Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 12 September 2012

Aku Budak Kampung-Episod "Mengecas Bateri"

Masa tu di kampung masih belum ada bekalan elektrik, jadi kebanyakan rumah menggunakan pelita minyak tanah. Namun begitu kami kadang-kadang menggunakan lampu gasolin atau pelita karbait disamping lampu kalimantang menggunakan bateri kereta. Bateri ni juga digunakan untuk menonton Televisyen ( TV ).

Dalam lebih kurang satu bulan, bateri ni kena pergi 'cas' kat satu rumah India kat Matang Acheh. Selalunya memang abah yang akan bawak bateri tu untuk di 'cas'. Macamana satu hari tu kami bergaduh dengan abah yang menyebabkan dia tak mau pergi 'cas' bateri tu sedangkan hari sabtu dah nak sampai.( hari sabtu masa tu paling best la sebab malam ada rancangan Hiburan minggu Ini HMI dan ada Movie, sementelah pula tak sekolah, jadi memang enjoy la waktu tu-masa tu mana ada I-tab segala bagai, hanya TV dan radio lah sumber hiburan ) Jadi aku dan Kak Linda beriya-iya nak bawak bateri tu untuk di 'cas'. Sedangkan bateri tu dah le berat dan nak kena bawak basikal tua abah sejauh lebih kurang 5 km ( kalau tak silap ), memang menyeksakan..!! Tapi sebab nak tengok TV punya pasal, sanggup tu...

Bila dah hantar, kena tinggal satu malam untuk di 'cas'. Keesokan harinya kami berdua ( rasanya Ijal -5 tahun pun pergi sama )pun pergi la ambil balik bateri yang telah di 'cas'. Bateri ni selepas cas menjadi lebih berat. Ada lagi satu masalah, kat tempat tu dia ada bela anjing dan angsa. Anjing tu memang dia kurung la, tapi angsa memang dia lepas. Tu yang menjadi masalah..!..Masa aku nak mula kayuh basikal tua abah, angsa-angsa tu pun datang menyudu.! Punya la takut masa tu, sampai terangkat la basikal ( sebab bateri berat )..

Walaubagaimanapun, selamat sampai di rumah dan boleh tengok TV..!


*** Memori terindah...budak-budak sekarang mana pernah lalui...

14 ulasan:

Amir faiez berkata...

haha..yg bju kuning tu k.inda kn...???

Shila berkata...

wahahaha...

skrg kalo nk tgk tv kene mcm tu lg, mcm mana lah nk cas smartphone tu semua tu kan..


cntik lukisan..!

Dr K berkata...

memori klasik ni bro! nice sketching !

saya tak lalui semua ni..sebab kat rumah mak ayah mmg ada letrik...

bateri tu macam bateri kereta ke?

Anum berkata...

sweet memory

Maria Menado~ berkata...

yeke.. ow.. baru tahu guna bateri macam tu.. pengalaman2..

p.i.n.n.y berkata...

Hahaha...HMI punya pasal...rasanya pini pn ada jgk ikt abah pg cas bateri ms kecik2..kalau la skrg pn mcm tu,x tau la...

imah berkata...

Hahaha..angsa pun takut ka??..nasib baik x jatuh ke apa,kl x xtgk la hmi jwbnye..

Cikli berkata...

Hang layak jadi jutawan dgn lukisan begitu

Sky b4 Pinky berkata...

cantiklah lukisan..hehe..tergelak pun ada baca pengalaman anda..hehe.. kiterang tader da tau2 dah ada on suis...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

kreatif btol lukisan tu ......memang menarik ....boleh jual buat komik :)

ieja amieja berkata...

kenangan mmg memori terindah..zmn akk dulu kg dah ada karen, so x de pengalaman mcm ni..tp pengalaman guna gasolin. myk tanah bagai tu akk pernah lalui..

Tauke Budu berkata...

salam..lama tak singgah sini...wah kagum dengan lukisan tu..lukis sendiri? mantop..
tak sempat nak merasa hidup zaman tak de letrik..lahir2 je dah cerah dgn lampu eletrik..

My Life My World berkata...

Best mengingatkan memori lama kan. Rasa nak pusing balik masa itu.

Unknown berkata...

Best ho..ingat balik cerita2 lama...main guli...mandi laut kat batu uban...sebelum depa kambus laut buat rumah...main layang2 kat atas bukit..lani dah jadi h/way..nostalgia sungguh..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails