Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 3 Ogos 2012

Anak-anak Saudara

Semasa hari raya dua tahun sudah, ingat lagi di pagi raya Ayman ( anak saudara yang paling sulong ) semasa bersalaman dia cakap nak peluk aku. Aku dengan sombongnya cakap,

" Geli la dah tua-tua ni nak peluk."..
Dia membalas balik, katanya " Sebab sayang Pak Njang..."....

Memang aku dan adik beradik selalu mengusik atau dalam erti kata lain 'membuli' anak-anak saudara. Aku akan mengutuk, menyindir secara berdepan. Bila dah besar sikit dan boleh dibuat lawak, mula la dijadikan bahan atau modal bila diorang balik ke kampung.

Berbalik pada apa yang Ayman kata kat atas tadi, siapa yang tak sayang diorang. Aku malah adik-beradik aku yang lelaki ( yang kuat mengusik ) memang sayang kat semua anak-anak saudara. Mana taknya, diorang membesar depan mata aku, sementelah pulak masa diorang membesar tu aku masih belum kawin dan tak ada anak. Sungguh..! Walaupun aku pernah marah dan menengking ( kalau tak silap, Dalilah dan Safwan masa kecik ), tapi memang aku sayang semuanya!...

Aku pernah menumpang di rumah mak-mak diorang, Kak Long, Kak Lili, Kak Ros dan Kak Linda yang mana kenangan dengan diorang menambahkan lagi rasa sayang...

Aku masih ingat lagi macamana dukung diorang masa diorang kecik, dan sekarang dah sama tinggi dengan aku...Cuma anak-anak sedara yang baru-baru ni je kurang dukung sebab aku dah ada anak dah..Aku memang sayang diorang tapi tak tunjuk la, hilang la macho kalu tunjuk...hehehehe...

Basyirah dan Aina...

Imran, Izzat dan Acik...

Ayman dan Furqan...

Irfan, Safwan dan Ihsan...

Dalilah dan Tasnemm ( blog dia )

Iman...( gambar adik dia takdak, sorry Ijal )

Along..

Pija..

Angah...

Pak Sedara dan Izzat...Salam berisi tuuu...

Yang penting nanti kalau berjumpa memang korang akan kena sakat/ usik...Itu dah semestinya dan itulah caranya aku /kami menunjukkan kasih sayang..!!!

***Idea entry ni diambil dari Cik Pha....

17 ulasan:

dear anies berkata...

tu nama sakat2 sayng, buli2 manja..

Shila berkata...

betui ka syg..??

duit raya lebih sikit pak njang..!!

Dr K berkata...

usik/sakat tu yg makin eratkan hubungan...:)

wahida berkata...

kesian budak2 tu nak peluk hang tak nak...ekekek...

patah_81@yahoo.com berkata...

Huhuhu. Thun ni tmbh sorng lg ya pak njang. Hehehhe. Anak sdare iman aisy wlaupn tkde dlm gmbq tp ttp nk duit rya. Hahahah

cik pha berkata...

kim salam kat anak sedara ko erk,cakap ada gadis melayu awal dan akhir y cun melepak kim salam hihihihi

My Life My World berkata...

Assalamualaikum, terima kasih singgah rumah akak walau tak ber'kemaskini'. Memang sibuk sangat sekarang ni, macam tak cukup tangan. Tapi herannyer boleh lagi menyinggah blog orang. hehehe.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk adik dan keluarga :)

khaifaiz berkata...

Gurau senda tu la yg jd kenangan... Btl x pak anjang...

Fakhruddin berkata...

wah..happy family satu persatu ader...
cun2 semuanya..hehe

miss daya berkata...

haha 1 happy big family.. :) samala kite.. buli2 sayang gitu.. hihi ;p

qasehraihan berkata...

ramainya ank sdara dia..hehe
kita dh folo dia..

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/nanti-rakyat-malaysia-boleh-makan-ais.html

Murni Alfathunnisa berkata...

apesal kalau nama pak sedara je mesti suka sakat anak2 sedara..melawak kaso lak tu..hehehe...suka lah tengok family beso camni..meriah je..

Unknown berkata...

sekali sekala peluk p la hehe

Azian Elias berkata...

anak sedara yg besar2 dah boleh jadi kawan dah kan..

Cikli berkata...

Anak saudara macam anak sendiri, time salah perlu tegur. Cuma tak boleh jentik.

The ShomeL TwinZ berkata...

best anak sedara dah besar2..riuh suasana raye kan... :)

Amir faiez berkata...

hahaha...soryla ank2 sdara ku suma...guraw skit pon xboley..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails