Semalam, ambik cuti sebab nak kena pergi ke sekolah Naufal dan Nabil untuk menandatangani keputusan peperiksaan yang baru lepas. Disamping bertanyakan prestasi pelajaran diorang.
Masa sampai ke kelas Naufal pukul 11 lebih, dia nampak seronok sebab boleh balik terus lepas tu. Bila jumpa cikgu kelas dia, Cikgu tunjukkan keputusan peperiksaan, banyak gak subjek. Semuanya B, kecuali Pendidikan Islam dan Sains dapat A manakala Matematik dapat C..Dia ni kena lebihkan lagi latihan matematik ni. Lupa pulak nak tanya kedudukan dia dalam kelas. Periksa kali ni tak menyebabkan dia turun atau naik kelas, tunggu akhir tahun baru ada. Cikgu dia tak cakap banyak sebab hanya mengajar dia matapelajaran Sains saja.
Lepas tu pergi pulak kelas Pra sekolah Nabil. Diorang tengah tengok cerita kartun kat TV. Bila sampai turn kami, Cikgu dia tunjukkan keputusan dia pulak, semua ditahap 3, cuma satu je tahap 2 iaitu bahasa inggeris ( semuanya sampai tahap 6, oleh kerana baru setengah tahun, jadi cikgu kira tahap yang ke tiga saja ) Nabil dapat komen positif dari cikgu, yang katanya Nabil pandai ambil hati semua orang dan semua orang suka nak kawan dengan dia. Dia jugak dapat menguasai semua pelajaran. Cuma kata cikgu dia yang tak tahan tu, dia terlalu banyak bercakap sampai cikgu tak larat nak dengar. Sampai cikgu dia tanya, cuti sekolah yang lepas ada bawak diorang melawat Zoo ke.. Sebab kata dia, dah lebih 2 minggu ( selepas cuti ) Nabil tak habis-habis lagi cerita pasal dia pergi zoo.
Akhir sekali kata cikgu tu yang diorang berdua ada potensi untuk berjaya masa darjah enam nanti ( katanya ada ustazah yang mengajar Naufal pun kata Naufal ok )
Nabil dan Naufal di depan sekolah...
Makan kat kantin..
( gambar ni masa hari pertama bersekolah )
6 ulasan:
Comel nyer Naufal dan Nabil. Macam anak cina pun ada gak. Nampak ceria jer muka dia orang bila abah datang sekolah.
p/s : tak ada ker cikgu tanya, ni abang ke abah? Hehehe ..
Nabil dgn naufal bljr rajin2..nnt dh bsr bleh jd cikgu mcm mak ude..hehe
Boleh cuba lg tu....
cerita g zoo ada byk episod.. sbb tu nabil cerita x henti2 hehehehe comel je..
salam,
tembam2
KLIK berjaya berdikari walaupun berkerusi roda
semoga mereka membesar jadi anak yg soleh..=)
Catat Ulasan