hang ni asyik ambik gambar saja, makan nasik cepat dah nak masuk imsak dah....".

Fildza meminta lauk tambah sambil memuncungkan mulutnya yang penuh nasik.
GAMBAR SEMASA SEMBAHYANG TERAWEH DI MASJID
K.linda yang telah bersiap-sedia untuk ke Masjid, semasa menunggu masuk waktu Isyak di atas kerusi abah ( macam mak aji pulak aihh )


Yang ni pulak kat dalam Masjid Padang Serai, selepas sembahyang Isyak. Imran pun ikut sekali. ( tapi awat tak pi duduk kat tempat lelaki )

Tengah tuggu masa untuk sembahyang teraweh.

Fildza & Basyirah yang sedang bersembahyang teraweh. Kelihatan kepala Basyirah yang senget kerana dia tengok orang lain.

Lagi gambar Fildza dan Basyirah semasa sedang bersembahyang teraweh


Imran berlatarbelakangkan orang perempuan yang sedang bersembahyang teraweh.
Dan satu lagi nak bagi tau yang malam ni moreh Mee Bandung tajaan Ali Klinik.
Terima kasih di ucapkan kepada K.Linda yang bersusah payah mengambil gambar dan mengMMSkan gambar-gambar tersebut. Di harap dengan gambar ini dapatlah mengubat kerinduan untuk bersama berbuka, bersahur dan bertaraweh di kampung...( yang peliknya K.Linda ni pegi teraweh ker pegi sessi bergambar..??)
****Untuk pengetahuan semua, Moreh "Haji Amir Dan Menantu" ( menantu-menantu saja, anak-anak tak payah-sepertimana yang tertulis di masjid Padang Serai ) ialah pada 2hb September. Kepada menantu-menantu Haji Amir pakat-pakat la HULUR-HULUR....he..he..he....
Adioss...

Isnin, 24 Ogos 2009

Kereta BapaKu

Sebelum baca Post ni ada pemberitahuan dari tokeh Kuih Raya yang mana Harga Kuih Tart di naikkan kepada RM 35.00/ 100 Biji ( naik RM 1.00) - kerana kekurangan bekalan Nenas dan terpaksa beli nenas tin...Harap Maklum -
Tuk contact terus ngan Kak Yah( 017 542 1362 )



Kakakku pulang dari kota,
Kakakku belikan Bapa kereta,
Kereta kancil warna kelabu,
Boleh di bawa ke Pekan Rabu,
Pon,pon,pon,pon,ponpon,pon,pon,pon,
Kereta kancil Bapaku berbunyi,
Marilah adik, abang, kakak,
Boleh Bapa bawa ke rumah Kak Munah,
Lalalalaaaa....



Bawak kereta ada gaya. ni baru betoi ada gaya lam alif ( abah selau cakap )
" Ari ni nak pi jalan-jalan mana?" Tanya Abah....

Ni pemanduan berhemah ni. Mata kena tumpukan ke depan, mana tau nanti cermin berkabus boleh lap ngan tangan...He..he..he...


Gaya seorang pesara tentera yang dulunya memandu berbagai jenis jentera berat dalam pasukan Tentera Udara Malaysia.



Jumaat, 21 Ogos 2009

Marhaban Ya Ramadhan.....

Sampai lah sudah bulan yang ditunggu-tunggu. Bulan penuh keberkatan, bulan penuh kemuliaan. Bulan yang mana amalan sunat digandakan menyamai amalan fardhu, manakala amalan fardhu digandakan sehingga tujuh puluh kali ganda. Bulan yang mana tersimpan rahsia Lailatulqadar yang mana sekiranya menghidupkan malam tersebut seperti beribadat selama seribu bulan...Kurniaan Tuhan pada umat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

InsyaAllah malam ni akan bermula sembahyang terawih ( sekiranya esok puasa )dan permulaan bersahur.

Teringat masa di kampung bila nak puasa begitu meriah, dengan persiapan nak bersahurnya, dengan keriuhan selawat dan permainan gendang di masjid.... Rindu sungguh suasana tu.
Kalauhari pertama berpuasa tu biasanya special sikit biasanya abah akan sembeleh ayam. Tak pun abah beli daging untuk berbuka, maknanya lain sikit pada hari biasa.

Masa bersahur pulak masa dulu arwah mak bangun awal untuk menyediakan makanan, dibantu oleh kakak-kakak. Ada ketika terlambat bangun sahur dan orang yang paling kalut sekali adalah abah, yang mana abah akan memberitahu sekarang pukul berapa dan yang membuatkan kelam kabut tu kerana abah akan menambah atau memberitahu masa yang lebih dari sepatutnya. Contohnya macam sekarang pukul 5 pagi dan dia bagitau 5.30 pagi.

Suasana berbuka puasa, sekiranya semua ahli keluarga balik kampung sehinggakan tak cukup tempat untuk makan ( terpaksa makan kat tempat lain )tapi tetap meriah...
Persiapan untuk berbuka puasa kan di buat oleh setiap ahli keluarga termasuk menantu dan cucu Haji Amir.




Tapi yang kesiannya, apabila sekarang ni semua orang dah keluar( maksudnya berumahtangga, kerja dan belajar ), tinggallah abah seorang.
Kian jauh tirai Syaaban,
Kian dekat lambaian Ramadhan,
Luhur iman ikhlas amalan,
Luhur ibadat diberkati Tuhan
( cilok dari sms Daud )
( gambar sebenarnya persiapan tuk hari raya )




HariJadi Imah

Happy belated birthday Imah......sorry semalam busy tak masuk opis... tak leh post..
Apapun semalam 20hb Ogos 2009 genaplah usia Imah 22 tahun....Selamat ulang tahun semoga panjang umur dan murah rezeki serta berjaya dalam "Test" ari ni....( sorry Imah, gambar ni jer yang ada dalam simpanan..)

Gambar Imah yang memegang minyak Yuyi Cap Limau sambil menyarankan supaya
semua anak saudaranya menggunakan minyak tersebut......

Selasa, 18 Ogos 2009

Lagi Gambar 3

Di atas permintaan yang tak beredan-redan ( harap di fahami perkataan yang tiada dalam kamus dewan ini ) daripada Pinny dan Imah, maka gambar-gambar ini pun di uploadkan untuk tatapan semua.....
Lagi gambar masa hari raya, tak pasti pada tahun berapa mungkin tahun 1992.Walaupun ada diantara ahli keluarga yang tak ada dalam gambar-gambar di bawah( tidak dapat dipastikan kenapa) K.Long mungkin jadi jurugambar, K.Lili pulak tak tau pergi ke mana, mungkin potong kek kot....( tolong perjelaskan ) K.Long dah pun kahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata yang comel( dulu la masa kecik ) dan menetap di Kelantan.

Layannn......
Gambar ni mungkin abah baru balik dari sembahyang raya, manakala mak pulak baru bagi makan ayam( lebihan makanan semalam yang di letakkan dalam periuk )Tapi dapat dilihat muka abah yang masam, tak tau kenapa...
Gambar ni walaupun agak best tapi tak cukup ahli keluarga, seperti yang dikatakan di atas tolong bagi penjelasan. muka Pinny agak pelik seperti orang sedang makan benda masam sambil menahan kemasaman yang amat sangat. Imah pun kecik jer dengan memakai cekak. Ijal standard cuba menjengkekkan kaki untuk nampak lebih tinggi. Daud tersenyum comel menampakkan gigi hitam. Adik duduk di ribaan mak. Kelihatan jugak dua orang cucu Haji Amir yang julung-julung kalinyer( cucu kesayangan ler masa ni- comel tul )

Kedua-dua gambar ni di ambil kat tempat makan sekarang ni. Pinny setelah menahan kemasaman terus ketawa berdekah-dekah. Sepatutnya kedua-dua gambar ni semua diminta menunjukkan keceriaan ( ketawa )- Kalu tak silap masa ni abah marah.....Tolong perbetulkan..


Ni pulak Hari Raya kedua ni. Adik berdiri sambil bergaya memakai baju dan kasut raya berdekatan ADAN kayu bersama anak saudara, Furqan yang telah kehilangan baju raya ( macam muka Nabil tak??? )

GAmbar ni Ijal, Pinny, Daud, Imah dan Adik bersama 2 anak saudara kesayangan Ayman dan Furqan...Pinny seperti biasa menahan kemasaman yang amat terlampau...

Pinny, Daud, Adik bersaman Ayman...Pinny...maleh teman nak komen....Heyy....


Ni gambar tahun 1986 bersama Ijal dan Hamid Tuah di hadapan rumah berlatar belakangkan pokok bunga orkid mak....





Sabtu, 15 Ogos 2009

Lagi Gambar 2

Sedikit Advertisement!!! Tempahan Kueh Raya Yang dibuat oleh Kak Yah telah dibuka. Berikut adalah senarai harga:

Kueh Tart Nenas-RM34.00/100Biji

Kueh Bakar-RM24.00/100Biji

Biskut Jiwa Melayang, Biskut Mazola, Biskut Oat, Biskut Kelapa, Biskut Bijan-RM30.00/100Biji

Tolong Cepat Confirm dengan K.Ros ( SMS )!!!!!

Sorry tak sempat untuk tulis komen pada setiap gambar...Layann...













Khamis, 13 Ogos 2009

Lagik Gamdar



Atas permintaan Pinny, Daud & Imah, satu lagi post yang ada gambar diorang. Mintak mahap bebanyak kepada Imah dan Adik Faiez, sebab masa gambar ni diambil, dia pulak yang belum lahir ke dunia yang fana ini. Harap semua anak-anak Haji Amir terhibur dan terubat kerinduan terutamanya kepada Ibunda yang tercinta, Allahyarhamah Hatijah ariffin ( atau Teh Hatijah ).

Kalau tak silap gambar ni diambil pada tahun 1986( thanks K.Lili), masa tu K.Long baru balik dari America ( bercuti ). Sebab Aku pakai baju yang K.Long Bagi, baju Marquette University. Tak dapat dipastikan pulak gambar ni diambil pada hari raya atau tidak( tolong bagi komen ).

Yang paling kecik sekali masa ni ialah Daud dan yang paling gemuk sekali adalah aku...he..he..he.. Layanlah kembali kenangan sewaktu dahulu.......


K. Lili dan K. Ros berposing dengan radio yang K.Long baru bawak balik. Gaya K.Ros boleh dikatakan ok la, tapi gaya K. Lili macam over sikit. Sebab mata dia tengok ke lain ( macam gaya kontrol ), siap tangan mengampu pipi ( macam tak natural )..Jangan marah ha K.Lili....He...He...He...Kat belakang tu tuala gambar burung Pheonix, kalau nak tau dipegang oleh aku dan K. Linda ( kalau tak silap )kat hujung-hujung bucu, sebagai backdrop le konon-kononnya.....


Gambar yang diambil di ruang tamu. Jelas kelihatan gambar kaabah kat belakang( dulu ada dua -satu merah & satu biru ) Tak banyak yang boleh komen gambar ni kecuali Daud yang menangis tak mau tangkap gambar. Kelihatan juga langsir pintu berwarna hijau muda di pintu bilik.


Gambar ni yang paling Best sekali sebab boleh dikatakan semua orang tersenyum termasuk mak sekali ( jarang nak tengok gambar mak senyum ). Pinny boleh dikatakan comel jugak la ( memang adik-beradik kita kecik-kecik comel ) Tengok tangan baju K.Lili, singkat sebab nampak tangan dia lebih...( K.Lili lagik )

Gambar untuk post ni akan di update dari masa ke semasa.....


Isnin, 10 Ogos 2009

Keluarga Bahagia

Video klip ni dah lama dah, dibuat pada tahun 2007 kalau tak silap. Video klip ni di usahakan oleh Pinny untuk tugasan dekat maktab ( masa tu belum keluar maktab lagi ).

Dia menyiapkan klip ni kat rumah kak lily sebab tu Safwan digunakan sebagai pelakon tambahan dalam klip ni. Boleh dikatakan gambar semua ahli keluarga Haji Amir ada dalam klip ni walaupun tanpa kebenaran tuan yang empunya gambar. ( ni kalau saman best ni ) Yang paling mahaii sekali gambar Abang Usop , K Munah pon ada sekali....He..He..He...

Apa-apa pun klip ni best bangat( sebab gambo anak-anak aku pon ada ). Sila beri berapa bintang kepada kerjatangan Pinny ni......

Layannn........

video

Aku bagi enam setengah bintang daripada tujuh bintang.....

Khamis, 6 Ogos 2009

Kenangan Makan Pagi Dan Makan Tengahari

Lagik gambar lama, Kali ni mengimbau kembali waktu mak menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari untuk kita. Kalau tak silap lah gambar ni pun pada tahun 1985. Tak tau ada apa occasion, sebab family Arwah Pak Teh pon ada, Abang nan & Kak Non pun ada, Arwah tok pun ada.

SARAPAN PAGI

Pagi tu mak buat roti canai. Mak menggunakan talam bulat yang besar yang diletak di atas tong biskut. Roti canai kosong dicicah durian...lazzaaattttt......


Kak linda memerhatikan Arwah Pak Teh mengacah Kimi kalu tak silap. Di belakang Pak Teh tu TV merah, yang mana pada post yang lalu, dijadikan dram oleh Fildza ( Tv menggunakan kuasa bateri-masih belum ada electricity ). Nampak tak rambut abah masih hitam dan lebat lagi. Belakang TV tersidai seluar panjang kegemaran aku( berkotak-kotak )Di belakang K.Linda pula terletak rak kayu yang menempatkan baju-baju seluruh ahli keluarga.



Mak sedang melayan anak-anak saudara ( Mar, Shima, Shila dan kalu tak silap anak lang) sambil diperhatikan oleh Kak Nun.

Kak Lily dan Kak Ros tersenyum malu sambil menjamu selera, manakala K. Linda pula makan sampai terlena oleh kerana betapa sedapnya roti canai yang dibuat mak. Di belakang kelihatan mak sedang menyediakan roti canai lagi.
MAKAN TENGAHARI

Abah walaupun dah pencen dan berumur lima puluh lebih, masih kelihatan kurus, segak dengan rambut hitam lebat. Abah bertanya kepada Ijal " Nak tambah nasik lagi ke?". Abang Nan tanpa disuruh telah menambah nasik. Kak Nun cuba untuk mencedok kuah. Cuba perhatikan pinggan yang Ijal pakai, pinggan tin...sedeh... Aku macam biasa menumpukan perhatian kepada makanan.


Mak menyuakan nasik tambah kepada abah sambil dikerling tajam oleh arwah Tok. Kak Lily dan Kak Ros tak dapat makan lagi sebab tidak cukup tempat sambil membaca majalah URTV la masa tu sambil bergossip pasal artis. aku bermulut comot...hehehhe...
** Nak tanya sikit mana semua pinggan putih berbunga-bunga kat rumah kampung?? takkan semua dah pecah kot. Kalu makan pakai pinggan tu teringat jugak zaman dulu-dulu.

Bergambar Di sekitar Rumah ( Kg. Padang Serai )

Jom le kita melayan perasaan, merenung kembali saat-saat indah, menerobos ruang masa untuk kembali ke zaman dahulu. Meneliti setiap gerak-geri, senyum tawa, riak wajah dan persekitaran rumah kita yang dah banyak berbeza sekarang.

Apabila merenung gambar-gambar diwaktu dulu, terkenang kembali saat zaman kanak-kanak. Terasakan bagai baru semalam bergambar bersama keluarga. Tak terasa sudah 24 tahun waktu berlalu. Jelas terbayang kegembiraan di mata setiap ahli keluarga, walaupun aku tahu waktu itu kami sekeluarga dalam kekurangan.

Gambar ni diambil pada tahun 1985, waktu tu aku dalam darjah tiga. Kalau tak silap K.Long masa ni nak bersiap-siap untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika. Daud, Imah & Adik belum lahir ke dunia yang fana ini lagi. Ijal baru berusia empat tahun dan Pinny yang kecik sekali baru berusia dua tahun.

Alangkah indahnya kalu dikenangkan kembali....!!!!!!


K.Linda sentiasa tersenyum. Di sini dulu mak ada tanam pokok bunga melor. Berlatar-belakangkan pokok durian dan pokok rambutan tua yang besar dan rendang.

Ijal dan Pinny bermain pasir di belakang rumah, yang mana di tanam dengan pokok ubi kayu. Dulu keliling rumah dipenuhi dengan pokok ubi kayu. Di bahagian belakang pula terlihat pagar yang diperbuat daripada buluh, untuk mengelakkan Babi daripada merosakkan tanaman ubi kayu. Dulu sebelum tanah opah diteroka kat belakang tanah wakaf, kawasan rumah kita memang terdapat berbagai-bagai haiwan liar.....macam zoo pulak.

Aku dan Ijal duduk di atas batang pokok kelapa yang ditebang, kalau tak silap pokok tua ( di tebang oleh Pak Chan )Dulu aku ngan Ijal buleh dikatakan rapat jugak ( masa dia kecik la ). Dia la teman sepermainan.


Nun jauh di belakang sana kelihatan ampaian baju dan rumah kita. Maknanya gambar ni diambil sekitar bekas kandang angsa( sekarang)



K.Linda mendukung adik yang paling kecil sekali waktu tu, Pinny berlatar belakangkan pokok ubi kayu dan tanak perkuburan kat belakang rumah yang mana masih mempunyai pokok-pokok besar di kawasan kubur.


Bergambar di tepi reban ayam yang dibina oleh Pak Chan. Ijal memakai topi USM( kalau tak silap kak long yang punya )

Ijal menyanyi di atas pokok ubi gajah di tepi rumah. Pokok ni besar sampai boleh buat buai la.Berlatar belakangkan jalan raya dan rumah opah. Dulu mak tanam pokok ni rasanya untuk bagi teduh sikit sebab rumah kat tengah padang.

Lagi satu pokok ubi gajah tapi kat belakang rumah ( tempat air longkang ). Pokok ubi gajah ni pun besar jugak sampai ada satu masa tu aku buat rumah atas pokok tu, tak tau Ijal buleh ingat lagi ke tak.

Adiosss....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails