Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 24 Jun 2011

Renungan



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

-Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.


-45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

-Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
memasukinya.


***Sama-sam kita renungkan...

11 ulasan:

Chik Att berkata...

tul tul... nak derma singgit pun berkirakan ...

azmnor berkata...

Assalamualaikum Fadzli...,

Memang saya maukan syurga Allah itu tapi tak berusaha bersungguh untuk menadapatkannya.... mudah-mudahan kita mendapat kekuatan utk mendapatkannya dan sentiasa diberi peluang oleh Allah utk mendapatkannya..Insyaallah....aaminnn...

cik_sna berkata...

ramai sekarang yang cakap berapi-rapi pasal agama. tapi bila nak keluarkan derma sikit mula lah cari alasan.
ingat nak bertaubat bila dah tua, tapi sempatkah kita merasa umur tua?
umat Muhammad akhir zaman, kecintaan pada dunia lebih dari akhirat.

salam ziarah.
baca entry ni, saya kembali muhasabah diri.

Setelus Hati Zinnirah berkata...

wah.. bgs skali bila bace entry ni.. terasa diri kena ada byk lg peningkatan yg positif.. thanks tuk peringatan ni ye :)

fazlinda berkata...

renung~renungkan... dan selamat beramal!

Cikli berkata...

hari jumaat elok sangat muhasabah diri

imah berkata...

muhasabah diri...kadang2 bla baca benda2 cmni,kta insaf tp xpenah nk buat..haaaaaaa...semputttt....hehehe

Aleen Aiden berkata...

zaman 7skarang nih da terbalik.buat ama kemaen ditebar 71 dunia.buat jahat baru nak sorok2.hu3

Aleen Aiden berkata...

zaman 7skarang nih da terbalik.buat ama kemaen ditebar 71 dunia.buat jahat baru nak sorok2.hu3

Unknown berkata...

trima kaseh kerna memperingati

NoYB berkata...

Alhamdulillah...mendapat peringatan utk diri sendiri...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails