Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 9 Ogos 2012

Main Bunga Api

Masa balik kampung minggu lepas, Abang Yus ada beli bunga api untuk anak-anak dia main, dua kotak. Jadi berebut-rebut la anak-anak sedara yang lain nak main. Memula diorang mintak nak main masa lepas bukak puasa, tapi telah dilarang dan disuruh diorang main selepas teraweh.

Aku mula-mulanya memang tak berminat nak tengok, tapi memandangkan Uqaiel pun nak main sama, jadi kena la tengok-tengokkan. ( rasanya ni first time Uqaiel main sendiri bunga api ). Malam tu Basyirah, Imran, Naufal, Nabil, Uqaiel, Irfan dan Iman pun main... Tapi Iman macam tak berapa reti, sebab dua-tiga kali gak dia nak pegang bahagian bunga api...


Uqaiel, tak berapa reti nak pegang bunga api...



Imran, dah expert...

Naufal lagi la..siap belari-lari lagi...


Ni Basyirah....anak tuan empunya bunga api...hehehe


*** Aku tengok bunga api ni makin teruk kualiti dia, dah la tempat pemegang tu lembut, sekejap je dah lembik...Pastu api dia pun kurang, baru nak ambil gambar dah habis apinya...

10 ulasan:

Fakhruddin berkata...

haha..meriah giler
suka bebeno main bunga api..

Mie berkata...

Bunga api yg pemegangnya besi jugak yang best...

Anum berkata...

meriahnya

khairul berkata...

thn ni x beli lagi bunga api

JunAina berkata...

Zaman akak dulu bunga api yang jenis pemegang besi tu, bila main tak pakai kasut masak le kaki bila terpijak.

wahida berkata...

aku tak bagi sgt anak2 aku main bunga api ni, sbb asap dia byk sgt...anak2 aku tu dah la ada lelah...huhu...

Hans berkata...

tunggu nak curi bunga api dari anak buah
hahahahaha

oranglidi berkata...

wah. terasa nak beli bunga api jugak tengok bebudak ni maen. hahaha.

Murni Alfathunnisa berkata...

tengok pic kat entry ni teringat zaman kita kecik dulu kan...suka bunga api yang pemegang besi tu...dia punya corak api tu cantik..terpercik-percik....yang jenis tu pun ada bahaya jugak..pemegang dia cepat panas...

tigerNbill berkata...

Huhu,ingat nak belikan untuk anak2 buah nantilah

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails