Ramadhan....
Ya, Ramadhan datang lagi menjengah. Memberi peluang kepada insan kerdil seperti aku mengumpul sebanyak mungkin pahala dan peluang keemasan yang diberikan pencipta, Allah yang Pengasih dan Penyayang. Hanya kepada umat Nabi terakhir, Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., bukan kepada umat-umat nabi terdahulu yang bertubuh besar, gagah perkasa dan panjang umurnya .
Ya, insan kerdil dengan jangka umur yang pendek seperti aku amat memerlukan belas kasihan dari Rabbul Jalil. Oleh kerana kasihnya Allah pada Junjungan Besar Nabi Muhammad, maka dikurniakan bulan yang mulia, bulan Ramadhan kepada kekasihnya dan tempiasnya dapat kepada aku umatnya.
Semua kebajikan digandakan buat kita dibulan ini. Semua amalan sunat digandakan pahalanya seperti amalan wajib. Manakala amalan wajib digandakan sebanyak 70 kali. sepertimana kata ustaz dalam ceramahnya, sekiranya kita bersedekah pahalanya seperti membayar zakat dan sekiranya kita membayar zakat/nafkah digandakan menjadi 70 kali ( contoh bayar zakat RM 1000 sama dengan pahala kita berzakat RM 70,000..!!!! ) Tapi yang paling penting sekali niat atau hati kita...." Innamal a'malu binniat" yang bermaksud Hanya sesungguhnya segala amalan itu dengan niat. Tak lupa juga anugerah " Lailatul qadar" dari Allah buat kita.
Sekadar hiasan, Masjid Kampung Seronok, Bayan Lepas..
Dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan buat Bapak yang disayangi Haji Amir, Isteri yang dicintai, anak-anak, kaum keluarga, sanak saudara, kawan-kawan, jiran-jiran dan tak lupa juga semua pengunjung blog Anak Haji Amir...Semoga kita semua mendapat keberkatan....
5 ulasan:
insyaallah
mari sama-sama kita menggandakan pahala kita di bulan puasa ni amin!
yeay Ramadhan kembali lagi Alhamdulillah kite diberi kesempatan untuk merasa satu lagi nikmat Allah di dunia...Selamat menjalani ibadah puasa untuk anda sekeluarga! =))
Salam kenal. Terima kasih kerana Fadzli sudi singgah di blog saya semalam.
Salam Ramadan. Betul apa yg sdra tulis tu. Marilah kita perbanyakan amal di bulan mulia ini bukan sekadar mengejar pahala yg berlipat kali ganda itu tapi untuk mencari keredhaan Allah.
Oh ya, saya pernah singgah solat di masjid Kg Seronok tu.
Salam ramadhan..semoga tahun ni mnjadi lbh baik utk kita...
Catat Ulasan