Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 5 September 2012

Cerita Hari Raya-Beraya di Bagan Datoh

Pada hari raya kedua, memang sakan kami berjalan menziarahi sanak saudara...Memang abah bercadang untuk pergi beraya di rumah anak saudaranya di Bagan Datoh. Pukul lapan lebih dia dah bising-bising tanya semua orang nak pergi ke tidak...Memang dah tau perangai abah, kalau nak pergi kena bersiap awal-awal...

Pukul sepuluh lebih jugak la kitaorang bertolak dari rumah. Jalan memang jem selepas ada satu jambatan tu. Selepas drive 2 jam lebih kami pun sampai ke destinasi...

Bila sampai, terus ke rumah Kak Rosminah..Kami dilayan dengan best..! Semua makanan sedap-sedap, sementelah pula kami sampai time makan tengahari...Ketupat beras, rendang, sambal tumis sotong, tomyam dan buah-buahan....

Semua makan dengan tekun, setelah penat memandu...

Huloq jangan tak huloq...


Selepas seketika, kami terus ke rumah Abang Jamari ( yang berdekatan rumahnya ) Macam biasa kami disambut dengan meriah dan ramah mesra dari abang Jamari, Isteri dan anak-anak. Ingat lagi dulu, masa kecik-kecik kalau Abang Jamari, Arwah Abang Sujak datang ke rumah, diorang akan carik kami sampai ke dapur, katanya mesti kiena kenal dengan adik-beradik ( kami kecik-kecik memang pemalu, kalau ada orang datang memang tak keluar )

Kat sini pun kami dijamu dengan pelbagai hidangan lazat, pecal, nasi impit, soto dan biskut-biskut raya.

Acara makan-makan sampai tak ingat dunia, asyik ingat akhirat je...hehehehe




Haji Amir dan anak saudara, Abang Jamari..

Along, terperanjat kot, tengok makanan lazat-lazat...

Orang perempuan ala-ala Mak Datin low profile ( sebab duduk bawah )

Angah dan Furqan...

Bersembang sakan, setelah setahun tak jumpa..( kami hanya mampu dengar dan senyum kerana tak faham bahasa JAWA- rugi pulak rasa )

***Memang terima kasih yang tak terhingga pada saudara di Bagan Datoh di atas layanan yang memang first class..!!! Hilang semua penat lelah memandu selama dua jam lebih...InsyaAllah kita akan berjumpa lagi ditahun depan..InsyaAllahh...!!!

10 ulasan:

p.i.n.n.y berkata...

mmg best pg beraya kt bagan datoh..berbaloi2..

Unknown berkata...

skali skala berkumpul camni kan best..

aku x p PISA tu..meluat !!

Murni Alfathunnisa berkata...

bagus la makan tak ingat dunia tapi ingat akhirat je...hehe...

meriah raya hangpa nooo...jeles aih..kami beraya tak puas..cuti sat sangat...huhu

MOH KEMBARA berkata...

Assalamualaikum Yob,
Ohh ada ketupat dan rendang, I like. Meriah sungguh ramai adik-beradik. Rumah akak ramai berkunjung sbb Mak akak ni Grand Old Lady, jadi akak tak berpeluang beraya sakan!

pB berkata...

jauh nya ber-raya

JunAina berkata...

Masa rayalah nak mengeratkan silaturrahim yg sedia ada. Kadang2 jarak dan masa merenggangkan kita.

khaifaiz berkata...

best jauh2 pergi ni... kalu tak buat cm tu memang akan terputus la ikatan persaudaraan tu

Amir faiez berkata...

syok2..teringat pecal hritu...

Mie berkata...

Ayah Fadzli boleh ngomong Jowo ke...

Fadzli Amir berkata...

Mie- Mestilah buleh, orang Jawa...kami ni yg tak buleh...hehehe

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails