Kini semuanya hanyalah tinggal kenangan. Tak mungkin dapat diundurkan masa...Moga kita bertemu di Syurga dengan izin Allah...
Member Kamcing Anak Haji Amir
Jumaat, 5 Ogos 2011
InsyaAllah, aku sampai esok ke Kampung
Puasa Bukan Bulan Pesta atau Adat Tahunan
Apa pun, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa selaras al-Quran dan sunnah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai pesta dan adat tahunan.
Antara ciri tingkah laku perlu dijauhi dan dihindarkan kerana ia menjatuhkan martabat puasa dan kemuliaan Ramadan ialah:
+ Menyempitkan skop puasa hanya menahan makan dan minum pada siang hari sedangkan mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa.
Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Barang siapa tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya," (Riwayat Al-Bukhari).
+ Berpuasa pada siang hari saja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.
+ Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa hingga melakukan pembaziran. Allah berfirman: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara kepada syaitan," (al-Isra':27)
+ Berlebih makan ketika berbuka hingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadat pada malamnya.
Sikap bersederhana Rasulullah SAW ketika berbuka perlu dicontohi seperti maksud hadis: "Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, Baginda meminum beberapa teguk air," (Riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)
+ Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadat sunat seperti melakukan solat Tarawih dan solat malam.
+ Terdorong bersolat Tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat Tarawih pada setiap malam. Pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis ini daripada berleluasa seperti tahun terdahulu.
+ Mengabaikan ibadat malam bermula dengan solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan lain.
+ Malas bekerja dan tidak produktif ketika berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana Nabi SAW dan sahabat ketika perang Badar dengan nisbah 300 melawan 1000.
+ Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaan pada surah Yasin saja. Baginda SAW sentiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali pada Ramadan dengan Jibril as.
+ Malas berdoa sedangkan doa orang berpuasa akan dimakbul Allah berdasarkan sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbuka, adalah waktu doa yang tidak ditolak," (Riwayat Ibn Majah).
+ Mengabai serta meninggalkan peluang beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.
+ Tidak bersedih dengan berakhirnya Ramadan, malah tidak bimbang jika tidak dapat bertemu Ramadan akan datang.
+ Memiliki kepercayaan karut mengenai kepulangan roh orang yang mati pada Ramadan, sedangkan kepercayaan itu bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mu'minun:99-100)
+ Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam tujuh likur. Akibat kepercayaan ini, Islam terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada malaikat yang turun membawa berkat.
+ Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan. Sabda Nabi SAW, bermaksud: "Beza di antara seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat (Hadis riwayat Muslim). Mengikut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima Allah.
+ Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya keterlaluan hingga melakukan maksiat.
Ini adalah antara beberapa kesalahan atau keterlanjuran yang biasa dilakukan umat Islam ketika menjalani ibadat puasa yang boleh merendahkan martabat Ramadan.
Oleh itu, kita perlu menghindarkannya demi menjamin pahala berganda pada bulan ini berdasarkan sabda Rasulullah, bermaksud: "Barang siapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosa lalu," (Riwayat al-Bukhari)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Selasa, 2 Ogos 2011
Tak Terlambat...
Salam semua. Baru berkesempatan menjenguk Blog sendiri. Tak terlambat kiranya untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang Diberkati pada semua rakan-rakan blogger dan semua ahli keluarga.Ramadhan kali ni kami lalui dengan lebih sederhana rasanya ( setelah sehari berlalu ). Pada malam pertama , kami bersahur hanya ditemani nasi dan sup daging. Dan yang paling mengujakan sekali, Naufal bersahur bersama dan dapat menghabiskan satu hari berpuasa semalam. Sementara Nabil pula, baru pagi ni bangun bersahur dan katanya nak berpuasa jugak hari ni. Kesian tengok diorang bangun awal pagi dan hanya makan nasi berkuahkan kuah gulai lemak ikan kering. Selepas dah bersiap nak ke sekolah, Nabil yang mungkin terasa dahaga telah pun meminum air masak dengan selamba. ( Dia mungkin tak berapa faham lagi )...Tapi setelah diterangkan, dia kata dia dahaga...hehehe...takpalah, "tapi lepas ni dah tak boleh makan dan minum lagi tau"....kata aku.
Naufal dan Nabil....Post tentang hari sukan ni nanti baru buat..
Apapun, walaupun diorang tak lagi diwajibkan berpuasa, tapi latihan tu penting buat diorang.
***Ingat lagi masa aku kecik-kecik, darjah satu dan dua pun tak puasa lagi....hehehehe
Rabu, 20 Julai 2011
Perancangan Ramadhan
Haji Amir juga dah dihubungi untuk beliau membuat tempahan untuk membuat majlis More di masjid pada malam 7 ramadhan. Oleh itu anak-anak Haji Amir diminta memberikan cadangan untuk ;
Jumaat, 8 Julai 2011
Keajaiban Nombor di dalam Al-Quran
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT Dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111
Peratus daripada bumi Dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah
Kebesaran Dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada ¡§The
Series Of The Scientific Miracles In Quraan,?oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
**Subhanallah.....
Rabu, 6 Julai 2011
Aku terima.....Hadiah !!!
Baru je aku nak keluar dari office, nak pergi melawat tapak ( site ), posman datang. Sekali aku tengok satu kotak besar...dan dia menyebut nama aku. Uih.!!! besarnya bungkusan. Baru aku teringat yang aku ada dapat hadiah dari kawan sebloger, Cik Li .
Heheheh....terasa hepi pulak di pagi-pagi yang suram ni, bila dapat bungkusan.
Bila balik rumah, aku baru bukak. 2 bungkus keropok ikan.!!..Terima kasih la Cik Li, di atas hadiah tu. Terharu aku dibuatnya...
Bungkusan yang dihantar Encik Posmen..