Member Kamcing Anak Haji Amir

Ahad, 1 April 2012

Memancing Malam

Cuti sekolah penggal pertama yang lepas, kami semua adik-beradik ( kecuali Ijal dan Kak Long ) balik ke kampung. Yang mana Adik Faiez dan Pinny memang sedang bercuti kat kampung.

Memang pada kali ni kami takdak merancang apa-apa aktiviti. Jadi boleh dikatakan aktiviti bebas la. Aku sampai ke kampung lepas asar. Lepas lepak-lepak urut badan oleh kerusi urut, aku keluar kat belakang rumah, tengok Adik potong rambut Pinny....hancurr....hehehehe...

Lepas tak tahu apa nak buat, ambil cangkul terus cari cacing dengan dibantu oleh Daud, banyak gak dapat....Ura-uranya Daud ajak pergi memancing malam tu jugak di sungai. Ok gak idea tu...
( sebab sebelum ni memang ada bercadang, tapi mendapat bantahan dari semua )...

Malam selepas bailik makan tomyam di Beruas ( yang di belanja oleh Pinny ) kami bersiap-siap walaupun mendapat tentangan, terutamanya dari Abah dan Kak Lili, dengan katanya bahaya ada ular lah ada hantu air la..Tapi kami tetap nak pergi jugak. Pukul 12 tengah malam kami keluar dengan menaiki Kancil Abah. Yang mengikut pula selain aku, Daud, Adik Faiez, Angah dan Safwan ( walaupun safwan, ummi dia tak memberi kebenaran- ok la tu Kak Lili, bapak-bapak sedara dia ni akan menjaga keselamatan anak-anak sedara depa ni, insyaAllah ) Kami masuk melalui jalan kebun kelapa sawit berdekatan tali air ( sebelum tempat jual sawit Ghazali Syawal ), cadangnya nak memancing atas jambatan UIE, tapi malangnya masa banyak dibuang semasa hendak melalui jalan laluan traktor yang becak ( sebab musim hujan )...walaupun kami dah nampak sungai, tapi nak sampai ke jambatan UIE memang mustahil dengan Kancil ni dengan jalan yang berlopak dalam!...

Selepas setengah jam berhempas pulas, kami mengambil keputusan untuk patah balik dan pergi ke sungai melalui jalan tali air rumah Pak Mail Pishah. Lagi sekali terbantut sebab air tali air melimpah melepasi jalan. Akhirnya kami pergi pula ke jambatan berdepan dengan rumah Pak Id Kombat.

Memang berbaloi walaupun hanya berbekalkan sebatang lilin, lampu suluh beserta cahaya bulan penuh, kami memancing sampai habis umpan pada pukul 2.30 pagi dan hasilnya macam biasa la ikan ngek-ngek dalam 800gram. Jom layan gambar...

Angah, orang pertama yang menaikkan ikan...

Adik, meletakkan umpan di pancing dalam kegelapan awal pagi...

Safwan, pun dapat banyak jugak...

Daud dan Safwan...

Double hook.!!! Sapa tak tau...

Daud rupanya...tersenyum lebar la.....( walaupun pakai pole je )


Adik Faiez, diantara ikan yang tergemuk...!!

***Memang best mancing malam ni, sejuk je...Alhamdulillah nyamuk pun takde dan kemi selamat pulang...( cuma tak sempat nak basuh kereta Abah yang penuh selut..)

10 ulasan:

Amuraria berkata...

best kehidupan kampung ;)

imah berkata...

Dh lama singgah cni..bzi le katakn..hehehe..
Mlm pada ari kejadian ni kontroversi kot:)

firdaus@daud berkata...

no plat keta abah patah..xpasan..mggu slepas mncing,daud blik kg abah tnya..xterjawab..huhuhuhu..per yg kontroversi mlm tu???

Amir faiez berkata...

plat ptah ka???xpasan pon...nt p kt tmpt len plak...guna umpn len...kot nek ikan besaq ckit ka...ap kntrovesi mlm tu???

Fazleyatul Aini berkata...

saya kalau ikut adik p mancing, mesti dok dalam kete and tidoq.hehe. boring lee. biasa dia p mancing kat pantai. tu yg sedap tidoq.hehehe

Azian Elias berkata...

kalau nak cakap dgn org kaki pancing ni memang tak guna. dua'a kan je lah..

imah berkata...

lol...hahahaha..xla kontroversi sgt pun..kak lili la yg buat kontroversi..

Cikli berkata...

ikan nak tido pun kacau

Amir faiez berkata...

kntrovesi yg tu bisa diatur pak...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

aiyo...
teror jugak daud tu memancing ek? huhuhu ..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails