Member Kamcing Anak Haji Amir

Ahad, 9 September 2012

Kereta Control Bebudak

Sebagai hadiah puasa penuh, aku hadiahkan Naufal dan Nabil kereta kawalan jauh ( control ). Tapi kena beli tiga, untuk Uqaiel jugak.Mungkin terpengaruh dengan filem Drift ataupun terpengaruh dengan adegan drift yang diorang tengok di Car Autoshow, Nabil yang nak buat drift menggunakan kereta control telah main dalam bilik mandi. Mungkin dengan adanya air atas lantai bilik mandi, dia fikir akan berjaya buat aksi drift, sebab licin. 

Hahahah...sekali memang tak jadi aksi drift tu sebab Uqaiel dah rendam kereta dia dan kereta Nabil sekali dalam air...Jadi kedua-dua kereta control tak boleh bergerak sebab enjin dia basah... Jadi abah jugak kena repair...
Kena bukak semua skru dulu...

Alat yang diperlukan....Hair dryer Ummi...

Bila dah terbukak, operasi pengeringan pun bermula...



Test tengok, buleh gerak tak...kalu buleh...

Akhirnya, ketiga-tiga boleh beraksi semula....


***Kuat makan bateri kereta ni...main sat je dah habis bateri....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fuh~teringat zaman bebudak dlu.... tp mmg cpt habis bateri... kene guna yg recahrgable...itu pon power die x kuat sgt... kalo guna energizer mmg terbaek, tp skjap je la ley guna...huhuhu

Cik Rimau berkata...

heheh.. mujur boleh repair... klu x rugi la... :p

Cikli berkata...

Pandai jugak abah uqail repair. kira pass la.

Maria Menado~ berkata...

awesome header. keluarga bahagia. :) bestnya kalau ada gambar macam tu.. nak berkumpul sekaligus pon susah.

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails