Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 30 Jun 2011

Kereta Baru Pinny

Pinny yang baru beli kereta Suzuki Swift, tapi hanya sempat bawak sekejap je sebab dah kena balik ke Serawak balik. Sementara tu Daud sekarang yang menggunakan kereta baru tu, telah bawak balik ke kampung.


Kelihatan Abah, Daud dan Adik bergambar bersama kereta baru pinny berlatar belakangkan bulan penuh Rejab...
*** Cantik gak swift ni...bila la nak dapat menerai...hehehe

Selasa, 28 Jun 2011

Dah berumur 2 tahun..!!!

Salam semua...Kesibukan melanda lagi nampaknya, mengalahkan Pak-Pak menteri lagaknya. Sampai terlupa tentang ulang tahun yang kedua blog Anak Haji Amir ni yang jatuh pada hari sabtu lepas. Sedar tak sedar blog ni dah pun berusia dua tahun ( masih muda trang tang tang..)


Terima kasih semua yang memberikan sokongan pada blog yang tak seberapa ni. Cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik....!!!

Jumaat, 24 Jun 2011

Renungan



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

-Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.


-45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

-Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
memasukinya.


***Sama-sam kita renungkan...

Khamis, 23 Jun 2011

Kebuntuan Melanda..




Menjenguk blog rakan-rakan, terhibur dengan celoteh diorang yang agaknya umpama blok minyak di negeri Kelantan, yang mana tak pernah kering-kering dengan minyak. Begitulah diorang, tak pernah kering-kering dengan idea untuk menulis. Terkadang terasa cemburu juga mengenangkan dari mana diorang mendapatkan idea untuk menulis. Bukan saja panjang,hebat, padat dan bermesej.

Sedangkan aku, bagaikan pantai Batu Feringghi selepas dilanda tsunami, tiada apa-apa. Yang ada hanya longgokan sampah sarap...Huhh...Teringin jugak untuk menjadi macam rakan-rakan blogger yang melontarkan idea dan sindiran, pantas melalui blog....Tapi aku tak mampu...Mungkin buat masa ini...

***Mungkin aku bukan dilahirkan untuk menulis, tapi melukis...Tapi masalahnya, melukis pun tak ke mana.....Aku akui..

Rabu, 22 Jun 2011

Selasa, 21 Jun 2011

Gunting Rambut

Bawak Naufal dan Nabil pergi gunting rambut di kedai mamak ( sebenarnya india, tak tau kenapa panggil mamak ) Diorang ni memang dari kecil dah bawa pergi ke kedai gunting rambut ni, jadi dah biasa. Inagt lagi masa memula, Nabil ada menangis jugak.


Naufal....dah biasa dah...



Nabil pun sama gak...



Nabil dah siap dah gunting...



Ingat lagi masa dulu, rambut aku dan adik-beradik digunting sendiri oleh mak. Sejak dari kecik lagi. Mak akan guna surat khabar untuk jadi pelapik badan pastu dia akan gunting dan cukur sendiri ( cukur menggunakan pencukur janggut yang guna pisau blade cap buaya )


Seingat aku sampai besar dalam tingkatan empat, mak masih lagi potong rambut kami. Lepas tu baru aku, yang kononnya rasa tak standard la sebab mak yang potong, sanggup pergi ke Pantai Remis, gunting rambut dengan mamak...


Rindu pulak rasa nak bergunting rambut dengan mak...


***Hanya Ijal je yang mewarisi bakat mak menggunting rambut rasanya...

Isnin, 20 Jun 2011

Jet

Semasa ketiadaan aku di arena blogging itu hari, antara aktiviti yang aku buat...menyiapkan jet pejuang, Northorp RF-5E Tigereye yang terbengkalai sejak sekian lama..

Tup-tup bah siap kokpit dia....macamana menyambung dan warna dia tak sempat ambil gambar...Masukkan dalam Jet...




Bahagian bawah.. Mula mewarna, quna archrylic je, bukan air brush pun....
Warnakan 'parts' yang kecil sebelum dipasang..
Sticker, atau 'decal' dipotong...




...kemudian direndam dalam air....lepas tu dilekatkan di badan kapal terbang/jet... hasilnya...kepunyaan TUDM...



Diantara 'decal' yang siap terpasang...






semua 'decal' dah siap...




tangga yang baru di cat...hehee




Pasang..alamak!...macam senget la pulak....




Naufal yang pertama try...
***Siap sudah....Fuhh..legaaa....Terima kasih pada Nabil dan Naufal yang tolong ambil gambar dan tolong mengacau( sampai hilang muncung tajam depan jet tu ) begitu juga Uqaiel...dan Ummi...hehehe

Sabtu, 18 Jun 2011

Tau Fu Fa

Terkenang semasa aku buat praktikal di negeri Cik Siti wan Kembang pada tahun 1996. Aku memilih untuk buat praktikal di sebuah syarikat rekabentuk dalaman kecil di Jalan Pengkalan Chepa.
Lepas habis kerja, selalunya aku berjalan kaki ke stesen bas Kota Bharu. Kat situ tempat parking bersebelahan stesen bas ( sekarang dah didirikan bangunan tambahan pasar Siti Khadijah ) banyak gerai menjual barang-barang makanan terutamanya pada bulan puasa. Kat situ la aku mula mengenali Tau Fu Fa...

Boleh dikatakan setiap hari aku beli ( diorang bungkus dalam plastik )...sampai anak-anak Kak Long pun suka la ( tak tau ayman dan furqan ingat atau tak.....

Tau Fu Fa Penang....


***Tak boleh makan banyak sekarang, manisssss.....

Jumaat, 17 Jun 2011

Hormat Azan

"Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal, ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya, tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawab Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikan bagi menghormati seruan azan.
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah telah mengampunkan dosaku.
Apabila datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya. Jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka."



***Hormatlah seruan azan.....


video

Khamis, 16 Jun 2011

Kapal Terbang kertas

Petang-petang, bawak anak-anak main kapal terbang di padang ...kapal terbang kertas, bukan kapal terbang kawalan jauh...Walaupun begitu, diorang tetap suka..



Uqaiel, yang terjatuh semasa terbangkan kapal terbang...

Uqaiel dan nabil...

Nabil, melemparkan kapal terbang....

Naufal pun cuba dengan kuatnya...

Uqaiel, kena dukung...

Naufal ada dua kapal terbang....

Nabil pun ada dua...

Naufal dan Nabil...

Abah dan Uqaiel...


Dah letih main kapal terbang, Uqaiel main bola pulak...


Senaman di tempat mengimbang badan...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails