Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 21 Jun 2012

Sukaneka II, Keluarga Haji Amir

Assalamualaikum semua.....
Kepada seluruh ahli keluarga Haji Amir dan semua pengunjung dan sahabat, maaf dipinta kerana membiarkan blog ni sepi tanpa sebarang cerita setelah sekian lamanya. Dua bulan lebih tak menjenguk ke sini dan tak menjenguk blog kawan-kawan. 

Kali ni aku kembali semula dengan cerita kemeriahan dan ke'happening'an keluarga aku. Pada cuti ekolah yang lepas, kami telah membuat acara sukaneka yang kedua kalinya ( yang pertama pada tahun lepas,linklink, link ). Kami sekeluarga berkumpul ( kecuali Imah yang tak dapat cuti dan Ijal yang sampai agak lewat ) 
Acara kali ini berlangsung selepas semua orang-orang lelaki balik dari sembahyang asar di masjid. Setelah semua berkumpul, ucapan aluan pembuka tirai oleh Kak Long sambil dirasmikan oleh Haji Amir, maka sukaneka II pun dimulakan oleh pihak penganjur ( Kak Linda, Kak Ros dan Pinny ) Diantara acara yang dipertandingkan ialah, mengisi air dalam botol ( kanak-kanak dan remaja ), meniup belon ( bujang ), menyuap makanan ( suami-isteri ) baling belon air ( suami-isteri ), music chair ( bujang ).

Jom layan...

Hadiah yang disediakan..lumayannn...!!

Hadiah dibungkus pada malam sebelumnya...

Kak Long memulakan upacara dengan ucapan pembukaan...


Ni persediaan nak buat pertandingan menyuap makanan...

Uqaiel dan belon....meriah dengan banyak belon..

Mak bapak memberi penerangan kepada kanak-kanak...
Uqaiel main air...

Acara dimulakan..




Acara isi air remaja...


<>
<>

Bergambar setelah selesai...Orang lelaki...


Daud dan Pinny....

Bila dah selesai, upacara pemberian hadiah pulak...

Irfan pun dapat hadiah...

Adik dengan hadiahnya...

Naufal....

Juara acara isteri menyuap suami makan sambil menutup mata...

Abah menerima cenderahati dari pihak penaja...

Bergambar dengan hadiah masing-masing..

Naufal dan Nabil bersama hadiah...

Setelah selesai semuanya, gambar kenangan diabadikan...



Uqaiel, menyuruh angsa abah balik ke reban....
***Terma kasih pada semua ahli keluarga yang menjayakan sukaneka kali ni terutama Kak Linda, Kak Ros dan Pinny. Gambar yang ada agak kurang jadi maaf dipinta...

11 ulasan:

KhaiRin : anies berkata...

wah meriah gitew..apa hadiah terbesarnya? dpt g umrah ke? ;-)

Anum berkata...

wah seronoknya
besar family kan

Cikli berkata...

memang happening.
ambo pun nak buat jugak la.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

happening sungguh :) tak la sunyi Pak Cik Amir ade ramai anak cucu cenggini ...

Mie berkata...

Wah bestnya... buat kat kawasan rumah je...

Amir faiez berkata...

nex year kte wat lg...lbih bnyak acara n lbih meriah...ok...

ummiarissa berkata...

kalau sepakat semuanya jadi...nak buat camne,kalau ada family yang tak suka join benda-benda macam ni...seronok tengok keluarga ni..memang happening!

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob,
waahhh lama tak bersiaran!
Sihat Ayah lagi nampak?
Kena tunggu dkt raya atau cuti panjang baru semau dpt balik. Sonok berkumpul adaik-beradi dan anak buah ya.
Ohhh banyak angsa...buat apa, selain jaga rumah?

imah berkata...

rsa sedih pun ada gak tgk gmbr ni...imah xdak...hehehe

Mama Durrany berkata...

seronok betul ada keluarga yang besar

Nazz@Purple berkata...

seronoknya..naz nak buat mcm ni jgk la nanti..tp mase kenduri sebab mase tu je selalunya keluarga akan berkumpul..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails