Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 4 April 2012

Aku Macam Gay ??

Hari tu masa aku keluar dari bank untuk mengeluarkan duit, aku didekati satu mamat ni. Dia senyum kat aku sambil menegur,

" Nak tanya Bang, kat Prangin Mall ni saya dengar dari kawan ada tempat jual kondom. Kat mana tu? Saya dari Sungai Petani, tu yang tak tau tu"..Tanya mamat tu.

Termangu sekejap aku. Sebab dia pun bertanya dengan baik, aku pun jawab" Errr....tak tau pulak saya."

Mungkin sebab muka aku macam curiga, dia terus menerangkan,

" Saya kerja mengurut, tu yang nak cari tu." kata dia memberi penjelasan. Mengurut pakai kondom ke..?..Tak tau pulak, selelu aku pegi mengurut mana ada.

Bila dia kata dia kerja mengurut, aku jadi berminat pulak. Dah-dah pulak dah lama tak pi mengurut ni. Sementelah pula aku ada kenal member FB yang kerja tukang urut profesional kat Sungai Petani yang bernama Zul, terus aku tanya.

" Nama cik sapa..?"
Dengan teragak-agak dia menjawab,

" Tony.." ( aku rasa macam bukan nama betul )

Mungkin dia ingat aku berminat, terus dia tanya,

" Abang ada tempat..?"

Sudah...takkan dia tanya tempat mengurut kot. Aku dah terbau sesuatu. Dengan pantas aku menjawab..

" Takde.."

Dia membalas balik.

" Kat washroom pun boleh.." dengan muka yang mengharap.

Aku dengar je dia kata macam tu, rasa seram seluruh badan terus aku celapak naik motor.Sambil start motor aku cakap,

"Takpa lah..."

Dia macam marah sikit sambil cakap,

" Tadi tanya macam nak..!"

Serammm siuutt...Tak pernah aku rasa takut macam ni....

Masa balik ambil Cik Wife, aku tanya " Abang ni nampak macam gay ke?"

Cik Wife jawab " Macam kontraktor ada la"...


*** Cik Wife hentam gelak bila aku cerita kat dia.....

12 ulasan:

Amuraria berkata...

SURUH DIA PI LORONG GAHARU HAHAHA ,SORI LAWAK SIKIT !

Anum berkata...

hahhaa

Aien Alien berkata...

ishhh..ishhh..menakutkan je tanya2 rupanya ada udang disebalik mee, dasar gay betul mamat tu..haha

Anisa Hang Tuah berkata...

hahaha uiiitt ade peminat lelaki rupenya =P

Chik Att berkata...

awwwww... tak rela mak keh keh keh

kakcik berkata...

Uish! meremang bulu tengkuk makcik ni...

miloais milo berkata...

ekekekkek
lawak hoccay!

berani ye - test tengah2 siang hari tu!

Daddy Ziyyad berkata...

hahahahahhahahahhahahahaha...

sorry bro..memang gelak besar baca cerita ni...hahahhahaa


nasib baik tak kena liwat!

hahaha

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

salam,

sorry nak tergelak la...hahahhahahahhaa...sabo jelahh....

Amir faiez berkata...

apada pnya laki...wat malu kaum ja...nk mrah ad la...bkn nk glak..

ummiarissa berkata...

memang seram weh...mujur tak bawak ramai geng..ha ha ha

imah berkata...

hahahaha...lawak2...org cmni pun ada ka..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails