Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 6 Ogos 2012

Persiapan Iftar di kampung

Hari sabtu lepas semua anak-anak Haji Amir berkumpul di kampung, kecuali Kak Long ( Pahang ), Pinny ( Serawak ) dan Kak Ros (Ipoh )... Aku sampai pun agak lambat, lebih kurang pukul lima, manakala Ijal, Daud, Imah dan Adik dah sampai lebih awal. Diorang yang sampai dah pun sembelih ayam abah, lima ekor. Menu hari ni ialah, ikan pari bakar ala sate kajang beserta air asam pergghh, kerang bakar percik spesel, ayam kampung kacuk ayam gajah masak kicap belanga kenduri, roti jala bancuh secukup rasa beserta kari ayam kampung maveles dan sayur kacang boncis goreng ala masterchef selebriti...Manakala air pulak telah di tender oleh Daud, air rebina, air tembikai dan air teh o panas... Ini baru yang masak sendiri, yang beli pulak, Laksa mi ( memang best ), badak berendam, lepat pisang yang aku beli masa singgah di Sungai Kerang. Kak Lili pulak bawak balik segala nasik beriani dan ayam( ada lagi ntah tak ingat la pulak ) Kak Linda bawak balik buah-buahan ( yang mana tembikai Daud blend jadi jus )...Sorry kalau termiss, banyak sangat tak teringat...

Sementara yang perempuan sibuk-sibuk di dapur, yang lelaki uruskan kerang dan ikan pari bakar...
Daud, menyediakan tempat pembakar..

Daud dan anak-anak sedara yang menyibuk nak main api...

Ijal yang menyediakan sos panggang...

Ikan pari yang akan di bakar

Adik Faiez ditugaskan membakar ikan pari...

Ijal tengah letak sos atas kerang...

Mula-mula bakar kat bawah....

Lepas tu pindah ke atas pulak, lebih senang nak balik-balikkan...

Naufal pun tolong kipas api gak...

Nabil, tetap cergas walaupun berpuasa...

Uqaiel, best la dapat main pasir...

Ijal dan Aisy...relek jap...

Pari yang siap dibakar...

Kerang pun dah siap..

Awal lagi semua dah siap..ambik gambar dulu walaupun tak buat kerja...hehehe



***Rugi la sapa-sapa yang tak balik, bersambung entry masa berbuka...

10 ulasan:

Anum berkata...

seronoknya

Unknown berkata...

harini nk p berbuka kt kg kedah..member nk blanja :)

p.i.n.n.y berkata...

jelessss.......

Cikli berkata...

Macam mana nak join. Boleh jadi anak angkat Hj Amir ke kami sekeluarga.

qasehraihan berkata...

meriah tuuuu..hehe

kak long berkata...

sampai hati hang pa....

Amir faiez berkata...

rugi ooo sapa xbalek..

JunAina berkata...

Bestnya dapat berbuka ramai2...lagi best bila dpat main mask2 cam gitu.

The ShomeL TwinZ berkata...

bestnye,keluarga besar mmg seronok kan...same laa mcm kat kmpg tu, klu semua blik mmg meriah sngat...hihi

Unknown berkata...

syiook giler wehhh!!! ekekeke :P

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails