Bersongket emas tenunan tangan,
Untuk persalinan dipagi lebaran,
Berbaju kurung indah di mata,
Manis dan sopan bertudung kepala,
Jalan menunduk anak siapa,
Selamat hari raya kami ucapkan,
Pada semua handai dan taulan,
Kalau ada terkasar bahasa,
Berbuat gurau terlebih senda,
Ampun dan maaf jua yang kami pinta.
Embun menitis di pagi hari,
Fajar menyinsing di ufuk kali,
Beduk dipalu memecah sunyi,
Takbir bergema sayu dihati,
Tanda menjelangnya si Aidilfitri,
Andai ada sekelumit benci,
Mungkin ada terasa hati,
Salah dan silap apatah lagi,
Kami menghulur sepuluh jari,
Hanya kemaafan yang kami ingini.
***Hari ni last aku update blog, seminggu lebih beraya di kampung. InsyaAllah berjumpa lagi selepas raya nanti...Yang nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asalkan selamat..!!
12 ulasan:
Selamat hari raya..semoga lebaran kali ini membawa 1000 keberkatan buat awak skeluarga..
selamat hari raya aidilfitri jgak utk keluarga Anak Haji Amir :)
salam lebaran...
berhati2 bila drive nnt okeh...
selamat hari raya...kita jumpa di kmpg nnt..!!!
selamat hari raya!
selamat hari raya bro
Selamat hari raya...terima kasih kerana sudi lawat blog saya yang tak seberapa..
slmt hari raya.. jumpa lps raya nti. hehe
Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat Fadzli sekeluarga...
selamat hari raya Fadzli..maaf zahir batin dr sy
salam aidilfitri...ape citer raya tahun ni?
tahun depan harap saya tak lagi beraya sebagai orang bujang..hikhik...
http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/ce-citerr.html
Selamat Beraya!
*ohsem punya header.. (>.<)
Catat Ulasan