Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 13 Ogos 2012

Masjid Lama Kampung Padang Serai

Hari ni aku nak cerita sikit pasal masjid kat kampung aku.Sayang sekali setelah masjid baru siap dibina, masjid ni dah tak terurus dan akhirnya dirobohkan. Aku tak pasti angkara siapa, sebab aku pun dah bermastautin di Penang dan hanya balik sekali-sekala.

Dari sudut nostalgianya memang banyak kenangan aku kat sini. Kat sini la aku dengan kawan-kawan ( diantaranya Ali, Jamil, Ishak ) mengaji di kelas agama dengan ustazah Rokiah. Kat sini la jugak aku melangut dengar orang-orang tua bersembang kat balai lintang masa tunggu waktu isyak. Kat sini jugak aku jadi anak murid Ustaz Azhari tiap malam Isnin. Kat sini la aku belajar azan sehingga mendapat Juara pertandingan azan di Pantai Remis. Tempat aku lepak-lepak masa bulan puasa sambil baring-baring dan basuh muka dalam kolah. Masa berteraweh, member-member yang lain main polis & thief kat luar...Bermacam lagi la yang mungkin tak dapat aku luahkan kat sini...

Daripada sudut warisan pula, cerita orang-orang tua yang aku dengar, binaan asas Masjid ni dahulunya adalah masjid di Pekan Lumut dan apabila Lumut mendapat masjid baru masjid ini dipindahkan ke Pantai Remis dan seterusnya ke kampung aku. Oleh kerana binaannya daripada kayu dan teknologi orang melayu dulu yang membuat bangunan tanpa menggunakan paku, hanya main sambung-sambung macam LEGO, membolehkan ianya dipindah-pindah. Tak dapat aku pastikan pula tahun bila. Semasa aku mula berpindah ke sini pada tahun 1982, keadaan masjid ni masih elok cuma jarang diimarahkan. Masa aku pindah tu elektrik masih belum ada, jadi dia ada generator ( enjin ) yang perlu dihidupkan, kalu enjin rosak pakai pelita minyak tanah.Terletak bersebelahan dengan kedai Pak Lang Din di simpang jalan dan ditepinya ada sebatang pokok Janggus. ( dengarnya dulu dari Arwah Wak Mahbol, yang tanahnya diwakafkan oleh Tok Wan aku, Haji Taib )..


Dan dari sudut arkitekture pulak, bangunan ini mempunyai rekabentuk atap tumpang,yang mana bumbungnya berlapis untuk aliran pengudaraan yang lebih sejuk. Inyanya ditambah dengan lubang ukiran diatas setiap pintu dan dinding. Kalau tak silap ianya dibina menggunakan kayu Cengal Batu... Sayang masjid ni...


Pandangan dari sisi

Pandangan dari sisi, tempat wanita...

Pandangan dari depan pintu masuk utama, dulu ada bumbung untuk letak motor..aku selalu lepak kat tangga tu...

Dulu kat sini ada tempat makan dan tempat simpan barang-barang ( pinggan mangkuk ). Kat sini gak tempat aku mengaji dulu-dulu...


Terbiar setelah masjid baru siap...

Kat kolah ni dulu ada bumbung...Aku pernah jatuh dalam kolah ni..hehehe

Ada satu masa ada ikan kaloi besar dalam ni...

Ni dari depan mihrab...betul-betul depan kubur..

Masjid tertua di rantau ini, Masjid Kampung Laut di Kelantan ( Bumbungnya juga sama, bumbung tumpang )


***Terima kasih kat Adik Faiez, dia yang tolong ambik gambar ni, sebelum masjid ini roboh, tu pun masa tahun 2006...Aku sayang masjid ni...!!!

***Kampung Padang Serai ni di kawasan Beruas dan Daerah Manjung, Perak bukan Padang Serai Kedah...

11 ulasan:

Hans Hanis berkata...

owh
padang serai perak rupanya
:-)

khaifaiz berkata...

Owh perak rupenye..

Sygnya, boleh jd warisan tu.. Tp nak buat cm ne..

Shila berkata...

cantik masjidnya..

tgk gmbr ni mesti terimbau semua memori kan..

Niza Romli berkata...

Ingat Kg Pdg Serai, Kedah...Kg mak saya tu :)

eynda berkata...

Sayangnyer dirobohkan... nostalgia betul masjid tu...

JunAina berkata...

Masjid ini kalau dijaga mesti cantik, sayang warisan sejarah senibina diroboh begitu sahaja. Tak berapa pun binaan tanpa paku yang ada di Malaysia sekarang.

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain2...

The ShomeL TwinZ berkata...

indahnya masjid tu, ku terpesona disitu... :)p

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

teringat dulu mengaji kat sini ngan Ustaz Are,ustazah fiza dan mak tam ...masjid ni memang nostalgia :) ...

Amir faiez berkata...

hui...adik ka tgkap gmbaq???lupa dah.....hui ad mng azan..ptutla sora sedap..

Rosidah Binti Muhamad berkata...

thanks follow..
mati2 ingat padang serai kedah..
slam ramadhan..

Unknown berkata...

Nostalgia jugak tgk gambar masjid ni, ingat moreh, main gendang, polis sentri & tgk pemuda2 main mercun masa zaman kanak2 dulu2..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails