Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 17 Jun 2011

Hormat Azan

"Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal, ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya, tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawab Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikan bagi menghormati seruan azan.
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah telah mengampunkan dosaku.
Apabila datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya. Jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka."



***Hormatlah seruan azan.....


12 ulasan:

Dr K berkata...

memang sedih bila tgk di malaysia, time azan maghrib, masih sibuk sepak bola..masih sibuk berborak/layan drama..

Aleen Aiden berkata...

insyaAllah lepas nih xpandang ringan dah.

Chik Att berkata...

time azan maghriblah ... tv tayang drama kaw kaw ,,,

dah tau ... kena insfff

Cikli berkata...

ini terbaik untuk hari ini bro

dear anies berkata...

tazkirah jumaat

Honeymoon

fazlinda berkata...

pija kata kalau berckp time azan nnti muka mcm b**i.......

fazlinda berkata...

pija kata kalau berckp time azan nnti muka mcm b**i.......

apple hijau berkata...

boleh cerita kat anak2 kisah ni...

sebab anak2 ni waktu azan lah nak gelak2, nangis2, pukul2...haish!

vampire's lovex berkata...

betol,,ramai lagi org x hormat dengar azan....org tgh smyg pon boleh pasang lagu kuat2,apa lagi azan..huuu..sedih

Ct Aja berkata...

betul2, saya pun bengang kalau tgk org yg tak hormat azan, time org azan time 2 la nak melalak...

imah berkata...

menda2 cmni kdg2 imah amek mudah je..thanks krna mengingatkan imah..

Tanpa Nama berkata...

higher search engine rankings internet marketing seo backlinks backlinks software

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails