Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 7 September 2012

Bila Hujan Turun

Gambar ihsan google...
"Dua tiga hari ni cuaca buruk je, tiap-tiap hari hujan " Kata budak offis aku. Soalnya, kenapa bila kerap hujan dikatakan cuaca buruk? Selalu di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan.

" Bau hapak la baju sebab tak kering kalau asyik hujan je.."
" Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni.."
" Payah nak buat apa-apa kalau hujan.."


Tapi lebih baik segala kata-kata tadi digantikan dengan doa : "Allahumma soi*yiban nafi'a**" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


* ( dibaca dengan huruf Sod )
** ( dibaca dengan huruf Ain )


Sebenarnya hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
4. Menurunkan suhu yang panas menjadi sejuk..

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka.

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. 

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka  dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita. Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. 

***Diedit dari emel yang dihantar kepada aku, semoga menjadi iktibar buat diri aku sendiri...

6 ulasan:

Maria Menado~ berkata...

betul. kalau hujan turun di utp ni kami sangat bersyukur sebab utp sgt panas sepanjang tahun, mungkin sebab bekas tanah lombong. udaranya kering.

Anum berkata...

hujan rahmat

Dr K berkata...

Sangat betul tu bro! Kita seolah olah membenci rahmat yg Allah kurniakan

Murni Alfathunnisa berkata...

Entry yang sangat bagus! tq..:-)
buat peringatan bersama...

pB berkata...

selalu terlupa untuk berdoa semasa hujan mula-mula turun ....

Tanpa Nama berkata...

btul3... hjn tu pntg...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails